ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  SHARP DI CES 2020: MEREALISASIKAN SEBUAH EKOSISTEM 8K+5G

Monday 06/01/2020



Table
Selain daripada rakaman dan analisis tepat masa bagi bahagian filem latihan kuda lumba, penyelesaian 8K+5G Sharp yang dipasang pada dron mempunyai potensi besar untuk tinjauan bagi jambatan, empangan pergunungan dan infrastruktur lain di lokasi yang sukar untuk dicapai atau berbahaya. (Foto: Business Wire)

Sistem PC Pengeditan Video 8K, Kerjasama Disiplin Silang pada Paparan

LAS VEGAS & OSAKA, Jepun, 6 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 
Sharp Corporation  (TOKYO: 6753) akan kembali ke CES 2020 dengan sebuah pameran yang memaparkan pemasangan terkini di dalam ekosistem mereka yang berkembang bagi produk dan perkhidmatan yang memanfaatkan faedah bagi video Ultra-HD 8K dan teknologi wayarles 5G termaju.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20200105005022/en/

Ekosistem 8K+5G Sharp terdiri daripada penyelesaian hujung ke hujung untuk rakaman, penyuntingan, penyimpanan, dan penyampaian kandungan 8K, dengan faedah yang berpotensi yang menjangkau hiburan dan penyiaran kepada pelbagai bidang seperti industri, keselamatan, kesihatan, pendidikan, automotif, pejabat pintar, dan rumah pintar. Satu penambahan yang dinanti-nantikan untuk sebuah portfolio yang sentiasa berkembang bagi produk dan perkhidmatan 8K adalah sistem PC pengeditan video 8K dynabook yang baharu, yang dengan skrinnya seluas 15.6 inci akan menyediakan sebuah platform yang kompak, mudah dan bersiap sedia untuk melihat dan memproses bahan-bahan 8K.

Sementara itu, contoh-contoh yang menarik mengenai Ekosistem 8K+5G Sharp yang dipamerkan di CES 2020 akan termasuk sebuah sistem yang dipasang pada dron yang dibangunkan dengan kerjasama pelbagai pihak berkepentingan luar untuk merakam dan menghantar bahagian filem 8K tepat masa bagi tujuan termasuk latihan kuda lumba dan tinjauan infrastruktur. Ini adalah satu daripada pelbagai kerjasama disiplin silang yang sedang menjalani ujian untuk membawa manfaat praktikal bagi 8K dan 5G secara langsung kepada perniagaan dan pengguna.

“Kerjasama merupakan satu tonggak bagi usaha kami untuk memanfaatkan faedah bagi 8K+5G,” kata Bob Ishida, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua bagi Kumpulan ICT. “Kami menjalankan ujian dengan pelbagai rakan luar, kesemuanya dengan tujuan untuk merealisasikan sebuah ekosistem 8K+5G yang komprehensif secepat mungkin. Dan sebagaimana pameran CES 2020 kami akan memaparkan, kami yakin bahawa, bersempena dengan pengenalan 5G, teknologi 8K kami boleh membuat satu sumbangan yang besar kepada masyarakat masa hadapan.”

Maklumat lanjut mengenai Sharp di CES 2020:
https://global.sharp/brand/globalevents/ces2020/

Maklumat mengenai Sharp
Sharp Corporation adalah sebuah pemaju dunia bagi produk-produk berinovatif dan teknologi teras yang memainkan satu peranan utama di dalam membentuk masa depan bagi elektronik. Sharp menetapkan visi perniagaan mereka sebagai “Mengubah Dunia dengan 8K+5G dan AIoT”.  Teknologi 8K menghasilkan imej yang mendedahkan sebuah dunia yang menjangkau di luar realiti harian kita dan melahirkan kepada penemuan baharu yang mengasyikkan. AIoT menghubungkan orang dan masyarakat melalui kecerdasan buatan dan teknologi IoT. Sebagai sumber kepada pelbagai inovasi, menerusi idea-idea ini, Sharp akan terus merevolusikan dunia. Sharp Corporation mempunyai 52,640 orang pekerja di seluruh dunia (sehingga 30 September, 2019) dan mencatatkan jualan tahunan terkumpul sebanyak 2.4 trilion yen untuk tahun fiskal yang berakhir pada 31 Mac, 2019.

Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20200105005022/en/

Hubungi

Sharp Corporation
Pasukan Perhubungan Awam/Penjenamaan
pr-brand@sharp.co.jp

Sumber : Sharp Corporation

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.