ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 27, 2024 -Sabtu

 
  KEJAYAAN PENGANJURAN TOUR DE FRANCE SHANGHAI CRITÉRIUM 2019 MENCERMINKAN MINAT TERHADAP ACARA SUKAN ANTARABANGSA DI CHINA

Monday 18/11/2019



Penyedia penyelesaian pemasaran bersepadu Activation Group mengumumkan harta intelek sukan dan hiburan bertaraf dunia bagi mengembangkan perniagaan pemasaran bersifat pengalaman yang inovatif

HONG KONG, 18 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 2019 Tour de France Škoda Shanghai Critérium, acara pertandingan berbasikal antarabangsa, diadakan di Muzium Seni China pada 15 dan 16 November 2019.  Juara Tour de France untuk tahun 2019, Egan Bernal, juara Grand Slam sebanyak tiga kali Vincenzo Nibali dan juara Tour de France sebanyak empat kali Christopher Froome, bersama-sama dengan para bintang Tour de France yang lain, termasuklah lima pasukan berbasikal bertaraf dunia dan tujuh pasukan unggul tempatan, menyertai acara ini.  Caleb Ewan mendahului acara ini dan diiktiraf sebagai juara Tour de France Shanghai.

Siaran akhbar ini mempunyai multimedia.  Baca siaran penuh di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20191116005032/en/

 
Table
Mr. Steve Lau (kiri), Pengerusi bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Activation Group dan Yann Le Moenner, Ketua Pegawai Eksekutif Amaury Sport Organization (A.S.O.), bergambar dengan Egan Bernal (tengah), juara Tour de France 2019 champion. (Foto: Business Wire)
 
Pada tahun 1903, Tour de France yang pertama diadakan di Perancis.  Acara ini memiliki sejarah lebih daripada 100 tahun dan merupakan acara paling berprestij dalam dunia berbasikal.  Pada tahun 2017, buat pertama kalinya Tour de France diadakan di China.  Tiga tahun sebelum ini ia diadakan di Changsha, Beijing, Zhuji dan Shanghai.  Atlet kayuh basikal dalam dan luar negara, pro dan amatur dan juga orang ramai semakin menggemari Tour de France.  Melalui sokongan kerajaan-kerajaan tempatan di China dan rakan-rakan kongsi, Tour de France di China telah dianjurkan di Zhuji dan Changsha, yang mana seramai 4,000 atlet menyertai acara berbasikal ini seterusnya memecahkan rekod kehadiran.  Jenama Tour de France sudah mulai mendapat perhatian di China memandangkan acara ini menggabungkan elemen sukan dan hiburan dengan penyertaan  atlet kayuh ternama dunia.
 
Harta intelek (IP) Tour de France menggabungkan elemen-elemen sukan dan hiburan sebagai model untuk pemasaran acara sukan

Dalam tahun-tahun belakangan ini, satu model operasi berdasarkan harta intelek telah digunapakai dalam pemasaran acara sukan.  Dalam model operasi ini, acara sukan adalah teras kepada kandungan pemasaran yang mana para peserta dan khalayak boleh menikmati pelbagai bentuk hiburan semasa pemasaran bersifat pengalaman ini.  Oleh yang demikian pasaran-pasaran untuk harta intelek (IP) boleh dibangunkan.  Sebagai contoh, Tour of Shanghai 2019 yang mana atlet kayuh amatur dalam negara boleh bersaing dengan atlet kayuh pro ternama.  Para peminat boleh terlibat dalam sesi rakaman gambar bagi tujuan perhubungan awam sebelum pertandingan bermula dengan memakai jersi kuning Tour de France yang dibuat khas.  Jenama Tour de France ini telah menarik minat khalayak ramai, membolehkan mereka mengalami sendiri pesona Tour de France.  Pengalaman-pengalaman ini telah membentuk produk yang unik dan inovatif dalam model operasi berasaskan harta intelek untuk pemasaran.  Pada masa yang sama, atlet kayuh pro ini mencuba bakat menyanyikan Opera Peking dan dibawa bersiar-siar di jalanan bagi menikmati  sarapan pagi tradisional di lokasi Tour de France diadakan.  Satu siri produk retro Tour de France dan juga produk-produk acara kayuhan ini yang telah diadaptasikan kepada budaya setempat di mana acara ini diadakan juga telah dilancarkan.  Aktiviti-aktiviti ini boleh mempromosikan pertukaran budaya di antara atlet kayuhan pro dengan para penduduk setempat, seterusnya meluaskan pasaran untuk harta intelek Tour de France.  Perkhidmatan diperibadikan untuk para peserta Tour de France ini membolehkan mereka untuk menikmati sepenuhnya penyertaan dalam acara ini dan pada masa yang sama membolehkan Tour de France memikat negara tuan rumah.

