ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 27, 2024 -Sabtu

 
  AVIS DINAMAKAN SYARIKAT SEWA KERETA UTAMA DUNIA DI WORLD TRAVEL AWARDS 2019

Thursday 12/12/2019



BRACKNELL, United Kingdom, 12 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Jenama sewa kereta utama, Avis telah dinamakan sebagai syarikat sewa kereta utama dunia untuk tahun kedua berturut-turut di Peringkat Akhir World Travel Awards 2019. Anugerah telah diumumkan di upacara anugerah di Muscat, Oman pada 28hb November 2019.

Petang itu menandakan acara klimaks bagi Grand Tour 2019 ulang tahun ke-26 WTA, dengan pemenang bagi enam upacara rantau WTA bertanding untuk gelaran dunia yang menjadi rebutan.

World Travel Awards tahunan ke-26 diiktiraf secara global sebagai program penghargaan yang amat berprestij dalam perjalanan dan pelancongan global. Anugerah diundi oleh pakar perjalanan dan pelancongan serta pengguna di seluruh dunia, dan penghargaan ini mengiktiraf komitmen jenama terhadap kecemerlangan, dengan penghormatan industri mutlak.

Keith Rankin, Presiden, Antarabangsa, Avis Budget Group berkata: “Kami teruja untuk dinamakan sebagai syarikat sewa kereta terbaik dunia. Penghormatan ini merupakan penunjuk terhadap fokus kami untuk menyediakan produk yang terbaik mungkin dan pengalaman kepada pelanggan kami. Kami berbangga dapat menyampaikan perkhidmatan premium, sementara sentiasa berinovasi, berkembang, dan mengguna pakai teknologi terkini untuk mencipta semula pengalaman sewaan, membantu untuk menjadikannya lebih terhubung, diselaraskan dan atas permintaan: seperti yang ditunjukkan dengan pelancaran Aplikasi Avis yang memenangi anugerah kami.

“Anugerah ini juga merupakan bukti kepada ejen yang amat terlatih kami dan pasukan berpengalaman di 5,500 lokasi Avis di seluruh dunia, menyampaikan pengalaman dan kepuasan pelanggan yang semakin bertahap tinggi. Sebagai pembekal penyelesaian mobiliti globa utama, kami bergantung pada kepakaran dan keprofesionalan kakitangan kami. Anugerah ini membantu untuk meraikan kerja keras dan dedikasi terhadap kecemerlangan mereka.”

Perihal Avis
Dengan kira-kira 5,500 lokasi di hampir 170 negara, Avis merupakan salah sebuah pembekal kereta sewa terbesar di dunia yang bertekad untuk mengembangkan penyelesaian mobiliti atas permintaan dan memperibadikan pengalaman pelanggan. Avis dimiliki Avis Budget Group, Inc. (NASDAQ:CAR), yang merupakan syarikat induk bagi Avis, Budget, Zipcar, Payless, Apex Car Rentals, France Cars, Maggiore, Morini Rent dan Turiscar. Melalui jenama mobiliti utama ini, pelanggan boleh mendapatkan hampir sebarang jenis kenderaan (kereta, trak, van), untuk sebarang tempoh masa (minit, jam, hari, bulan), untuk sebarang tujuan (perniagaan, santai), di hampir 11,000 lokasi di kira-kira 180 negara. Untuk maklumat lanjut, lawati www.avis.com dan ikuti @avisinnovation.

Butiran hubungan:

MHP Communications

AvisBudgetGroup@mhpc.com

Sumber: Avis Budget Group, Inc.

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.