ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 02, 2024 -Khamis

 
  EV GROWTH MENUTUP DANA AS$250 JUTA

Tuesday 31/12/2019



 
EV Growth team. (Photo: Business Wire)
Pasukan EV Growth. (Foto: Business Wire)


• Firma Modal Teroka itu mencecah paras tertinggi AS$250 Juta
• Dana itu telah mencapai paras tertingginya selepas sasaran awal sebanyak $150 juta
• Merancang untuk menggunakan AS$325 Juta untuk syarikat permulaan Asia Tenggara dengan menggabungkan saiz dana-dana aktif, bagi kedua-dua peringkat benih dan peringkat pertumbuhan
 
SINGAPURA, 31 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- EV Growth, sebuah firma modal teroka yang beribu pejabat di Singapura, telah mencapai paras tertinggi bagi dana pertama mereka pada AS$250 Juta, melebihi sasaran awal firma itu AS$150 Juta. Kejayaan ini adalah hasil daripada penerimaan firma itu bagi Rakan Kongsi Terhad (LP) baharu yang termasuk beberapa syarikat berasaskan keluarga di Asia dan dua daripada dana kekayaan kedaulatan yang terbesar di Asia.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20191230005362/en/
 
Dilancarkan pada Mac 2018, EV Growth adalah sebuah usaha sama di antara East Ventures, SMDV dan Yahoo! Japan Capital yang memberi tumpuan kepada menyediakan modal pertumbuhan kepada syarikat permulaan di Indonesia dan di seluruh Asia Tenggara dengan satu tumpuan agnostik industri. Syarikat itu diketuai oleh tiga rakan kongsi - Willson Cuaca dari East Ventures, Roderick Purwana dari SMDV, dan Shinichiro Hori dari Yahoo! Japan Capital.

EV Growth telah melabur di pelbagai sektor di Asia Tenggara. Beberapa pelaburan terbaharu mereka termasuk:

• Teknologi pendidikan yang terkemuka di Indonesia Ruangguru pusingan Siri C AS$150 Juta
• Teknologi Kecantikan yang terkemuka di Indonesia Sociolla pusingan Siri D AS$40 Juta
• Syarikat permulaan bayaran balik tunai serantau Shopback pusingan AS$45 Juta
• Rantaian bekalan logistik Indonesia Warung Pintar Siri B AS$27.5 Juta
• Platform pengangkutan dengan trak dan penggudangan Indonesia Waresix Siri A AS$14.5 Juta

Pusingan susulan utama yang lain termasuk pusingan terbaharu bagi dua unikorn Indonesia Tokopedia dan Traveloka, PKS terkemuka Indonesia Koinworks, rantaian kopi secara dalam talian-ke-luar talian Fore Coffee, dan syarikat media terkemuka Indonesia IDN Media.
 
Pada masa ini, EV Growth telah mengerahkan lebih daripada 50 peratus daripada jumlah dana mereka dalam 20 urus niaga. 80 peratus daripada syarikat-syarikat portfolio EV Growth adalah milik orang Indonesia, di mana dana IRR mencakupi 36 peratus.

Willson Cuaca, Rakan Pengurusan di EV Growth dan pengasas bersama bagi East Ventures berkata, “Titik lengkok balas di Asia Tenggara adalah sekarang dan kami bernasib baik kerana berada di sini awal. Pengalaman operasi firma kami, halaju urus niaga, pengetahuan tempatan dan rangkaian serantau telah membantu kami memperolehi sebahagian daripada urus niaga yang terbaik di rantau itu. Kami merancang untuk menggunakan AS$325 juta untuk syarikat permulaan Asia Tenggara yang menggabungkan saiz dana aktif, bagi kedua-dua peringkat benih dan pertumbuhan.”