Amaury Sport Organization (A.S.O.), syarikat sukan ternama Perancis dan perancang Tour de France secara aktif mempromosikan globalisasi jenama Tour de France sejak beberapa tahun ini, selaras dengan konsep pemasaran Activation Group.  Kedua-dua pihak ini telah bekerjsama sejak 2017 bagi mempromosikan IP Tour de France di China.  Tour de France yang dianjurkan di Changsha pada 2017, Beijing, Shanghai dan Zhuji awal tahun ini telah menjadikan bandar-badar tuan rumah ini terkenal dan mendapat banyak peluang perniagaan.  Dilaporkan bahawa sebuah pusat untuk kayuhan basikal akan dibuka di Zhuji pada 2020.  Ia akan menjadi sebuah pusat perkhidmatan kayuhan ‘sehenti , multi-fungsi’, yang akan dilengkapi dengan laluan-laluan kayuhan rasmi dan inap desa bertema.  Activation Group yang mempunyai pengetahuan kukuh mengenai pasaran telah meneroka integrasi Tour de France dengan penggunaan besar-besaran, yang membolehkan atlet kayuh dan peminat sukan menikmati hiburan sebagai sebahagian daripada hidup mereka.

Sebagai tambahan kepada pusat pengalaman untuk berbasikal di Zhuji, Activation Group juga telah mengumumkan satu strategi baharu IP Tour de France yang mana satu siri TV bertemakan-basikal "Legendary of Cycling" akan diterbitkan.  Sebagai drama TV pertama seumpamanya di China, "Legendary of Cycling", menggabungkan elemen-elemen remaja, inspirasi, dedikasi dan berbasikal.  Produksi TV siri ini dijadualkan bermula pada 2020.  Rakaman sebenar acara Tour de France akan digunakan dalam produksi drama TV ini.  Bagi jenama Tour de France dan Activation Group, model operasi berasaskan IP untuk pemasaran yang inovatif dan pragmatik ini akan membuka pasaran pengguna yang baharu lagi mapan.

Merevolusikan model perniagaan tradisional industri dan membuka potensi besar pasaran untuk IP sukan dan hiburan

Sebagai pakar pemasaran bersepadu di Greater China, Activation Group menyediakan pemasaran bersifat pengalaman, pemasaran digital, perkhidmatan penjenamaan dan perhubungan awam dengan matlamat untuk mengembangkan pasaran China untuk IP sukan dan hiburan. Activation Group dan Amaury Sport Organization mencapai persetujuan pada tahun 2016 yang mana Activation Group diberikan kuasa oleh Amaury Sport Organization untuk menjadi hos secara eksklusif bagi Tour de France ŠKODA China Critérium selama 11 tahun.  Hasil daripada model perniagaan berasaskan IP sukan ini dijana daripada para penaja Tour de France, gabungan media, pendapatan jualan tiket, royalti daripada jualan barang niaga, hasil daripada siaran TV dan dalam talian dan subsidi daripada kerajaan tempatan China disebabkan peranan yang dimainkan oleh Activation Group untuk melonjakkan perniagaan industri pelancongan dan hotel tempatan.

