ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 17, 2024 -Selasa

 
  WARGA AUSTRALIA TOM MATIC MENGALAHKAN JOHAN PROFESIONAL TIGA KALI A.S. GREG ANLIKER PADA PERTANDINGAN ANTARABANGSA JULUNG KALI DI KEJOHANAN KEBANGSAAN IDEAL® 2019

Monday 25/11/2019



Juruelektrik dari A.S., Kanada, China dan Australia Bersaing untuk Gelaran ‘Juruelektrik Terbaik Dunia’ dan Wang Tunai dan Hadiah Bernilai Lebih $600,000

SYCAMORE, Ill., Nov 25 (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- IDEAL® Electrical menamatkan Kejohanan Kebangsaan IDEAL tahunan kali keempat dengan menobatkan Johan Antarabangsa pertama pada 9 November di Disney’s® Coronado Springs Resort di Lake Buena Vista, Florida. Tom Matic dari Melbourne, Australia membawa pulang gelaran ‘Juruelektrik Terbaik Dunia’ dan sebuah Trak Pikap RAM® 1500 baharu selepas bersaing dengan juruelektrik profesional di seluruh A.S., Kanada dan China dalam pertandingan sengit selama sejam yang memerlukan peserta untuk melengkapkan empat cabaran – salah satunya mencerminkan kaedah pemasangan elektrik yang unik di setiap negara.

Pertandingan antarabangsa yang berlangsung julung kali itu diadakan susulan tiga hari pertandingan termasuklah kategori Cabaran Profesional, Pelajar/Pelatih, Kontraktor dan Sekolah. Rakan dan keluarga memenuhi arena untuk memberikan sokongan kepada 162 peserta dari serata A.S. dan Kanada, dan juga johan kebangsaan profesional dari Australia dan China. Johan Mexico menghadiri acara ini sebagai tetamu pada tahun ini tetapi Mexico merancang untuk bertanding pada Minggu Kejohanan 2020.

Kejohanan Kebangsaan IDEAL Memberikan Penghormatan kepada Komuniti Perdagangan Elektrik

Empat tahun yang lalu, IDEAL Electrical menubuhkan IDEAL National (U.S.) Championship untuk menunjukkan kemahiran dan profesionalisme juruelektrik hari ini. “Dengan A.S. yang menghadapi kekurangan juruelektrik yang ketara dalam beberapa tahun akan datang (Jabatan Buruh A.S. melaporkan 60,000 menjelang 2026), kami mahu mencari jalan untuk memberikan penghormatan kepada komuniti perdagangan dan membantu menarik minat lelaki dan wanita muda dalam kerjaya yang memuaskan sebagai juruelektrik dan kontraktor,” kata Doug Sanford, Naib Presiden Kanan dan Pengurus Besar, Perniagaan Bukan Pencahayaan, IDEAL INDUSTRIES, INC.

“Saya berpendapat kita mempunyai peluang dan tanggungjawab, untuk mempamerkan secara berkesan kepentingan pertukangan mahir ini untuk menguasakan dan menyambungkan kita semua di mana-mana sahaja dalam setiap unsur hidup kita. Tanpa juruelektrik, teknologi tidak akan bergerak maju. Bangunan tidak dapat berfungsi sepenuhnya. Rumah tidak dapat memenuhi jangkaan.”

Laluan ke Minggu Kejohanan

Tahun ini, lebih daripada 58,000 juruelektrik, pelajar dan pelatih bertanding dalam lebih 1,500 acara Pusingan Kelayakan di 5 negara bermula 4 Mac – 4 Oktober, 2019. Semasa acara ini, peserta perlu mempamerkan kedua-dua kemahiran penyelesaian masalah dan fizikal dalam tindakan memotong, melucut, mengelim, menamatkan dan banyak lagi – menggunakan alat IDEAL melalui cabaran yang diadili melalui ketukangan, keselamatan dan masa.

Tahun ini, pertandingan pasukan diubah kepada Cabaran Sekolah dan Kontraktor dengan matlamat untuk memberikan penghormatan kepada sumbangan penting oleh Sekolah dan Kontraktor terhadap perdagangan ini dan juga mempamerkan bakat setiap peserta. Terdapat hadiah baharu disediakan khas untuk mereka, termasuklah sebuah Van Komersial RAM® ProMaster®  dengan Grafik Syarikat Tersuai, biasiswa dan IDEALcash. “Pertandingan pasukan sentiasa menjadi bahagian yang menarik untuk hujung minggu tersebut,” kata Sanford. “Anda boleh menyaksikan ahli pasukan menggunakan kelebihan masing-masing dan menonjol apabila dalam tekanan.”

Pemenang & Hadiah Kejohanan Kebangsaan IDEAL 2019

“Setiap tahun, kami menyaksikan pertandingan dibawa ke tahap yang baharu,” kata Sanford. “Peserta Profesional dan Pelajar/Pelatih tiba ke Minggu Kejohanan tahun ini bersedia untuk mempersembahkan mutu kerja dan kecekapan yang diperlukan seorang juruelektrik bertaraf dunia.”

