ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 02, 2024 -Khamis

 
  MARY KAY MENGILHAMKAN TREND KECANTIKAN PADA MINGGU FESYEN MUSIM BUNGA/ MUSIM PANAS 2020 DI EROPAH

Friday 20/12/2019



Artis-artis Solekan Mary Kay Mencipta Trend Kecantikan Musim Bunga/ Musim Panas 2020 di 173 Pertunjukan Fesyen di Lima Negara

DALLAS, 20 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mary Kay Inc. terus mencapai pengiktirafan dalam industri kecantikan menerusi perkongsian mereka yang berterusan dengan Minggu Fesyen Ukraine dan Belarus, Minggu Fesyen  Mercedes-Benz Rusia, dan Hari-hari Fesyen Bratislava di Slovakia dan Republik Czech.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20191219005838/en/

Table
Minggu Fesyen Mercedes-Benz Rusia (Foto: Mary Kay Inc.)

“Sebagai sebuah inovator bagi trend kecantikan, Mary Kay bersama-sama dengan artis-artis kecantikan, melancarkan pentas peragaan 2020 sepanjang minggu-minggu fesyen di Eropah,” kata Tara Eustace, Presiden bagi Mary Kay untuk Wilayah Eropah. “Pentas peragaan di minggu fesyen adalah pentas yang paling sesuai untuk berkongsi inspirasi, memperkenalkan inovasi kami dengan dunia fesyen dan meningkatkan trend solekan di setiap negara ini.”

Pereka, pempengaruh, selebriti, artis solekan, pemblog kecantikan dan editor telah menghadiri kesemua lima acara di mana Mary Kay adalah rakan kecantikan rasmi untuk musim minggu fesyen musim bunga/ musim panas 2020.

“Mary Kay Global Design Studio telah diwujudkan lebih 10 tahun yang lalu untuk memberi inspirasi kepada trend kecantikan dan memacukan inovasi, menjanakan kreativiti dan keperibadian melalui kolaborasi fesyen di seluruh dunia,” kata Sheryl Adkins-Green, Ketua Pegawai Pemasaran, dan Pegawai Kreatif & Inspirasi untuk Mary Kay Global Design Studio. “Semasa minggu fesyen, artis-artis solekan dengan kerjasama Mary Kay, melancarkan beberapa daripada trend utama bagi musim itu. Penggemar kecantikan boleh melihat rupa ‘seperti yang dilihat’ di pentas peragaan itu atau melihat semula inspirasi untuk mencipta inspirasi mereka sendiri.”

Sorotan Fesyen Minggu:

Diadakan di Kyiv antara 31 Ogos-4 September 2019, Minggu Fesyen Ukraine (UFW) memulakan acara-acara yang ditaja oleh Mary Kay di Eropah. Di bawah arahan artistik oleh artis solekan utama MartElle, sekumpulan 40 artis kecantikan, yang semuanya adalah anggota pasukan jualan bebas Mary Kay, telah menghiasi model-model peragaan itu bagi 30 pereka Ukraine dan melakukan 350 solekan yang berbeza di sepanjang UFW. Satu daripada pertunjukan fesyen itu adalah sebuah kerjasama koleksi baju dalam wanita merah jambu kapsul eksklusif antara Mary Kay Ukraine dan jenama pakaian dalam Keòsme yang bertujuan untuk menyokong wanita yang didiagnosis dengan kanser payudara. Sepuluh peratus daripada hasil penjualan dari koleksi eksklusif itu akan didermakan kepada sebuah organisasi yang tidak mencari keuntungan di Ukraine yang menggalakkan kesihatan dan kesejahteraan wanita.

Hari-hari Fesyen Bratislava oleh Mercedes-Benz adalah yang seterusnya di Bratislava pada 16-19 September, dan Prague pada 5-6 Oktober. Bagi tahun kedua berturut-turut, Mary Kay Slovakia adalah Artis Solekan Rasmi untuk acara itu. Artis-artis solekan mempersiapkan pandangan solekan yang mengagumkan yang dipakai oleh model-model peragaan dan membintangi dalam cerita-cerita di belakang pentas di Fesyen TV. Diilhamkan oleh Duta Kecantikan Global Mary Kay, Luis Casco, penampilan khas "Sparkling Pewter," "Sultry Glam," "Sweet Champagne," dan "Garnet Gold" menjadi kemuncak bagi acara itu. Pertunjukan pada 17 Disember di Bratislava menandakan penutupan bagi edisi 2019 bagi Hari-hari Fesyen itu.

Mary Kay Rusia telah menjadi Artis Solekan Rasmi bagi Minggu Fesyen Mercedes-Benz Rusia (MBFW Rusia) untuk 7 tahun berturut-turut — 13 musim berturut-turut. Acara fesyen terbesar di Eropah Timur itu, MBFW Rusia telah diadakan di Moscow pada 15-19 Oktober. Luis Casco, dan artis solekan utama Andrey Shilkov, mencipta bersama pandangan bagi 109 pertunjukan daripada sejumlah 119, sementara sebuah pasukan solekan dari pasukan jualan bebas Mary Kay Rusia mewakili jenama itu di belakang pentas. Pandangan kecantikan yang menakjubkan yang dibayangkan untuk pertunjukan peragaan Te Amo Couture adalah hasil kerjasama eksklusif Casco-Shilkov.
 
Minggu Fesyen Belarus (BFW) yang diadakan di Minsk pada 17 hingga 20 Oktober 2019, menutup musim minggu fesyen yang berjaya untuk Mary Kay di Eropah Timur. Mary Kay adalah Artis Solekan BFW Rasmi untuk musim ke-7 berturut-turut. Sebuah pasukan artis kecantikan dari tenaga jualan bebas Mary Kay Belarus menampilkan 650 pandangan peragaan dan tidak kurang daripada 500 ubah rupa di bawah bimbingan maestro artis kecantikan Alexander Kiryniuk, yang juga membentangkan trend musim itu.

Maklumat mengenai Mary Kay

Satu daripada pemecah asal glass ceiling atau yang merujuk kepada kesukaran kaum wanita untuk naik pangkat ke peringkat lebih tinggi, Mary Kay Ash mengasaskan syarikat kecantikan beliau lebih 55 tahun yang lalu dengan tiga matlamat: menawarkan peluang yang berbaloi untuk wanita, mengeluarkan produk yang sangat menarik dan menjadikan dunia sebuah tempat yang lebih baik. Impian itu telah berkembang menjadi sebuah syarikat bernilai berbilion dolar dengan berjuta-juta anggota tenaga jualan bebas di hampir 40 buah negara. Mary Kay berdedikasi kepada penyelidikan sains di sebalik kecantikan dan untuk menghasilkan penjagaan kulit, kosmetik warna, dan wangi-wangian yang berinovatif. Mary Kay komited untuk memperkasakan wanita dan keluarga mereka dengan bekerjasama dengan organisasi dari seluruh dunia, memberi tumpuan kepada penyelidikan kanser, melindungi mangsa yang selamat daripada penderaan domestik, mencantikkan masyarakat kita, dan menggalakkan anak-anak untuk mengejar impian mereka. Visi asal Mary Kay Ash terus bersinar—selangkah demi selangkah. Maklumat lanjut di MaryKay.com.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20191219005838/en/

Hubungi

Komunikasi Korporat Mary Kay Inc.
marykay.com/newsroom
972.687.5332 atau media@mkcorp.com

Sumber : Mary Kay Inc.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.