ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  KEIO PLAZA HOTEL TOKYO MENGADAKAN PAMERAN FOTOGRAF BERITA SUKAN 2020

Thursday 19/12/2019




About 40 captivating photographs of athletes competing in the glab sports arena will be displayed at Sports News Photograph Exhibition 2020. (Photo: Business Wire)
Kira-kira 40 gambar yang menarik perhatian mengenai atlet yang bersaing di arena sukan global akan dipaparkan di Pameran Fotograf Berita Sukan 2020. (Foto: Business Wire)

- Tumpuan kepada Atlet dan Atlet Para Jepun yang Mewakili Jepun pada tahun 2020

TOKYO, 19 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Keio Plaza Hotel Tokyo  (KPH), satu daripada hotel antarabangsa paling berprestij di Jepun yang terletak di Shinjuku, Tokyo, akan mengadakan satu pameran bertajuk “Pameran Fotograf Berita Sukan 2020 – Kuasa Atlet di Pentas Dunia” yang memaparkan fotograf berita yang memberi penghormatan kepada atlet yang bersaing di arena sukan global dari 15 Januari (Rabu) hingga 16 Mac (Isnin), 2020. Pameran tahunan kali keenam yang bakal berlangsung ini akan memaparkan kira-kira 40 gambar yang menarik mengenai atlet yang sedang beraksi, dan diadakan dengan kerjasama The Mainichi Newspapers dan The Sports Nippon Newspapers di lobi Hotel kami dan ditaja oleh Aioi Nissay Dowa Insurance Co., Ltd. dan ITO EN, Ltd.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20191218005194/en/

Atlet-atlet dan atlet para Jepun yang bersaing dalam acara sukan untuk orang kurang upaya yang semakin mendapat pengiktirafan masyarakat, yang dijangka menjadi wira dan wirawati bagi pelbagai acara sukan global pada tahun 2020, akan diperkenalkan melalui gambar-gambar yang dipaparkan pada pameran itu.

Pameran fotograf berita sukan yang diadakan secara tahunan ini direka untuk menyokong atlet yang bersaing di dalam dan di luar Jepun, dan memberi tumpuan kepada detik-detik penting dalam aktiviti sukan mereka melalui gambar-gambar yang menawan. Pameran yang bakal diadakan ini akan membantu untuk mengingatkan tetamu mengenai keindahan sukan pada tahun apabila Jepun akan menjadi tuan rumah kepada kejohanan sukan terbesar di dunia.

Maklumat mengenai Keio Plaza Hotel

Keio Plaza Hotel Tokyo (KPH), yang terletak di Shinjuku di tengah-tengah ibu kota Tokyo, adalah satu daripada hotel antarabangsa yang terkemuka di Jepun. Hotel kami menawarkan lebih daripada 15 buah restoran dan bar, dan kami menjadi hos kepada pelbagai tetamu tempatan dan antarabangsa yang mengunjungi kami kerana kemudahan kami yang mengalu-alukan, layanan mesra dan perkhidmatan unik yang membolehkan mereka mengalami budaya Jepun, termasuk pengalaman perkahwinan dengan memakai kimonoupacara minum teh dan banyak lagi. Untuk maklumat lanjut mengenai kemudahan dan perkhidmatan kami, sila layari laman web, YouTube, Facebook atau Instagram kami.

Lihat versi sumber di  businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20191218005194/en/

Hubungi

Keio Plaza Hotel Tokyo
Keiko Kawashima, +81-3-5322-8010
Pengurus Perhubungan Awam
keiko-kawashima@keioplaza.co.jp

Sumber : Keio Plaza Hotel Tokyo

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

--BERNAMA



 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.