ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  PRA HEALTH SCIENCES AKAN MELAPORKAN PENDAPATAN SUKU KEEMPAT 2019

Wednesday 05/02/2020



RALEIGH, N.C., 5 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- PRA Health Sciences, Inc. (NASDAQ: PRAH) akan mengeluarkan hasil suku keempat dan akhir tahun 2019 selepas pasaran ditutup pada Khamis, 20 Februari, 2020. Syarikat juga akan mengadakan panggilan persidangan pada Jumaat, 21 Februari, 2020, pada 9:00 pagi (ET) untuk membincangkan hasil dengan ahli komuniti pelaburan.

Untuk menyertai melalui telefon, pelabur dan analisis harus mendail (877) 930-8062 dalam Amerika Syarikat atau (253) 336-7647 di luar Amerika Syarikat kira-kira 10 minit sebelum masa panggilan bermula. ID persidangan untuk panggilan 5667733. Main semula audio panggilan akan tersedia selama seminggu selepas panggilan dan boleh diakses dengan mendail (855) 859-2056 dalam Amerika Syarikat atau (404) 537-3406 di luar Amerika Syarikat. ID main semula ialah 5667733.

Siaran audio langsung akan tersedia pada bahagian hubungan pelabur di laman web PRA Health Sciences. Selepas telepersidangan, main semula audio panggilan akan tersedia pada laman web yang sama.

PERIHAL PRA HEALTH SCIENCES
PRA Health Sciences ialah organisasi penyelidikan kontrak global yang memberikan perkhidmatan penuh, menawarkan pelbagai perkhidmatan pembangunan produk dan penyelesaian data kepada syarikat farmaseutikal dan bioteknologi di seluruh dunia. Perkhidmatan bersepadu daripada PRA termasuklah pengurusan data, analisis statistik, pengurusan ujian klinikal serta perundingan pembangunan pengawalseliaan dan ubatan. PRA beroperasi secara global di 90 negara merentas Amerika Utara, Eropah, Asia, Amerika Latin, Afrika Selatan, Australia dan Timur Tengah, dan memiliki lebih 17,000 pekerja. Sejak tahun 2000, PRA telah menyertai lebih 4,000 ujian klinikal. Selain itu, PRA mengambil bahagian dalam ujian penting atau sokongan yang berjaya memperoleh kelulusan daripada Pentadbiran Makanan dan Ubatan A.S. atau pengawal selia antarabangsa untuk lebih 95 produk. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang PRA, sila lawati www.prahs.com.

PERTANYAAN PELABUR: InvestorRelations@prahs.com

SUMBER: PRA Health Sciences, Inc.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.