ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 29, 2024 -Isnin

 
  LEDDARTECH AKAN MENDEMONSTRASIKAN TEKNOLOGI PENGESANAN DAN PENGELASAN LIDAR AUTOMOTIF DI CES 2020 DI LAS VEGAS

Thursday 19/12/2019



QUEBEC CITY, 19 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- LeddarTech®, peneraju industri dalam teknologi LiDAR yang menyediakan platform auto dan mobiliti LiDAR paling serba boleh dan boleh skala, hari ini mengumumkan mereka akan menyertai, Canadian Automotive Parts and Manufacturers Association(APMA) dan Karma Automotive di CES 2020 sebagai pempamer di reruai 1025 Tech East Westgate dari 7-10 Januari 2020.

APMA ialah persatuan kebangsaan Kanada yang mewakili pengeluar OEM bagi alat ganti, peralatan, alat, bekalan, teknologi lanjutan, dan perkhidmatan untuk industri automotif di seluruh dunia.LeddarTech merupakan ahli persatuan ini sejak 2015.Objektif dasar Pertubuhan ini adalah untuk menggalakkan industri pengeluaran bekalan automotif peralatan asli di kedua-dua peringkat domestik dan antarabangsa.APMA dengan kerjasama Karma Automotive dan LeddarTech Automotive Center of Excellence akan mewakili teknologi yang memajukan laluan kepada pemanduan automotif.

“Usaha APMA dalam mengurus Zon Demo Kenderaan Autonomi Kanada sebagai sebahagian daripada Rangkaian Inovasi Kenderaan Autonomi (AVIN) bernilai $80 juta Kerajaan Ontario akan menerima manfaat yang besar daripada penambahan Revero GT Karma kepada armada kenderaan demo kami” kata En. Warren Ali, Naib Presiden Inovasi APMA.  “Bersama-sama, kami teruja untuk meneroka teknologi baharu yang boleh disepadukan ke dalam platform dan penyelesaian kenderaan masa hadapan.Untuk merealisasikan wawasan Pemanduan Autonomi, kami teruja bahawa LeddarTech, peneraju dalam teknologi LiDAR, bekerjasama dengan kami dalam perjalanan untuk membangunkan kenderaan autonomi mewah Karma” rumus En. Ali.

“LeddarTech berasa gembira untuk menyertai APMA di CES.Kami yakin perkongsian strategik dan kerja sama industri menyampaikan nilai ketara dan manfaat kepada pelanggan dan pengguna akhir kami,” En. Michael Poulin, Naib Presiden Barisan Produk LeddarTech.Beliau meneruskan, “Kami menanti-nantikan untuk mendemonstrasikan teknologi LiDAR kokun Leddar™ Pixell yang memenangi anugerah CES 2020 dengan Karma Automotive dalam Revero GT 2020 mewah mereka.  Kami juga teruja untuk memperkenalkan teknologi Pengelasan Pejalan Kaki LeddarTech, demonstrasi langsung ini dikuasakan oleh LeddarEngine™ mendemonstrasikan dengan lebih lanjut motivasi syarikat kami untuk memimpin dan memajukan sistem bantuan pemandu lanjutan dan pemanduan autonomi” rumus En. Michael Poulin. 

Manfaat Leddar™ Pixell:

· Pengesanan objek boleh diharapkan dan Pengguna Jalan Rentan (VRU)
· Medan pandangan 180° mendatar yang luas
· Tiada zon mati dalam medan pandangan yang dicahayakan.
· Ketahanan yang luar biasa
· Kilat 3D, reka bentuk keadaan pepejal tanpa bahagian yang bergerak
· Kurungan IP67 dengan tingkap kalis impak dan penyambung gred automotif 

Sejak pelancarannya pada September 2019, Leddar Pixell telah membuat pameran di beberapa acara perdagangan di seluruh Eropah, Amerika Utara dan Asia.Di samping CES, LeddarTech akan mendemonstrasikan Leddar Pixell di Automotive World 2020 di Tokyo, Jepun, dengan Nagase dari 15hb-17hb Januari, AV20 San Jose pada bulan Februari dan TECH.AD Berlin di Mac serta lokasi lain sepanjang 2020. 

