PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 
 

Februari 25, 2020 -Selasa

 
  BUNYI PUKULAN DRAM YANG KUAT MENEKANKAN KEHIDUPAN PENDUDUK YANG LEBIH BAIK

Tuesday 21/01/2020

AsiaNet 82580

Table

Bai Haiquan sedang memukul dram untuk kumpulan persembahan yangko kampung itu pada 17 Jan.


TONGLIAO, China, 21 Jan., 2020 /Xinhua-AsiaNet/--

Ketika perayaan Tahun Baru Cina semakin hampir, pukulan dram kedengaran semakin kuat di sebuah kampung di Wilayah Autonomi Inner Mongolia di utara China.
 
Bai Haiquan, seorang penduduk kampung, adalah seorang daripada pemain dram itu. Sebagai seorang ahli baharu untuk kumpulan persembahan yangko kampung itu, beliau bermain dram itu dengan kuat dan akan berlatih selepas selesai menggembala lembu. Bai juga berlatih bermain drum di fikirannya ketika sedang bekerja. “Apabila seseorang itu merasa gembira, dia berasa seperti sedang bermain dram, dan dia sangat bagus dalam melakukannya,” kata Bai.
 
Bai tidak berminat untuk bermain dram tiga tahun yang lalu, ketika beliau sedang terdesak tentang kehidupan. Isteri beliau telah didiagnosis dengan nefritis lupus, yang menelan belanja kira-kira 4,000 yuan (kira-kira 584 dolar Amerika) sehingga 5,000 yuan setiap bulan. Keluarga beliau telah dibelenggu dengan hutang, yang memaksa anaknya berhenti sekolah menengah untuk menjaga lembu-lembu itu. Kehidupan keluarga itu sedang hampir musnah apabila kerajaan tempatan itu menghulurkan bantuan dengan melayakkan keluarga itu sebagai satu daripada sasaran bantuan kemiskinan. Dengan bantuan kerajaan tempatan, Bai telah mendapat pinjaman bersubsidi bernilai 30,000 yuan untuk menternak lembu, dan mendapat 15,000 yuan lagi dalam bentuk subsidi. Seluruh keluarga itu telah dimasukkan ke dalam sistem insurans penjagaan perubatan, yang meliputi sebahagian besar daripada perbelanjaan perubatan bagi isteri Bai.
 
Bai sangat cekap dalam menternak lembu. Sekarang beliau memiliki 16 ekor lembu, dan lapan daripada lembu itu sedang bunting. Mereka adalah harapan bagi Bai. “Tidak lama lagi akan ada anak lembu. Lembu jantan itu boleh dijual dengan harga 10,000 yuan selepas lima bulan membiak,” menurut beliau. Bai juga mempunyai 32 mu (kira-kira 2.13 hektar) tanaman jagung, dengan masing-masing mampu menghasilkan 750 kg jagung berkat pengairan yang dipertingkatkan dengan kaedah menggerudi sebuah telaga baharu oleh kerajaan tempatan. Beliau telah meraih 47,000 yuan pada tahun 2019, dan menjangkakan lebih banyak pendapatan pada tahun ini. Keluarga itu telah keluar daripada belenggu kemiskinan pada akhir tahun 2019, dan penyakit isteri beliau kini dapat dikawal. “Isteri saya semakin baik, dan pendapatan semakin baik. Kami  semakin gembira setiap hari.”
 
Bai telah memohon untuk menjadi seorang pemain drum apabila kampung itu mengambil keputusan untuk menubuhkan sebuah kumpulan persembahan yangko. “Ia memberi tenaga untuk memukul dram,” kata beliau. “Beliau seolah-olah bertukar menjadi seorang yang berbeza apabila beliau bermain dram,” kata seorang pegawai tempatan. Bai, yang bersifat lebih realistik dan tekun daripada sebelum ini, telah merujuk dengan pemain dram yang mahir di kampung itu untuk meningkatkan prestasinya. Persembahan Festival Musim Bunga di kampung telah diadakan pada Xiao Nian, atau Preliminary Eve iaitu hari ke-23 pada bulan lunar ke-12, kira-kira satu minggu sebelum Tahun Baru Cina. Bai, yang penuh bersemangat, telah memukul dram itu dengan penuh yakin untuk sebuah kehidupan yang lebih baik.
 
 
Sumber: Jabatan Publisiti bagi Jawatankuasa Perbandaran Tongliao CPC
 
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=356031
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=356040
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=356042
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=356043
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=356044 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2020 MREM . All rights reserved.