ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  FRONTLINE INTERNATIONAL BERKEMBANG DI SINGAPURA DAN MALAYSIA

Wednesday 12/02/2020



Pengedar dinamakan; geran baharu kerajaan meliputi separuh daripada kos pelanggan

CLEVELAND, 12 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Frontline International  meneruskan pengembangan mereka di seluruh dunia dengan mengumumkan satu perkongsian baharu dengan Mii Foodservice untuk pengedaran di Singapura dan Malaysia. Di samping itu, penyelesaian Pengurusan Minyak Pintar® Frontline telah diluluskan bagi satu program geran kerajaan Singapura yang boleh meliputi separuh daripada kos pelanggan bagi pembelian peralatan.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20200211005984/en/
 
Table
Frontline International Berkembang di Singapura dan Malaysia (Foto: Business Wire)

Frontline adalah sebuah peneraju dunia di dalam penyelesaian pengurusan minyak masak, membantu untuk mewujudkan tempat kerja yang lebih selamat, menyediakan perlindungan jenama, dan mengautomasikan kerumitan sains bagi kualiti makanan bergoreng. Syarikat itu mengeluarkan peralatan untuk mengendalikan minyak segar, penapisan, dan minyak yang telah digunakan untuk membantu pelanggan mengurus, memantau, dan membuat wang daripada minyak masak mereka.
 
Geran kerajaan Singapura itu, yang dikenali sebagai sebuah Geran Penyelesaian Produktiviti (PSG), meliputi sehingga 50% daripada kos bagi peralatan tertentu Frontline yang dibeli oleh pelanggan yang layak di dalam negara itu. Peralatan Frontline yang Layak harus memindahkan minyak secara terus dari penggoreng kepada sebuah tangki pengendalian minyak yang telah digunakan tanpa sebuah bekas perantara (sistem Direct-Plumbed® Frontline). Tangki pengendalian itu harus dilengkapi dengan sensor pengisi paras, sistem pengurusan data M3 eksklusif Frontline, dan fungsi diagnostik.

Bakal pelanggan boleh mendapatkan sebut harga daripada Mii Foodservice sebelum memohon PSG itu melalui Portal Geran Perniagaan Singapura.

“Mesej Frontline tentang keselamatan, kemampanan, dan tabungan bergema di seluruh dunia,” kata Giovanni Brienza, naib presiden. “Kami telah menikmati kejayaan besar di hemisfera timur dan berharap dapat terus berkembang di Malaysia dan Singapura melalui kerjasama kami dengan Mii Foodservice. Pada masa yang sama, Geran Penyelesaian Produktiviti itu menjadikan peralatan Frontline sebagai satu pilihan yang lebih jelas bagi profesional industri perkhidmatan makanan di Singapura.”

Dengan pemasangan di enam benua, Frontline International adalah satu-satunya pengeluar yang berpangkalan di Amerika Syarikat bagi peralatan pengurusan minyak yang mengekalkan pensijilan kualiti peralatan untuk dijual di peringkat antarabangsa.

Maklumat mengenai Frontline International

Frontline International, Inc. merekabentuk, mengeluar, dan mengedarkan peralatan perkhidmatan makanan komersial yang unggul untuk penyimpanan, pengendalian, dan pelupusan minyak masak. Pelanggan memiliki peralatan mereka sendiri, merundingkan rebat minyak mereka sendiri, dan mempunyai kebebasan untuk memilih vendor minyak mereka sendiri. Syarikat itu juga menawarkan pengurusan minyak secara turnkey di bawah program perkhidmatan OilCare® mereka yang digabungkan. Frontline International dan sistem Pengurusan Minyak Pintar® mereka menawarkan kepada pengguna dengan lebih banyak kebebasan dan kawalan ke atas pemprosesan dan keuntungan mereka. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Frontline International, Inc. di 187 Ascot Parkway, Cuyahoga Falls, OH 44223. Telefon: +1 330-861-1100. Bebas tol: 1-877-776-1100. Web: http://www.frontlineii.com. E-mel: info@frontlineii.com.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20200211005984/en/

Hubungi

Christina Campbell: 216.579.6100 sambungan 8
e-mel: christina@CunninghamBaron.com

Sumber : Frontline International

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA
 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.