ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 27, 2024 -Sabtu

 
  ​MARY KAY MENYOKONG BAGI PEMERKASAAN, KEUSAHAWANAN DAN KESAMAAN WANITA GLOBAL PADA PERSIDANGAN WANITA TERKEMUKA DI SELURUH DUNIA

Wednesday 20/11/2019




DALLAS, 20 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pada bulan ini, Mary Kay Inc. terus memberikan sokongan untuk pemerkasaan, keusahawanan dan kesamaan wanita global dengan menangani isu-isu yang dihadapi oleh kaum wanita pada hari ini pada persidangan wanita terkemuka di seluruh dunia. Syarikat itu secara aktif mengambil bahagian di dalam dua persidangan antarabangsa yang penting: Persidangan Kepimpinan Dunia Forum Wanita Antarabangsa di Toronto, Kanada, dan Forum Global Reykjavik - Pemimpin Wanita di Reykjavik, Iceland.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20191119005354/en/
 
Table
Kiri ke Kanan: Marijana Klapcic, Pengurus Komunikasi, Perhubungan Awam & Pemasaran Kreatif, MK Canada; Pat Mitchell, pengarang Becoming a Dangerous Woman; Michelle Haurilak, Pengarah, Perhubungan Awam, Pemasaran Digital & Produk, MK Canada (Foto: Mary Kay Inc.)

“Lebih daripada 56 tahun yang lalu, Mary Kay Ash mengasaskan apa yang sekarang merupakan satu daripada juara korporat terkemuka di dunia bagi pemerkasaan wanita,” kata Deb Gibbins, Ketua Pegawai Operasi bagi Mary Kay, Inc. “Untuk menghormati legasi beliau, dan bagi memajukan status wanita di mana-mana, kami komited untuk bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin dunia bagi membantu wanita membuka laluan kepada kebebasan, keselamatan kewangan dan sebuah tempat kerja yang lebih sama rata.” 

Semasa Persidangan Kepimpinan Dunia Forum Wanita Antarabangsa di Toronto, Kanada, arkitek, penyokong, pemangkin, dan perintis perubahan wanita terkemuka dari lebih daripada 50 buah negara telah bersama-sama untuk membincangkan cabaran-cabaran yang dihadapi wanita pada hari ini dan cara terbaik untuk menangani mereka. Michelle Haurilak, Pengarah, Perhubungan Awam, Pemasaran Digital & Produk di Mary Kay Kanada, hadir untuk bercakap dan memperkenalkan satu sesi mengenai Becoming a Dangerous Woman, satu temu bual dengan televisyen berpengaruh dan pengarah editorial TEDWomen, Pat Mitchell.

Pada Forum Global Reykjavik di Reykjavik, Iceland, Julia Simon, Ketua Pegawai Undang-Undang dan Setiausaha Korporat di Mary Kay, menyertai pemimpin-pemimpin wanita yang lain untuk membincangkan dan berkongsi idea dan penyelesaian tentang cara untuk memajukan masyarakat, meningkatkan kesamarataan di antara wanita dan lelaki dan mempromosikan dan secara positif mengembangkan bilangan wanita di dalam kedudukan kepimpinan. Semasa di Forum itu, Simon juga menghadiri satu Majlis Makan Tengah Hari Kepimpinan yang dianjurkan oleh Concordia, sebuah organisasi yang tidak mencari keuntungan dan tidak berpihak yang berdedikasikan untuk secara aktif memupuk, meningkat, dan mengekalkan perkongsian rentas sektor bagi impak sosial. Acara jamuan tengah hari itu menangani tema seperti melabur di dalam usahawan wanita, kesihatan global wanita, kepimpinan politik wanita dan pendidikan wanita.

“Mary Kay adalah lebih daripada sebuah jenama kecantikan — ia adalah sebuah jenama pemerkasaan, sebuah jenama keusahawanan,” kata Gibbins. “Walaupun kemajuan besar telah dibuat untuk memupuk kemajuan wanita, masih banyak lagi yang perlu dilakukan untuk memastikan kemajuan berterusan pada satu skala global. Kami berbesar hati untuk berada di barisan hadapan dengan pemimpin-pemimpin dasar yang lain bagi menangani isu-isu ini.” 

Penyertaan di dalam persidangan ini hanyalah langkah terbaharu yang diambil oleh Mary Kay untuk memajukan pemerkasaan wanita. Baru-baru ini, dengan kerjasama enam agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Mary Kay telah mengumumkan Pemecut Keusahawanan Wanita oleh Mary Kay, satu rakan inisiatif berbilang tahun yang direka untuk memberi inspirasi, mendidik dan memperkasakan usahawan wanita di seluruh dunia. Pemecut itu akan menawarkan satu kurikulum digital berpandu yang ditambah dengan latihan dan bimbingan secara praktikal. Di samping itu, ia akan berfungsi sebagai satu platform sokongan untuk menghapuskan halangan keusahawanan bagi wanita, yang merangkumi daripada literasi digital kepada pembaharuan undang-undang — yang membolehkan wanita untuk sepenuhnya mengambil bahagian di dalam pertumbuhan ekonomi tempatan dan nasional mereka. Pemecut itu akan menyokong usaha-usaha global untuk menggalakkan perniagaan bagi mewujud dan mengembangkan perhubungan dengan perniagaan yang dimiliki oleh wanita, termasuk pemerolehan korporat. Peluasan masa hadapan bagi program itu termasuk peluang-peluang pembiayaan yang dapat diakses oleh wanita yang menamatkan kurikulum itu.

Maklumat mengenai Mary Kay

Satu daripada pemecah asal glass ceiling atau yang merujuk kepada kesukaran kaum wanita untuk naik pangkat ke peringkat lebih tinggi, Mary Kay Ash mengasaskan syarikat kecantikan beliau lebih 56 tahun yang lalu dengan tiga matlamat: menawarkan peluang yang berbaloi untuk wanita, mengeluarkan produk yang sangat menarik dan menjadikan dunia sebuah tempat yang lebih baik. Impian itu telah berkembang menjadi sebuah syarikat bernilai berbilion dolar dengan berjuta-juta anggota tenaga jualan bebas di hampir 40 buah negara. Mary Kay berdedikasi kepada penyelidikan sains di sebalik kecantikan dan untuk menghasilkan penjagaan kulit, kosmetik warna, pemakanan tambahan dan wangi-wangian yang berinovatif. Mary Kay komited untuk memperkasakan wanita dan keluarga mereka dengan bekerjasama dengan organisasi dari seluruh dunia, memberi tumpuan kepada penyelidikan kanser, melindungi mangsa yang selamat daripada penderaan domestik, mencantikkan masyarakat kita, dan menggalakkan anak-anak untuk mengejar impian mereka. Visi asal Mary Kay Ash terus bersinar—selangkah demi selangkah. Maklumat lanjut di MaryKay.com.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20191119005354/en/

Hubungi

Komunikasi Korporat Mary Kay Inc.
marykay.com/newsroom
972.687.5332 or media@mkcorp.com

Sumber : Mary Kay Inc.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.