Dengan mempunyai dua dana, East Ventures menyokong ekosistem syarikat permulaan dan telah menjadi konsisten, jangka panjang dan pengasas yang mesra. Sebagai contoh, East Ventures telah menjadi penyokong yang lama bagi Ruangguru di mana Willson Cuaca adalah merupakan ahli lembaga sejak peringkat awal dan mengambil bahagian di dalam pusingan benih syarikat itu pada tahun 2014. East Ventures membantu dengan pusingan susulan dan menyokong seterusnya melalui dana EV Growth dengan melabur di dalam pusingan siri C AS$150 juta mereka baru-baru ini.

“Kami bangga kerana mempunyai East Ventures sebagai rakan kami. Willson Cuaca dari EV Growth menaruh kepercayaan kepada kami sejak awal lagi dan memberikan kami pembiayaan benih kami yang pertama pada tahun 2014. Kami berterima kasih bahawa EV Growth menyokong kami dan mengambil bahagian di dalam pusingan terbaharu AS$150 Juta kami. Kami terus menunjukkan satu komitmen yang kuat terhadap East Ventures dan berharap dapat bekerjasama dengan mereka untuk mencapai tahap yang lebih tinggi,” kata Adamas Belva Syah Devara, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama bagi Ruangguru.

Maklumat mengenai EV Growth

EV Growth adalah sebuah usaha sama di antara East Ventures, SMDV, dan Yahoo! Japan Capital yang memberi tumpuan kepada menyediakan modal pertumbuhan kepada syarikat permulaan di Indonesia dan di seluruh Asia Tenggara dengan satu tumpuan industri agnostik. EV Growth mempunyai satu daripada rangkaian syarikat dan rakan yang terbesar di rantau itu dan telah melabur di lebih daripada 20 portfolio syarikat sejak penutupan pertama mereka pada April 2018.

EV Growth berhasrat untuk merapatkan jurang di dalam pendanaan pertumbuhan VC dengan matlamat utama untuk mewujudkan sebuah portfolio yang sangat pelbagai bagi pemimpin peringkat teknologi pertumbuhan awal di Asia Tenggara. Menggunakan pengetahuan perniagaan yang mendalam di Sinar Mas dan digabungkan dengan reputasi East Ventures sebagai satu daripada VC yang terkemuka dengan portfolio benih yang terbesar dan portfolio Siri A di rantau itu serta pengalaman yang panjang bagi Yahoo! Japan Capital di dalam industri Internet, EV Growth mempunyai akses dan wawasan yang tidak ada tandingan di dalam trend dan peluang yang akan datang di dalam industri itu.

Maklumat mengenai East Ventures

Ditubuhkan pada tahun 2009, East Ventures adalah sebuah firma modal teroka sektor agnostik peringkat awal. Firma itu telah menyokong lebih daripada 170 buah syarikat di rantau Asia Tenggara yang terdapat merentasi Indonesia, Singapura, Jepun, Malaysia, Thailand, dan Vietnam.

Sebuah firma awal yang mempercayai di dalam ekosistem permulaan di Indonesia, East Ventures adalah pelabur pertama bagi syarikat-syarikat unikorn Indonesia, iaitu Tokopedia dan Traveloka. Syarikat-syarikat terkemuka yang lain di dalam portfolio itu termasuk Mercari, Warung Pintar, Fore Coffee, Disdus (diperolehi oleh Groupon), Kudo (diperolehi oleh Grab), Loket (diperolehi oleh Gojek), Tech di Asia, Omise, IDN Media, Ruangguru, MokaPOS, ShopBack, dan CoHive.

Pada tahun 2018, untuk menyokong dan memanfaatkan seterusnya terhadap pembangunan ekosistem mereka, East Ventures telah mewujudkan sebuah dana peringkat pertumbuhan yang dinamakan EV Growth. Pada tahun berikutnya, East Ventures telah dinamakan sebagai dana VC yang berprestasi utama paling konsisten di seluruh dunia oleh Preqin dan pelabur yang paling aktif di Asia Tenggara dan Indonesia.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20191230005362/en/

Hubungi

Media
Gladys Nathania, Perhubungan Media, East Ventures
Telefon: +62 81319301170, e-mel: Gladys@east.vc

Sumber : EV Growth
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.