ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  TEAMLAB PLANETS, SEBUAH "MUZIUM DI MANA ANDA BERJALAN MELALUI AIR" DI TOKYO, BERTUKAR BENTUK OLEH BUNGA SAKURA UNTUK SATU TEMPOH MASA TERHAD PADA MUSIM BUNGA INI. BOLEH DILIHAT DARI 1 MAC, 2020.

Tuesday 04/02/2020



Table
teamLab, Floating in the Falling Universe of Flowers, 2016-2018, Pemasangan Digital Interaktif, Tiada Penghujung, Bunyi: Hideaki Takahashi ©teamLab (Foto: Business Wire)

TOKYO, 4 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- teamLab Planets TOKYO adalah sebuah muzium di Toyosu, Tokyo di mana anda berjalan melalui air dan boleh mengasyikkan diri di dalam kerja seni yang begitu luas dengan berkaki ayam. Pada tahun pertama sejak teamLab Planets TOKYO dibuka pada Julai 2018, terdapat lebih daripada 1.25 juta orang pengunjung dari 106 buah negara dan wilayah.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20200203005275/en/

Di teamLab Planets TOKYO, dua kerja seni di muzium itu akan diubah bentuk oleh bunga sakura untuk satu tempoh masa terhad dari 1 Mac hingga 30 April, 2020.

Selain itu, dengan pembukaan Pasar Ikan Toyosu dan Edomae Jokamachi berdekatan, anda boleh menikmati makanan yang dibuat dengan menggunakan bahan-bahan segar, mengumpul cenderahati Kebudayaan Jepun dan menikmati beli-belah tempatan.
• Bunga Sakura Mengubah Bentuk Dua Kerja Seni
 
Dalam hasil seni Floating in the Falling Universe of Flowers, bunga-bunga mekar dan berubah dengan setiap minit yang berlalu, menciptakan suatu alam kehidupan yang tersebar merentasi seluruh ruang. Untuk satu tempoh masa yang terhad sahaja, bunga sakura gugur di ruang seni.

Dalam satu lagi kerja seni, Drawing on the Water Surface Created by the Dance of Koi and People - Infinity, pelawat berjalan berkaki ayam melalui air yang sebenar, ketika koi berenang melintasi permukaan air secara infiniti. Apabila koi bertembung dengan manusia, mereka berkembang menjadi bunga sakura. Bunga-bunga yang berkembang itu berubah dalam tepat masa mengikut perubahan bermusim.

Semak laman web teamLab Planets untuk butiran lanjut: https://planets.teamlab.art/
teamLab Planets menyerlahkan video: https://youtu.be/cqiv_FV8iT4
 
• Mengasyikkan Sepenuh Jiwa dalam satu Ruang Seni yang Luas
 
teamLab Planets adalah sebuah muzium di mana anda berjalan melalui air. Ia terdiri daripada 4 ruang pameran yang luas dengan 7 kerja seni yang berbeza. Kerja seni itu adalah didasarkan kepada seni kolektif konsep “Body Immersive” teamLab.

Dengan mengasyikkan keseluruhan badan dengan orang lain di dalam kerja seni “Body Immersive” yang luas ini, batasan di antara jasad dan kerja seni hilang, batasan di antara diri sendiri, lain-lain, dan dunia menjadi sesuatu yang berterusan, dan kita menerokai satu perhubungan baharu tanpa batasan di antara diri kita dan dunia.

Pelawat memasuki muzium itu dengan berkaki ayam, dan menjadi asyik sepenuhnya dengan pelawat lain di ruang-ruang kerja seni yang luas.
 
• Kerja Seni Diubah Bentuk oleh Bunga Sakura
 
Floating in the Falling Universe of Flowers
teamLab, 2016-2018, Pemasangan Digital Interaktif, Tanpa Sempadan, Bunyi: Hideaki Takahashi

Kerja seni: https://planets.teamlab.art/tokyo/ew/fitfuof/
Video: https://youtu.be/FzJ5svgIueQ


Satu tahun bermusim bagi bunga-bunga yang mekar dan berubah mengikut masa, kehidupan berpecah ke alam semesta.

Berbaring atau duduk diam-diam di ruang itu dan akhirnya badan anda akan terapung dan anda diresapkan ke dalam dunia karya seni.

Kerja seni itu dikemukakan secara tepat masa oleh sebuah komputer. Ia tidak sama ada dirakamkan terdahulu atau berada pada lingkaran. Interaksi di antara penonton dan pemasangan itu menyebabkan perubahan yang berterusan di dalam kerja seni itu.

Bunga tumbuh, berputik, mekar, dan dengan masa berlalu, kelopak gugur, dan bunga layu dan mati. Kitaran bagi kelahiran dan kematian berterusan untuk selama-lamanya.

Alam semesta pada masa ini tidak lagi dapat dilihat.

Drawing on the Water Surface Created by the Dance of Koi and People - Infinity
teamLab, 2016-2018, Pemasangan Digital Interaktif, Tanpa Sempadan, Bunyi: Hideaki Takahashi

Kerja seni: https://planets.teamlab.art/tokyo/ew/koi_and_people/
Video: https://youtu.be/SsRNptTOniw


Koi berenang di permukaan air yang terbentang sehingga ke infiniti. Manusia boleh berjalan masuk ke dalam air.

Pergerakan bagi koi itu dipengaruhi oleh kehadiran manusia di dalam air dan juga koi lain. Apabila ikan bertembung dengan manusia mereka berubah menjadi bunga dan bertaburan. Sepanjang satu tahun, bunga-bunga yang mekar itu akan berubah seiring dengan musim-musim.

