ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  HOTEL KEIO PLAZA TOKYO MENJADI TUAN RUMAH PAMERAN SENI FESTIVAL ANAK PATUNG KANAK-KANAK PEREMPUAN "HINA-MATSURI"

Tuesday 21/01/2020



About 6,800 hanging ornaments, each one handmade from kimono and quilt fabrics, and tiered stand of dolls of the Emperor and Empress will be displayed to celebrate the traditional Hina-Matsuri, known as Girls' Day. (Photo: Business Wire)
Lebih kurang 6,800 perhiasan gantung, setiap satunya diperbuat daripada kimono dan fabrik gegebar menggunakan tangan, dan bekas peragaan bertingkat untuk patung Maharaja dan Maharani  akan dipamerkan bagi meraikan perayaan tradisi Hina-Matsuri, dikenali sebagai Hari Kanak-kanak Perempuan. (Foto: Business Wire)


– 6,800 Peragaan Perhiasan Seni Gantung yang menakjubkan dan Keindahan Bunga-bungaan
 
TOKYO, 21 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Keio Plaza Hotel Tokyo (KPH), salah sebuah hotel berprestij negara Jepun yang terletak di Shinjuku, Tokyo, akan menganjurkan satu acara iaitu “Hina-Matsuri Pameran Seni Festival Anak Patung Kanak-kanak Perempuan” bagi membantu para tetamu meraikan acara kebudayaan Jepun yang dikenali sebagai Festival Anak Patung Kanak-kanak Perempuan atau Hina-Matsuri bermula 1 Februari sehingga 26 Mac, 2020. Acara yang amat popular ini dianjurkan sekali setahun dan memperagakan 6,800 perhiasan seni gantung yang menakjubkan dan penuh seni yang diperbuat menggunakan tangan daripada kain sutera lama. Perhiasan-perhiasan ini dibuat dengan teliti untuk pameran ini dan simboliknya mencerminkan harapan untuk kesihatan dan kegembiraan kanak-kanak.  Bunga pic juga ditampilkan sebagai tema untuk pameran, konsert dan bengkel untuk acara pada tahun ini selaras dengan “Festival Pic” dan kepercayaan bahawa pic memanjangkan usia memandangkan ia menghalau semangat-semangat jahat.

Siaran akhbar ini mempunyai multimedia. Lihat siaran penuh di sini:  
https://www.businesswire.com/news/home/20200120005118/en/

Karya-karya seni bertemakan bunga akan dipamerkan di aras 3 kawasan Lobi Seni. “Pameran Pasu Bunga Tanpa Bunga” mempamerkan pasu-pasu bunga yang diperbuat daripada lakuer, tembikar, buluh dan bahan-bahan lain menampilkan keindahan istimewa pasu-pasu ini.  Selain itu, pelukis Jepun Masatsugu Ito bakal mempamerkan lukisan-lukisan dinamik bunga sakura atas panel pintu gelangsar tradisional Jepun bagi menunjukkan kepada para tetamu keindahan lukisan Jepun yang elegan. 

Penggubah bunga Hiroki Maeno berceramah mengenai maksud dan kegembiraan gubahan bunga Jepun ‘Ikebana”, dua kali sebulan pada hari Rabu. Para tetamu boleh membawa pulang gubahan bunga yang mereka buat bagi meraikan Festival Anak Patung Kanak-kanak Perempuan dengan keluarga mereka. Selain itu, item menu istimewa bagi memperingati Festival Anak Patung Kanak-kanak Perempuan Hina-Matsuri ini akan dihidangkan di tujuh buah restoran kami dan ruang istirehat sepanjang bulan Februari dan Mac 2020.

Arkib Siaran Akhbar

Mengenai Keio Plaza Hotel

Keio Plaza Hotel Tokyo (KPH), terletak di Shinjuku di tengah-tengah ibu negara Tokyo, merupakan salah satu hotel antarabangsa terkemuka di Jepun.  Hotel kami mempunyai lebih daripada 15 restoran dan bar, dan kami menjadi tuan rumah untuk barisan tetamu tempatan dan luar negara yang mengunjungi kami disebabkan kemudahan-kemudahan, layanan mesra dan perkhidmatan-perhidmatan unik kami yang membolehkan mereka mengalami sendiri budaya Jepun, termasuklah  pengalaman kimono pengantin, upacara teh dan banyak lagi.  Untuk maklumat lanjut mengenai kami, sila lawati laman web, YouTube, Facebook atau Instagram kami.

Lihat sumber asal di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20200120005118/en/

Hubungi

Keio Plaza Hotel Tokyo
Keiko Kawashima, +81-3-5322-8010
Public Relations Manager
keiko-kawashima@keioplaza.co.jp

Sumber: Keio Plaza Hotel Tokyo

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.