PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 
 

Februari 25, 2020 -Selasa

 
  PESTA MUSIM SEJUK ANTARABANGSA BERUSIA 22 TAHUN MENARIK PENIAGA DARI 32 NEGARA DAN WILAYAH

Friday 20/12/2019


Pesta Perdagangan Musim Sejuk Produk Pertanian Tropika Antarabangsa (Hainan) China 2019 telah menarik banyak orang, dan produk dari negara-negara di sepanjang Belt and Road adalah sangat popular.



AsiaNet 82280

HAIKOU, China, 20 Dis., 2019 /Xinhua-AsiaNet/ --
 
Dari 12 hingga 16 Disember, Pesta Perdagangan Musim Sejuk Produk Pertanian Tropika Antarabangsa (Hainan) China 2019 (kemudian dari ini dirujuk sebagai “Pesta Musim Sejuk”) telah diadakan di Hainan, dengan menarik penyertaan 5,300 peniaga dari 32 buah negara dan wilayah untuk mencari peluang-peluang perniagaan dan kerjasama baharu.

Dalam Pavilion Kebangsaan “Belt and Road”, orang ramai terpesona oleh pelbagai barang pamer menarik yang tidak berkesudahan, termasuk cendawan Rusia yang menyelerakan, kopi Brazil yang lembut dan sarang burung Malaysia yang dibungkus secara halus. Mongolia adalah negara tetamu yang pertama diberi penghormatan pada Pesta Musim Sejuk itu, dengan menjadikan pameran eksotik dan produk berkualiti tinggi sebagai tumpuan bagi pesta itu.

Menurut Jawatankuasa Penganjuran bagi Pesta Musim Sejuk itu, pesta itu menampilkan tiga acara utama: pertama, melalui operasi pasaran, ia telah membina satu platform khusus untuk membeli dan menjual dan mewujudkan laman web rasmi yang pertama dalam kedua-dua bahasa Cina dan bahasa Inggeris (www.hntatf.com); kedua, pesta itu disasarkan pada pasaran antarabangsa yang membantu menggalakkan kerjasama pertanian dengan negara-negara asing; ketiga, sebuah pavilion pengurangan kemiskinan untuk industri pertanian telah dibina.

Berdasarkan kepada pembinaan zon perdagangan bebas Hainan dan pelabuhan perdagangan bebas Hainan dengan ciri-ciri Cina, kerjasama pertanian mereka telah berkembang. Semasa Pesta Musim Sejuk itu, Hainan telah menandatangani Memorandum Persefahaman dengan Kementerian bagi Makanan, Pertanian, Perusahaan Ternakan dan Industri Ringan Mongolia dan Negeri Shirak di Republik Armenia berhubung kerjasama dalam pertanian dan bidang-bidang lain. Di samping itu, Kampong Speu di Kemboja dan Kumpulan Haiken telah mencapai satu persetujuan untuk bersama-sama membina sebuah ladang kelapa seluas 200,000 mu di Hainan.

Pesta Musim Sejuk itu telah menarik lebih daripada 570,000 orang pengunjung, dengan RMB 77.45 bilion dalam nilai pesanan untuk produk pertanian di tapak dan dari bandar raya dan wilayah, RMB 180 juta volum jualan di tapak, dan RMB 2.2 bilion dalam volum urus niaga bagi pesanan dari negara-negara di sepanjang Belt and Road. Pada Persidangan Penggalakan di Haikou, satu daripada acara utama bagi Pesta Musim Sejuk itu, RMB 1.7 bilion telah dilaburkan dalam kerjasama pertanian Hainan-Taiwan, sementara nilai pesanan untuk buah-buahan dan sayur-sayuran musim sejuk melebihi RMB 900 juta.

Pada masa akan datang, Hainan akan memberikan sepenuhnya kepada peranan bagi Pesta Musim Sejuk itu, meningkatkan operasi pasaran, memperbaiki penyertaan, dengan itu membina sebuah platform yang penting di pelabuhan perdagangan bebas Hainan untuk pameran dan jualan produk pertanian musim sejuk, serta untuk pertukaran dan kerjasama pertanian antarabangsa.
 
Sumber: Jawatankuasa Penganjuran Pesta Musim Sejuk 2019
 
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=354309 

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2020 MREM . All rights reserved.