ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 27, 2024 -Sabtu

 
  ​UPSI PAMER 1000 SPESIMEN ORDER LEPIDOPTERA

Thursday 12/12/2019



TANJONG MALIM, 12 Dis (Bernama) -- Ramai menganggap rama-rama dan kupu-kupu adalah spesis yang sama disebabkan oleh ciri-ciri fizikalnya. Walaupun kedua-dua spesis ini berasal daripada order yang sama iaitu order Lepidoptera, namun hakikatnya masing-masing mempunyai beberapa perbezaan yang ketara.
 
Menurut Ketua Jabatan Biologi, Fakulti Sains Matematik (FSM), Dr. Alene Tawang, rama-rama dikenali sebagai spesis serangga nokturnal di mana ia aktif pada waktu malam dan berehat pada waktu siang, manakala kupu-kupu pula adalah spesis serangga ‘diurnal’ yang aktif pada waktu siang dan tidur pada waktu malam.
 
Katanya, bagi mengenali spesis tersebut dengan lebih dekat orang ramai kini berpeluang melihat lebih 1000 jenis spesimen rama-rama dan kupu-kupu yang terdapat di negeri Perak di Muzium Zoologi, FSM, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City.
 
“Pameran inisiatif Jabatan Biologi, FSM bertajuk 'Lepidoptera Insecta Perak Darul Rizduan' ini dibuka bermula November 2019 hingga 1 Mac 2020. Antara spesis yang dipamerkan ialah Yellow Grass Tiger, Chocolate Albatross, Red Spotted Blue Bottle, Common Mormon, Peacock Pansy, Common Blue Bottle dan banyak lagi,” katanya.
 
Berkenaan penubuhan muzium itu katanya, adalah cetusan idea dari Dekan Profesor Madya Dr. Haniza Hanim Mohd Zain dan penyarah-pensyarah di jabatan tersebut bertujuan memberi peluang kepada pelajar dan warga UPSI untuk mengenali khazanah fauna negeri Perak dan Malaysia umumnya.
 
“Selain menikmati dan menambah ilmu, pengunjung juga dapat mengikuti kursus membuat rantai kunci dan pelekat bermagnet menggunakan serangga terawet.  Ianya sangat sesuai untuk pelajar sekolah khususnya pada musim cuti sekolah ini dan ia merupakan peluang yang bagus untuk mereka datang melawat sambil belajar mengenai fauna yang ada di Perak,” katanya.
 
Tambah beliau untuk memasuki pameran itu, yuran masuk serendah RM2/orang untuk dewasa, dan RM1/orang bagi pelajar UPSI dan kanak-kanak dikenakan bertujuan menampung kos penjagaan dan pemuliharaan bahan pameran di Muzium Zoologi tersebut.
 
Orang ramai yang berminat mengunjungi pameran ini boleh menghubungi Dr. Alene Tawang di talian 019 – 788 7084 atau Puan Marina Karunzaman ditalian 012 388 8935.

Sumber: Universiti Pendidikan Sultan Idris

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama: Sajarutul Nor binti Kasim
Penolong Pegawai Penerbitan 
Tel: 05- 450 6661

--BERNAMA



 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.