ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 27, 2024 -Sabtu

 
  MARY KAY MEMAJUKAN KOMITMEN KEPADA PEMERKASAAN WANITA GLOBAL DI FORUM KESAMAAN GENDER GLOBAL COMPACT PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU

Friday 13/12/2019


Deborah Gibbins, Ketua Pegawai Operasi di Mary Kay dengan Sanjeev Khagram, Ketua Pengarah dan Dekan, Thunderbird School of Global Management, Arizona State University (Foto: Mary Kay Inc.)



DALLAS, 13 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Dalam komitmennya yang berterusan terhadap pemerkasaan dan keusahawanan wanita, Mary Kay Inc., bersama-sama dengan Warner Bros, Qualcomm dan lebih banyak lagi, baru-baru ini telah membahaskan manfaat ekonomi, sosial dan kemapanan bagi kesamaan gender global di Global Compact Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Kesamaan Gender, sebuah acara yang dianjurkan oleh Global Compact Network USA (GCNUSA) di Los Angeles, California. Acara serantau itu telah berlangsung di Ibu Pejabat Metro di One Gateway Plaza dan menjemput hadirin untuk menerokai pelbagai cara di mana perniagaan boleh mengambil tindakan ke atas Matlamat 5 bagi Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (SDG 5) untuk menggalakkan kesamaan gender di tempat kerja, tempat pasaran, dan komuniti.
 
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20191212005594/en/ 


Diiktiraf oleh ketua-ketua eksekutif, Global Compact merupakan sebuah rangka kerja praktikal untuk pembangunan, pelaksanaan, dan pendedahan bagi dasar dan amalan kemapanan, yang menawarkan kepada peserta dengan spektrum aliran kerja yang luas, peralatan dan sumber pengurusan, kesemuanya direka untuk membantu memajukan model dan pasaran perniagaan yang mapan. Dengan lebih daripada 10,000 peserta korporat dan pemegang kepentingan lain dari lebih 160 buah negara yang terlibat melalui 68 rangkaian negara, ia merupakan inisiatif kelestarian korporat sukarela yang terbesar di dunia.

SDG 5 merujuk kepada Matlamat kelima bagi Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang diguna pakai oleh semua Negara Anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada tahun 2015 sebagai satu gesaan universal bagi bertindak untuk membasmi kemiskinan, melindungi planet ini dan memastikan semua orang menikmati keamanan dan kemakmuran menjelang tahun 2030. SDG 5 memberi tumpuan kepada menamatkan semua bentuk diskriminasi terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan -- bukan sahaja merupakan satu hak asasi manusia, tetapi penting untuk sebuah masa hadapan yang mapan. Ia terbukti bahawa memperkasakan wanita dan kanak-kanak perempuan akan merangsangkan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan.

“Mary Kay telah bersungguh-sungguh menyokong hak dan pemerkasaan wanita di seluruh dunia sejak penubuhan kami pada tahun 1963,” kata Deborah Gibbins, Ketua Pegawai Operasi di Mary Kay, Inc. “Peristiwa seperti Global Compact Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk Kesamaan Gender menggalakkan perbincangan di antara perniagaan dan pemimpin masyarakat untuk mendidik bagaimana kita boleh membuat satu perbezaan dan menggalakkan perubahan yang bermakna dalam perjalanan untuk mencapai SDG 5.”

Gibbins mengambil bahagian pada acara PBB itu sebagai sebahagian daripada sebuah panel yang menangani kepimpinan korporat dalam persamaan gender. Menyertai beliau di dalam panel itu ialah Kim Williams, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan bagi Warner Bros. Entertainment dan Rashmi Char, Naib Presiden bagi Kejuruteraan di Qualcomm. Panel itu dikendalikan oleh Holly Smithson, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Athena. Nina Hachigian, Timbalan Datuk Bandar bagi Hal Ehwal Antarabangsa di Los Angeles, juga telah berucap.

“Kesamaan gender di tempat kerja menawarkan manfaat yang nyata kepada semua orang,” kata Gibbins. “Saya mencabar rakan sejawat saya dalam perniagaan untuk membuat satu ikrar umum untuk mencapai kesamaan gender dengan mengambil, membangun dan menaikkan pangkat ke atas wanita dan juga dengan menggalakkan kepimpinan wanita di seluruh organisasi mereka. Menurut PBB Wanita, pada kadar sekarang, ia akan mengambil masa 140 tahun untuk mencapai kesamaan gender dalam kedudukan kepimpinan tertinggi. Kita boleh, dan kita harus, melakukan dengan lebih baik. Acara ini adalah satu langkah penting untuk bekerjasama dengan orang lain di seluruh sektor perniagaan, pelaburan, kerajaan dan akademik yang turut bersemangat untuk menyelesaikan isu ini seperti kita.”

Maklumat mengenai Mary Kay

Satu daripada pemecah asal glass ceiling atau yang merujuk kepada kesukaran kaum wanita untuk naik pangkat ke peringkat lebih tinggi, Mary Kay Ash mengasaskan syarikat kecantikan beliau lebih 56 tahun yang lalu dengan tiga matlamat: menawarkan peluang yang berbaloi untuk wanita, mengeluarkan produk yang sangat menarik dan menjadikan dunia sebuah tempat yang lebih baik. Impian itu telah berkembang menjadi sebuah syarikat bernilai berbilion dolar dengan berjuta-juta anggota tenaga jualan bebas di hampir 40 buah negara. Mary Kay berdedikasi kepada penyelidikan sains di sebalik kecantikan dan untuk menghasilkan penjagaan kulit, kosmetik warna, pemakanan tambahan dan wangi-wangian yang berinovatif. Mary Kay komited untuk memperkasakan wanita dan keluarga mereka dengan bekerjasama dengan organisasi dari seluruh dunia, memberi tumpuan kepada penyelidikan kanser, melindungi mangsa yang selamat daripada penderaan domestik, mencantikkan masyarakat kita, dan menggalakkan anak-anak untuk mengejar impian mereka. Visi asal Mary Kay Ash terus bersinar—selangkah demi selangkah. Maklumat lanjut di MaryKay.com
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20191212005594/en/ 


Hubungi

Komunikasi Korporat Mary Kay Inc.
marykay.com/newsroom
972.687.5332 atau media@mkcorp.com 

Sumber : Mary Kay Inc.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.