ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 27, 2024 -Sabtu

 
  VISTA EQUITY PARTNERS MENGUMUMKAN PENGEMBANGAN DI ASIA

Monday 18/11/2019



Pejabat Singapura bagi Vista Consulting Group akan Menyokong Seterusnya Portfolio Operasi Syarikat di Rantau itu

SINGAPURA & AUSTIN, Texas 18 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Vista Equity Partners hari ini mengumumkan pembukaan pejabat Singapura bagi Vista Consulting Group (“VCG”, dan bersama-sama dengan Vista Equity Partners, “Vista”). VCG adalah cabang perunding ahli gabungan bagi Vista, firma pelaburan terkemuka yang memberi tumpuan kepada perniagaan perisian perusahaan, data dan yang membolehkan teknologi. Pejabat baharu itu akan bertindak  sebagai ibu pejabat Asia bagi VCG, sekali gus memperluaskan kehadiran Vista dan menyediakan sokongan operasi tambahan untuk syarikat-syarikat Vista di rantau itu dan hampir 14,000 orang pekerja mereka.

Pejabat Singapura itu, yang terletak di Menara Centennial, menunjukkan komitmen mantap yang berterusan oleh firma itu kepada Asia. Pada masa ini, lebih daripada 20 syarikat portfolio Vista mempunyai pejabat di rantau itu, dengan 13 berada di Singapura. Sebagai sebahagian daripada pengumuman itu, syarikat portfolio Vista Apptio, sebuah pembekal bagi perisian yang menjanakan transformasi digital, menamakan Singapura sebagai ibu pejabat mereka di Asia ketika ia memberi tumpuan kepada memacukan jualan dan peluang-peluang lain di seluruh rantau itu. Satu lagi syarikat portfolio Vista, RDC, mengumumkan pada awal tahun ini bahawa ia juga menamakan Singapura sebagai ibu pejabatnya di Asia.

“Kami sedang melihat pertumbuhan yang sangat besar bagi pasaran perniagaan-ke-perniagaan di Asia, yang didorong oleh satu pemecutan dalam pelaburan di dalam infrastruktur teknologi dan perisian perusahaan,” kata Robert F. Smith, Pengasas, Pengerusi, dan Ketua Pegawai Eksekutif Vista. “Transformasi ini terus mewujudkan satu peluang komersil yang signifikan merentasi portfolio kami. Satu kehadiran di Singapura dibina di atas usaha kami yang meluas di India dan bahagian lain di rantau itu dan akan meningkatkan keupayaan kami untuk menyokong pertumbuhan bagi syarikat-syarikat kami dengan terus membantu rangkaian kami melibatkan diri dengan pelanggan, rakan, usahawan dan bakat teknologi untuk menempatkan mereka dan Vista pada kedudukan terbaik bagi mencapaian kejayaan yang berterusan.”

Vista adalah satu daripada firma pelaburan yang pertama untuk membangunkan organisasi perunding mereka yang khusus. Vista memaksimumkan hampir dua dekad kemahiran dan amalan terbaik dengan melabur dalam dan mengendalikan syarikat-syarikat perisian perusahaan dan komited untuk bekerjasama dengan usahawan, pengasas dan eksekutif bagi mengembangkan syarikat-syarikat mereka melalui modal serta sokongan operasi.

Upacara pembukaan pejabat Vista di Singapura telah diadakan pada Jumaat dan dihadiri oleh wakil-wakil dari Pihak Berkuasa Monetari Singapura dan rakan-rakan strategik yang lain, eksekutif dari syarikat-syarikat portfolio Vista, dan pemimpin-pemimpin kerajaan dan perniagaan dari seluruh rantau itu.

Maklumat mengenai Vista Equity Partners dan Vista Consulting Group

Vista Equity Partners adalah sebuah firma pelaburan yang beribu pejabat di Amerika Syarikat dengan mempunyai pejabat di Austin, Chicago, Bandar raya New York, Oakland, dan San Francisco dan lebih daripada $52 bilion dalam komitmen modal kumulatif. Vista secara eksklusif melabur di dalam organisasi perusahaan perisian, data, dan yang membolehkan teknologi merentasi ekuiti persendirian, kredit, ekuiti awam, dan strategi modal tetap. Sebagai sebuah pelabur nilai tambah dengan satu perspektif jangka panjang, Vista menyumbangkan kepakaran profesional dan sokongan pelbagai peringkat kepada syarikat-syarikat untuk merealisasikan potensi mereka yang sepenuhnya. Cabang perundingan Vista yang khusus, Vista Consulting Group, menyokong syarikat-syarikat Vista di peringkat global. Pendekatan pelaburan Vista diterajui oleh satu pangkalan modal jangka panjang yang cukup besar, pengalaman dalam penstrukturan urus niaga yang berorientasikan teknologi, dan teknik pengurusan yang terbukti yang menghasilkan kefleksibelan dan peluang. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari www.vistaequitypartners.com.
 
Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/52129095/en

Hubungi

Hubungan Media
Alan H. Fleischmann
vista@laurelstrategies.com
+1-202-776-7776

Sumber : Vista Equity Partners

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.