Jumio membantu CIMB Bank Filipina membiasakan pelanggan perbankan mudah alih yang baharu dan pada masa yang sama melindungi terhadap penipuan dan mematuhi mandat pematuhan yang ketatSINGAPURA, 3 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Jumio, pembekal terkemuka bagi
penyelesaian pengesahan dan pengsahihan identiti hujung ke hujung yang dikuasakan oleh AI, telah menjalin kerjasama dengan
bank digital sepenuhnya CIMB Bank Filipina untuk menyediakan satu penyelesaian membiasakan pelanggan dengan perkhidmatan digital mereka secara ringkas, tanpa kerumitan dan mudah kepada rakyat Filipina.
Dalam tahun sepenuhnya mereka yang pertama bagi operasi formal, CIMB Bank Filipina telah mendaftar hampir 2 juta rakyat Filipina menerusi platform digital CIMB Bank PH, 30% daripada pelanggan itu adalah mereka yang berurusan buat kali pertama dengan bank, untuk menjadikan CIMB Bank PH bank sepenuhnya digital yang paling pesat berkembang di Filipina dan ASEAN, dan pemenang bagi lapan anugerah perbankan pada tahun 2019.
Memacukan kemasukan kewangan, bank sepenuhnya digital, mudah alih yang pertama itu menawarkan kadar faedah simpanan yang terbaik di dalam pasaran sebanyak 4% dengan yuran urus niaga dan baki minimum sifar, dan pembukaan akaun dan permohonan pinjaman peribadi yang lancar.
Aplikasi mudah alih CIMB Bank PH mengintegrasikan teknologi pengesahan identiti Jumio yang dipacu oleh AI untuk menyediakan suatu pengalaman membiasakan pelanggan dengan perkhidmatan digital mereka
dengan selamat, terjamin dan pantas — apa yang sebelum ini mengambil masa 15 minit dengan sebuah proses video KYC kini mengambil masa kurang dari lima minit, yang menghasilkan di dalam satu peningkatan dalam penukaran dan pelanggan yang lebih gembira.
Penyelesaian pengesahan identiti Jumio menggunakan mesin pembelajaran, AI, pengesanan kehidupan yang disahkan dan biometrik berasaskan muka untuk memastikan orang di sebalik urus niaga digital itu adalah benar-benar mereka yang mereka perkatakan dengan memadankan swafoto secara langsung seseorang pengguna dengan gambar yang ditunjukkan pada kad pengenalan yang dikeluarkan oleh kerajaan mereka.
“Kerjasama kami dengan Jumio telah menjadi penting dalam mencapai kejayaan penting kami bagi sebuah bank yang sepenuhnya digital di Filipina untuk memberikan suatu pengalaman perbankan yang selamat dan terjamin,” kata Vijay Manoharan, Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Bank PH. “Kami sangat berterima kasih kerana mempunyai mereka sebagai sekutu di dalam membawa rakyat Filipina lebih dekat dengan kemasukan kewangan.”
Kerjasama itu menyediakan kepada rakyat Filipina dengan suatu pengalaman yang selamat dan lancar dalam membiasakan pelanggan dengan perkhidmatan mereka, dan pada masa yang sama masih mengekalkan standard yang tinggi terhadap privasi data dan memenuhi keperluan pematuhan setempat.
“Di Filipina dan merentasi rantau APAC yang lebih luas, ia menjadi semakin penting bagi bank-bank untuk menawarkan suatu proses membiasakan pelanggan dengan perkhidmatan mereka digital yang diperkemaskan,” kata Robert Prigge, Ketua Pegawai Eksekutif Jumio. “Kami sangat bangga untuk menjadi rakan dengan CIMB Bank Filipina bagi membantu memberi lebih ramai rakyat Filipina akses kepada perbankan digital dalam satu cara yang selamat, lancar dan mematuhi peraturan.”
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengesahan identiti dan penyelesaian pengesahan dalam talian hujung ke hujung Jumio, sila layari
jumio.com.
Maklumat mengenai JumioApabila ia berkaitan identiti, percayalah kepada Jumio. Misi Jumio adalah untuk menjadikan internet sebuah tempat yang lebih selamat dengan melindungi ekosistem perniagaan melalui perkhidmatan pengesahan dan pengsahihan identiti dalam talian yang canggih yang dengan cepat dan tepat menghubungkan identiti dalam talian seseorang dan dunia sebenar. Penyelesaian pengesahan identiti hujung ke hujung Jumio memerangi penipuan, mengekalkan pematuhan dan menghubungkan pelanggan yang baik dengan lebih pantas.
Memanfaatkan teknologi canggih termasuk kecerdasan diperkuatkan, AI, biometrik, mesin pembelajaran, pengesanan kehidupan 3D yang diperakui dan semakan semula manusia, Jumio membantu organisasi memenuhi pematuhan kawal selia termasuk KYC, AML dan GDPR dan secara pasti mewujudkan identiti digital bagi pelanggan mereka. Jumio telah mengesahkan lebih daripada 200 juta identiti yang dikeluarkan oleh lebih 200 buah negara dan wilayah daripada urus niaga web dan mudah alih secara tepat masa. Penyelesaian Jumio digunakan oleh syarikat-syarikat terkemuka di dalam sektor perkhidmatan kewangan, perkongsian ekonomi, mata wang digital, peruncitan, pelancongan dan permainan dalam talian. Berpangkalan di Palo Alto, Jumio beroperasi secara global dan mempunyai pejabat di Amerika Utara, Amerika Latin, Eropah dan Asia Pasifik dan telah menerima banyak anugerah untuk inovasi. Untuk maklumat lanjut, sila layari
www.jumio.com.
Maklumat mengenai CIMB Bank PHCIMB Bank PH adalah sebuah bank mudah alih pertama yang sepenuhnya digital dan memenangi pelbagai anugerah yang berupaya untuk mendaftar hampir 2,000,000 pelanggan pada tahun pertama operasi mereka pada tahun 2019 yang lalu; dan yang mampu memperolehi 8 anugerah termasuk Bank Pengguna Digital Terbaik dari Global Finance dan Bank Digital Terbaik dari Asian Banker, dan Bank Digital Yang Paling Pantas Berkembang dari International Finance.
CIMB Bank PH menawarkan kadar yang kompetitif bagi akaun simpanan mereka, iaitu 4% setahun yang tidak memerlukan pengekalan baki minimum tanpa tempoh promosi. Dengan cadangan digital CIMB BANK PH, ia hanya mengambil masa 10 minit untuk membuka sebuah akaun yang selamat dan terjamin, dan tindak balas kelulusan 10 minit bagi pinjaman peribadi sehingga Php 1 juta.
CIMB Bank PH adalah merupakan sebahagian daripada Kumpulan CIMB, satu daripada bank utama di ASEAN dan pada masa ini terdapat di lebih daripada 16 pasaran global. Dengan penubuhan CIMB Bank Filipina, CIMB mampu memperluaskan jangkauan mereka dan mengubah pengalaman perbankan rakyat Filipina. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari kami di
www.cimbbank.com.ph atau
like kami di Facebook dan ikuti kami di Instagram @CIMBBankPH. Muat turun aplikasi CIMB Bank PH di stor Apple & Google Play hari ini.
Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20200202005015/en/HubungiHubungan Media APAC Chervon Tey
APACPR@jumio.comSumber : JumioTeks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
--BERNAMA