Perihal Karma Automotive

Karma Automotive merupakan inkubator berteknologi tinggi yang menawarkan penginovasi platform yang sempurna untuk membuktikan teknologi memuncul mereka.Diasaskan pada tahun 2014, Karma mencipta semula model perniagaan automotif berdasarkan runcit tradisional untuk mencipta nilai bukan tradisional dengan membuka sumber kejuruteraan, reka bentuk, penyesuaian dan pengeluaran kepada syarikat lain kepada syarikat lain yang inginkan pembangunan produk yang pantas, mengakses teknologi baharu, atau menjadikan produk mereka lebih mewah.

Maklumat tambahan tentang Karma Automotive dan Revero di www.karmaautomotive.com atau lawati Karma Newsroom yang tidak memerlukan kata laluan di www.karmanewsroom.com 

Perihal APMA

Persatuan ini ditubuhkan pada tahun 1952, dan ahlinya terdiri daripada 90% pengeluaran alat ganti bebas di Kanada.Pada tahun 2018, penghantaran alat ganti automotif adalah melebihi $35 bilion, dan tahap penggajian industri adalah melebihi 100,000 orang.Objektif dasar Persatuan ini adalah untuk menggalakkan industri pengeluaran bekalan automotif peralatan asli (O.E.) di kedua-dua peringkat domestik dan antarabangsa.Persatuan ini menyediakan perwakilan industri yang penting kepada kedua-dua Kerajaan Persekutuan dan Wilayah, menyokong inisiatif kerajaan rantau, dan mewujudkan serta melaksanakan inisiatif pemasaran global untuk membangunkan peluang dagangan dan perniagaan untuk keahlian kami. Selain memberikan sokongan, APMA juga menyediakan ahli-ahlinya penyelesaian dan peluang pembangunan perniagaan serta panduan dan bantuan untuk memodenkan operasi mereka bagi memenuhi keperluan Industri 4.0. 

Maklumat tambahan di www.apma.cadan LinkedIn, Twitter 

Maklumat Hubungan:Warren Ali, Naib Presiden Inovasi, APMA 
Tel:1-416-620-4220 samb. 235 Wali@apma.ca

Perihal LeddarTech®

LeddarTech ialah peneraju industri yang menyediakan platform LiDAR auto dan mobiliti paling serba boleh, dan boleh skala berdasarkan LeddarEngineTM unik, yang terdiri daripada suit SoC bergred automotif, keselamatan fungsian disahkan yang berfungsi selari dengan perisian pemprosesan isyarat proprietari LeddarSPTM .Syarikat ini bertanggungjawab untuk beberapa inovasi dalam aplikasi penderiaan jauh mobiliti canggih, dengan lebih 70 teknologi berpaten (diluluskan atau menunggu kelulusan) meningkatkan ADAS dan keupayaan memandu berautonomi.

LeddarTech juga menyediakan pasaran mobiliti dengan penyelesaian modul LiDAR berprestasi tinggi berkeadaan pepejal untuk kenderaan ulang-alik berautonomi, trak, bas, kenderaan penghantaran dan teksi robot.Modul ini dibangunkan untuk menyokong pasaran mobiliti tetapi juga mempamerkan keupayaan platform auto dan mobiliti LeddarTech sebagai asas untuk dibina pembekal LiDAR lain.

Maklumat tambahan tentang LeddarTech boleh ditemui di www.LeddarTech.com, dan LinkedInTwitterFacebook, dan YouTube. 

Maklumat Hubungan:Daniel Aitken, Naib Presiden Pemasaran dan Komunikasi Global, LeddarTech 
Tel.:+1-418-653-9000 samb. 232 Daniel.Aitken@Leddartech.com

Logo Leddar, LeddarTech, LeddarEngine, LeddarSP, LeddarCore, dan LeddarTech ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar LeddarTech Inc. Semua jenama lain, nama produk dan tanda ialah atau mungkin ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar yang digunakan untuk mengenal pasti produk atau perkhidmatan pemilik masing-masing.

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini boleh didapati di  https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/a66d2523-094e-4de0-8255-68f356db9cfa

SUMBER: LeddarTech inc.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.