Model perniagaan yang serupa telah digunapakai untuk satu lagi projek IP Activation Group, LaLiga.  Activation Group telah memperolehi hak eksklusif jenama kelab LaLiga selama 10 tahun sejak 2016.  Antara projek yang telah dirancang termasuklah LaLiga Experience Center, mengajak pasukan LaLiga membantu dalam program latihan remaja dan penerbitan drama dalam talian "The Emergence of First Love" dan sebagainya.  Matlamatnya adalah untuk membina platform pengalaman bolasepak mewah 360 darjah.  LaLiga Club oleh Activation Group akan menganjurkan lawatan oleh jurulatih dan bintang LaLiga, pertunjukkan realiti dan mewujudkan pusat-pusat pengalaman.  Kelab ini juga akan menggunakan teknologi untuk pengalaman interaktif seperti reality terimbuh (AR) dan realiti maya (VR) dan aplikasi mudah alih bagi mengembangkan perniagaan, menjual produk derivative dan menganjurkan pertandingan dan membentuk pasukan-pasukan untuk anggota kelab dan membantu dalam menganjurkan pertandingan liga dan sebagainya.  Menggunakan sumber-sumber LaLiga yang dikenali di seluruh dunia bagi mengembangkan perniagaan sukan dan hiburan Kumpulan ini, Activation Group berada pada kedudukan yang baik untuk menggunakan potensi besar pasaran ini.

Mr. Steve Lau Kam Yiu, Pengerusi Bersama dan Ketua Pegawai EKsekutif Activation Group, berkata, “Ia sesuatu yang mengujakan untuk meraih perhatian dan penghargaan peminat berbasikal di seluruh dunia ketika di China.  Activation Group berbangga untuk memperkenalkan Tour de France, satu acara yang terkenal di peringkat antarabangsa ke China.  Kami juga teruja untuk membawa IP sukan dan hiburan ke dalam syarikat.  Kejayaan mendapatkan hak bagi menjadi tuan rumah untuk pertandingan serantau untuk dua pertandingan sukan antarabangsa bukan sahaja membuktikan pengiktirafan dan kepercayaan daripada para rakan kongsi kami tetapi juga menunjukkan kekuatan dan pengalaman kami dalam melancarkan acara sukan peringkat antarabangsa.  Pandangan global dan strategik Activation Group, kerjasama dengan bakal rakan kongsi di rantau China ini dan gabungan IP sukan dan hiburan menunjukkan prospek perniagaan yang hebat.”

Perkhidmatan pemasaran bersepadu Activation Group terus mencipta dan mempertingkat nilai jenama untuk para pelanggan.  Para pelanggan meraih faedah daripada Kumpulan ini yang kaya pengalaman dalam pemasaran, pemasaran digital, promosi jenama dan perkhidmatan perhubungan awam.  Activation Group mempunyai pangkalan pelanggan jenama mewah antarabangsa yang kuat, rekod prestasi yang mengagumkan dan pengalaman industri yang meluas.  Berdasarkan kepada perkara ini, perniagaan IP Kumpulan ini dijangka mampu mengembangkan operasi IP antarabangsanya yang akan menghasilkan sinergi dan pertumbuhan pesat perkhidmatan-perkhidmatan IPnya.  Tidak membataskan hanya kepada IP sukan, Activation Group juga mengambil peluang untuk membangunkan IP hiburan.  Pada 2019, Activation Group dan syarikat produksi hiburan antarabangsa Stufish Productions bersama-sama menubuhkan Stufish Asia pada 2017 dan menjalankan program aksi ngeri langsung "Elēkrŏn" di Macau.  Dengan strategi inovatif dan pelaksanaan prestasi tinggi, Activation Group merupakan peneraju industri dalam pemasaran bersifat pengalaman akan jenama-jenama mewah dan peringkat atasan di China.  Ia berpangkalan di Shanghai dan bandar-bandar terpilih Beijing, Hong Kong dan Singapura. Activation Group mempunyai kelebihan untuk memperluas potensi pasaran Greater China dan Asia Tenggara.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20191116005032/en/

Hubungi

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:
iPR Ogilvy
Callis Lau / Molisa Lau / Vivian Ng / Camellia Johnson
Telefon:(852) 2136 6952 / 2136 6953 / 3920 7651 / 3920 7640
Emel :molisa.lau@iprogilvy.com
Faks :(852) 3170 6606

Sumber: Activation Group

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.