ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 29, 2024 -Isnin

 
  DATO' SERI IVAN TEH TERIMA PENGIKTIRAFAN PAUL HARRIS FELLOW DARIPADA KELAB ROTARY

Monday 09/12/2019


Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fusionex Dato' Seri Ivan Teh (kiri) menerima anugerah Paul Harris Fellow, penghormatan paling tinggi yang diberikan oleh Kelab Rotary itu kepada individu yang telah menyumbang kepada usaha baik dengan cemerlang. Menerima penghormatan ini dengan dua individu lain yang cemerlang, Dato Goh pengasas bagi Kumpulan Gintell (tengah) dan Dato Vincent pengasas bagi Kumpulan Subway (kanan). (Foto: Business Wire)



KUALA LUMPUR, Malaysia, 9 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fusionex Dato’ Seri Ivan Teh telah menerima pengiktirafan Anugerah Paul Harris Fellow yang unggul, penghormatan paling tinggi oleh Kelab Rotary itu, pada Jamuan Malam Gala Ulang Tahun Pelantikan ke-92 Kelab Rotary Kuala Lumpur DiRaja baru-baru ini. Diadakan di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur, Teh telah menerima anugerah itu daripada Presiden yang akan bersara Datuk Nelson Kwok Teng Toong. 

Diasaskan pada tahun 1957, anugerah itu memperakui individu yang telah membuat sumbangan yang signifikan dan menyokong usaha-usaha dermawan seperti mengimunkan kanak-kanak daripada penyakit polio dan menyediakan air bersih ke kawasan miskin di seluruh dunia. 

Turut hadir pada malam itu ialah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, yang juga menerima pengiktirafan anugerah paling tinggi Paul Harris Fellow. 

Ramai tokoh yang terkenal sepanjang sejarah adalah merupakan penerima lampau Paul Harris Fellowship, termasuk Presiden Amerika Syarikat Jimmy Carter, Presiden Russia Boris Yeltsin, angkasawan Amerika Syarikt James Lovell, Setiausaha Agung PBB Javier Perez de Cuellar, dan Jonas Salk, pencipta vaksin polio. 

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fusionex Dato’ Seri Ivan Teh berkata, “Saya berasa rendah diri dan berbesar hati untuk menerima pengiktirafan yang luar biasa ini bersama-sama dengan dermawan-dermawan berhati mulia yang lain yang telah banyak menyumbang kepada sebab-sebab yang teladan ini. Saya mempunyai rasa hormat yang sangat tinggi terhadap Yayasan Rotary kerana mereka telah berusaha keras untuk membasmi penyakit, membekalkan air bersih, dan menyokong program-program pendidikan di seluruh dunia, di antara banyak inisiatif lain. Saya gembira kerana dapat memainkan peranan yang kecil tetapi diharap mempunyai penuh bermakna dalam melaksanakan peranan kami sebagai warga dunia, dan akan terus melakukannya dalam apa jua cara yang saya boleh.” 

Maklumat mengenai Fusionex 

Fusionex adalah sebuah penyedia teknologi data yang telah mantap yang memenangi pelbagai anugerah yang mengkhususkan diri di dalam Analisis, Data Besar, IR 4.0, Mesin Pembelajaran dan Kecerdasan Buatan. Penawaran mereka adalah tertumpu kepada membantu pelanggan membuka nilai dan memperolehi wawasan daripada data. Dipaparkan di Forbes, Bloomberg, Gartner, IDC, Forrester, Edison dan Huffington Post, Fusionex adalah syarikat Analisis Data Besar yang terbesar dan pemimpin pasaran di ASEAN, dengan membawa platform paling canggih, berinovatif dan dipacu oleh kejayaan data kepada pelanggan mereka (termasuk syarikat-syarikat Fortune 500, syarikat-syarikat FTSE, konglomerat besar dan juga pelbagai perusahaan kecil dan sederhana (PKS)) yang merentasi Amerika Syarikat, Eropah dan juga Asia Pasifik. Fusionex juga adalah merupakan sebuah syarikat MDEC GAIN serta sebuah penerima MGS. 

Laporan Gartner 2018 mengenai Analisis Moden dan Kecerdasan Perniagaan menyenarai pendek dan memuji platform teknologi data Fusionex. Di samping itu, Fusionex telah dikenal pasti sebagai sebuah Pemain Utama di dalam Laporan MarketScape IDC untuk Data Besar & Analisis. Fusionex adalah satu-satunya syarikat yang berpangkalan di ASEAN yang dipaparkan di dalam kedua-dua laporan tersebut, sekali gus mengesahkan kelayakan mereka di dalam pasaran teknologi data untuk rantau ini.  

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Fusionex, sila layari www.fusionex-international.com.  
 
Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20191208005022/en/Dato%E2%80%99-
Seri-Ivan-Teh-awarded-Rotary-Club%E2%80%99s
 



Hubungi 

Media:
Angie Lim
angie@adv-fusionex.com 

Sumber : Fusionex 

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA
  

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.