Johan Individu Profesional bertahan dua kali dan Juara Pasukan Profesional dua kali, Greg Anliker, membuktikan beliau masih hebat dengan membawa pulang gelaran Johan Individu Profesional ketiganya dan $75,000. Jordan Finfrock dari Flatwoods, KY meraih kedudukan teratas dalam kategori Individu Pelajar/Pelatih dengan hadiah bernilai $30,000. 

Clay Noga dan Keith Runkle dari Kellenberger Electric (Kellenberger 2) meraih tempat pertama dalam Cabaran Kontraktor. Dua ahli pasukan itu berkongsi hadiah wang tunai $40,000, di samping wang tunai $20,000 dalam bentuk IDEALcash & Van Komersial RAM® ProMaster® dengan Grafik Syarikat Tersuai dan sebuah pakej sokongan pasaran tempatan.

Angela Bissonnette-Penna dan Jacob Thoennes dari Minneapolis JATC meraih tempat pertama dalam Cabaran Sekolah Amerika Utara. Angela, satu-satunya peserta wanita yang meraih tempat pada acara tahun ini, dan Jacob berkongsi hadiah wang tunai $20,000 dan juga membawa pulang $10,000 dalam bentuk IDEALcash untuk sekolah mereka, lima biasiswa tahun pertama dan lima kit alatan untuk pemenang biasiswa.

Berikut ialah senarai penuh pemenang dan hadiah:

Pertandingan Profesional Antarabangsa
  • Tempat pertama – Tom Matic, Melbourne, Victoria, Australia
    • Hadiah: Trak Pikap RAM® 1500
Profesional dari Amerika Utara menyertai secara individu:
  • Tempat pertama – Greg Anliker, Elgin, IL
    • Hadiah: $75,000                                   
  • Tempat kedua – Seth Agnew, Linn Creek, MO
    • Hadiah: $25,000 
  • Tempat ketiga – Clay Noga, Somonauk, IL
    • Hadiah: $10,000
Cabaran Kontraktor Amerika Utara:
  • Tempat pertama – Kellenberger Electric (Kellenberger 2) - Clay Noga, Somonauk, IL | Keith Runkle, Bolingbrook, IL
    • Hadiah: $40,000 (dikongsi dalam kalangan ahli pasukan), $20,000 dalam bentuk IDEALcash kepada Kontraktor dan Van Komersial RAM® ProMaster® dengan Grafik Syarikat Tersuai dan sebuah pakej sokongan pasaran tempatan
Pelajar/Pelatih Amerika Utara menyertai secara individu: 
  • Tempat pertama – Jordan Finfrock, Flatwoods, KY
    • Hadiah: $30,000
  • Tempat kedua – Benjamin Budd, Potsdam NY
    • Hadiah: $20,000
  • Tempat ketiga – Marty Evans, Cannon Falls, MN
    • Hadiah: $10,000
Cabaran Sekolah Amerika Utara:
  • Tempat pertama – Minneapolis JATC, Angela Bissonnette-Penna, Hugo, MN & Jacob Thoennes, Lino Lakes, MN
    • Hadiah: $20,000 (dikongsi dalam kalangan ahli pasukan), $10,000 dalam bentuk IDEALcash untuk sekolah perdagangan & 5 Biasiswa Tahun Pertama berserta lima kit alatan lengkap untuk pemenang biasiswa
Pada penghujung minggu itu, IDEAL mengumumkan Minggu Kejohanan 2020 akan diadakan di Music City Center di Nashville, Tennessee.

Untuk mendaftar dalam pertandingan pusingan kelayakan 2020 berdekatan anda, lawati IDEALnationals.com. Pusingan kelayakan akan bermula pada Musim Bunga 2020. Untuk gambar dan video pertandingan tahun ini, lawati laman Facebook kami di facebook.com/IDEALindustries.

Perihal IDEAL® ELECTRICAL
IDEAL ELECTRICAL ialah sebuah syarikat IDEAL INDUSTRIES, INC. IDEAL ialah peneraju global dalam alat elektrik dan penamatan wayar, serta pembangunan, pengeluaran dan pemasaran sistem pengurusan tenaga ditingkatkan, produk dan teknologi untuk juruelektrik profesional, jurutera reka bentuk dan eksekutif kemudahan. Untuk maklumat lanjut, lawati IDEALind.com.

Perihal IDEAL INDUSTRIES, INC.
IDEAL INDUSTRIES, INC ialah perniagaan dimiliki keluarga global dan dipelbagaikan yang mereka bentuk dan mengeluarkan produk dan alat berkualiti tinggi untuk tukang profesional dalam industri elektrik, pemprosesan wayar, komunikasi data, aeroangkasa, automotif dan pembinaan.  Syarikat berusia 103 tahun ini diasaskan pada tahun 1916 dengan harapan membentuk hubungan ideal dengan pelanggan, rakan kongsi, pekerja dan komuniti.  Syarikat ini telah berkembang secara konsisten di bawah pemilikan keluarga selama empat generasi. Untuk maklumat lanjut, lawati IDEALINDUSTRIES.com.

ORANG PERHUBUNGAN MEDIA
Paige Robinson
probinson@sccadv.com
312.222.7449

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini boleh didapati di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/29378de1-b4d3-47f4-a89b-4720f3be83a7

SUMBER: IDEAL INDUSTRIES, INC.

-- BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.