ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  KUMPULAN TRICOR MENANDATANGANI SATU PERJANJIAN JUAL BELI UNTUK MEMPEROLEHI OPERASI DI MALAYSIA BAGI AXCELASIA INC. (SEBUAH SYARIKAT YANG DISENARAIKAN DI SGX) BAGI MEMPERCEPATKAN PERKHIDMATAN TADBIR URUS, RISIKO & PEMATUHAN DI ASIA

Thursday 13/02/2020



HONG KONG, 13 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kumpulan Tricor (Tricor), pakar pengembangan perniagaan terkemuka dan penyedia terkemuka bagi perkhidmatan profesional di Asia, telah mengumumkan penandatanganan satu perjanjian jual beli untuk memperolehi operasi di Malaysia bagi Axcelasia Inc. (“Urus Niaga” itu), sebuah firma perkhidmatan profesional bersepadu yang menyampaikan penyelesaian tadbir urus, risiko & pematuhan (GRC), korporat, perniagaan dan perkhidmatan cukai.

Axcelasia Inc., (“Axcelasia”) sebuah syarikat yang disenaraikan di SGX, mempunyai lebih 100 kakitangan profesional dan sebuah portfolio melebihi 1,000 pelanggan yang terdiri daripada syarikat tersenarai awam, syarikat persendirian, entiti yang berkaitan kerajaan dan perbadanan multinasional. Firma itu diketuai oleh eksekutif berpengalaman dengan legasi Big Four, termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Encik Ranjit Singh, Pengerusi Bukan Eksekutif Dr. Veerinderjeet Singh, dan Timbalan Pengerusi Eksekutif Dato Peter Tang.

Setelah selesai Urus Niaga itu, perkhidmatan korporat dan perkhidmatan sokongan perniagaan Axcelasia akan bergabung ke dalam Tricor Malaysia, untuk menjadikan Tricor sebagai satu daripada penyedia perkhidmatan korporat terbesar di Malaysia kepada syarikat-syarikat antarabangsa dan Malaysia. Di samping itu, Tricor akan melancarkan satu barisan perniagaan serantau baharu yang memberi tumpuan kepada menyampaikan urus tadbir bersepadu, penyelesaian risiko & pematuhan kepada lebih 50,000 pelanggan mereka di seluruh dunia.

Lennard Yong, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tricor, berkata: “Apabila selesai, Urus Niaga itu secara strategik melengkapkan Tricor dengan keupayaan GRC yang baharu untuk melengkapkan penawaran perkhidmatan kami dan memenuhi permintaan pelanggan bagi penyelesaian GRC di rantau Asia Pasifik. Urus Niaga itu juga mengukuhkan perkhidmatan korporat, perniagaan dan cukai kami di Malaysia. Pendekatan Axcelasia yang dinamik dan berpusatkan pelanggan  akan sangat berharga kepada Tricor ketika kami terus memperdalamkan kehadiran kami dan memperluaskan portfolio kami bagi perkhidmatan korporat dan penyelesaian perniagaan kepada pelanggan yang berkembang merentasi Asia Pasifik.”

Encik Ranjit Singh, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Axcelasia, berkata: “Kami telah mendedikasikan diri kami untuk menyediakan pelanggan di Malaysia dengan perkhidmatan bersepadu daripada standard yang paling tinggi. Penyepaduan operasi bagi Axcelasia dengan Tricor membolehkan kumpulan yang dibesarkan itu untuk membawa perkhidmatan ini – terutamanya penyelesaian GRC – kepada sebuah pangkalan pelanggan yang lebih besar dan juga menawarkan pelanggan kami di Malaysia dengan akses kepada rangkaian perkhidmatan Tricor yang luas. Sinergi semula jadi bagi perkhidmatan dan kakitangan kami akan membantu menjadikan persepaduan ini lancar – dan membolehkan lebih banyak pelanggan dan rakan-rakan mengemudikan perjalanan pengembangan perniagaan mereka di Asia Pasifik dan seterusnya.”

Maklumat mengenai Tricor Group

Kumpulan Tricor (Tricor) adalah pakar pengembangan perniagaan terkemuka di Asia, dengan pengetahuan global dan kepakaran tempatan di dalam bidang perniagaan, korporat, pelabur, sumber manusia & gaji, dan amanah korporat & perkhidmatan hutang. Tricor menyediakan blok bangunan untuk, dan pemangkin bagi setiap peringkat bagi pertumbuhan perniagaan pelanggan, daripada penggabungan IPO. Tricor telah menikmati pengembangan pesat melalui pertumbuhan dan pembangunan organik serta perkongsian, penggabungan dan pengambilalihan. Kumpulan itu pada hari ini mempunyai lebih 50,000 pelanggan di seluruh dunia (termasuk 20,000 pelanggan di Tanah Besar China), kekuatan kakitangan lebih dari 2,600 orang dan sebuah rangkaian pejabat di 47 bandar raya merentasi 21 buah negara / wilayah. Portfolio pelanggan kami termasuk lebih 1,500 syarikat yang disenaraikan di Hong Kong SAR dan Tanah Besar China, lebih 500 syarikat yang tersenarai di Singapura dan Malaysia, dan lebih 40% daripada syarikat Fortune Global 500, serta bahagian besar multinasional dan perusahaan persendirian yang beroperasi merentasi pasaran antarabangsa. Pada Mac 2017, Dana Permira menjadi pemegang saham majoriti bagi Kumpulan Tricor, di samping pengurusan. 

Layari: www.tricorglobal.com

Lihat versi sumber di  businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20200212005328/en/

Hubungi

HONG KONG (PEJABAT KUMPULAN)

Sunshine Farzan
Tricor Services Limited
Ketua Kumpulan bagi Pemasaran & Komunikasi
Tel: +852 2980 1261
E-mel: Sunshine.Farzan@hk.tricorglobal.com

Sumber : Kumpulan Tricor 

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.