Trajektori bagi koi itu ditentukan oleh kehadiran manusia dan trajektori ini mengesan garisan pada permukaan air.

Hasil kerja itu diberikan secara tepat masa oleh sebuah program komputer. Ia tidak sama ada dirakamkan terdahulu atau berada pada lingkaran. Interaksi di antara penonton dan pemasangan menyebabkan perubahan yang berterusan dalam kerja seni. Keadaan visual terdahulu tidak boleh direplikakan, dan tidak akan berlaku lagi.
 
• Gambaran keseluruhan muzium
 
teamLab Planets TOKYO
Alamat: teamLab Planets TOKYO, Toyosu 6-1-16, Koto-ku, Tokyo
Waktu: Isnin - Khamis 10:00 - 19:00
Jumaat 10:00 - 21:00
Sabtu dan hari sebelum hari cuti 9:00 - 21:00
Ahad dan Hari Cuti 9:00 - 19:00
* Kemasukan terakhir 30 minit sebelum penutupan.
* Waktu khas Jumaat, 20 Mac - Sabtu, 4 April: 9:00 - 21:00
* Waktu khas Ahad, 5 April: 9:00 - 19:00
Ditutup:
Khamis, 13 Februari, 2020
Khamis, 12 Mac, 2020
Isnin, 6 April, 2020
Selasa, 14 April, 2020
Rabu, 15 April,2020
Kemasukan:
Orang dewasa (18 years dan ke atas) JPY 3,200
Pelajar universiti / pelajar-pelajar  khusus JPY 2,500
Pelajar sekolah menengah rendah / pelajar sekolah menengah JPY 2,000
Kanak-kanak (Berumur 4-12) JPY 800
Warga tua (65 tahun dan ke atas) JPY 2,400
Diskaun kecacatan JPY 1,600

Laman web teamLab Planets: https://planets.teamlab.art/
Stor Tiket TOKYO teamLab Planets: https://teamlabplanets.dmm.com
* Harga dan waktu pembukaan adalah tertakluk kepada perubahan. Sila semak laman web rasmi sebelum melawat.
 
• Laman-laman Rangkaian Sosial:
 
• Menguruskan Bersama Gerai Makanan
 
Segala-galanya ada di tangan anda
- Waktu -
Isnin - Khamis 10:00 - 18:00
Jumaat 10:00 - 20:00
Sabtu dan hari sebelum hari cuti 10:00 - 20:00
Ahad dan Hari Cuti 10:00 - 18:00
- Ditutup -
Sama seperti teamLab Planets
* Kedai mungkin ditutup dalam keadaan cuaca yang melampau.
Semak di sini untuk maklumat lanjut: https://planets.teamlab.art/tokyo/foodstand
 
PLANETS Co., Ltd.
Entiti pengurusan itu untuk operasi kemudahan di teamLab Planets TOKYO dan restoran-restoran yang berkaitan.
Alamat: Menara Nihonbashi Tokyo Tingkat 26, 2-7-1 Nihonbashi, Chuo-ku, Tokyo
Wakil: Takumi Nomoto

teamLab
teamLab (f. 2001) adalah sebuah kumpulan kolektif seni antara disiplin antarabangsa yang terdiri daripada pelbagai pakar seperti artis, pengaturcara, jurutera, animator CG, ahli matematik dan arkitek yang amalan kerjasama mereka berusaha untuk memandu arah pertembungan bagi seni, sains, teknologi dan alam semula jadi.

teamLab berhasrat untuk meneroka perhubungan di antara diri sendiri dan dunia dan persepsi baharu menerusi seni. Untuk memahami dunia di sekeliling mereka, manusia memisahkannya ke dalam entiti bebas dengan batas-batas yang didasarkan di antara mereka. teamLab berhasrat  untuk melampaui batas-batas ini di dalam persepsi kita mengenai dunia, mengenai perhubungan di antara diri sendiri dan dunia, dan kesinambungan masa. Segala-galanya wujud dalam satu kesinambungan kehidupan tanpa sempadan yang panjang, rapuh namun menakjubkan.

teamLab telah menjadi subjek bagi pelbagai pameran di tempat-tempat di seluruh dunia, termasuk New York, London, Paris, Singapura, Lembah Silikon, Beijing, Taipei, dan Melbourne, antara lain. Muzium-muzium kekal teamLab Borderless dibuka di Odaiba, Tokyo pada Jun 2018, dan teamLab Borderless Shanghai di Daerah Huangpu, Shanghai pada 5 November, 2019. Ruang mendalam yang luas teamLab Planets di Toyosu, Tokyo boleh dilihat sehingga Musim Luruh 2020. Muzium kekal teamLab SuperNature terbaharu di Macau akan dilancarkan pada Mac, 2020.

Hasil kerja teamLab berada dalam koleksi tetap di Galeri Seni New South Wales, Sydney; Galeri Seni Australia Selatan, Adelaide; Muzium Seni Asia, San Francisco; Muzium Persatuan Asia, New York; Koleksi Seni Kontemporari Borusan, Istanbul; Galeri Nasional Victoria, Melbourne; dan Amos Rex, Helsinki.

teamLab diwakili oleh Pace Gallery.

teamLab: https://www.teamlab.art/
Instagram: https://instagram.com/teamlab/
facebook: https://www.facebook.com/teamLab.inc
twitter: https://twitter.com/teamLab_net
YouTube: https://www.youtube.com/c/teamLabART

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20200203005275/en/

Hubungi

Wang Li-Keng
Perhubungan Awam, PLANETS Co., Ltd.
E-mel: pr-info@planets.art
Liputan tambahan: https://goo.gl/forms/fqn8DmGV8WWIntP53

Sumber : PLANETS Co., Ltd

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.