ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  SYNCHRONOSS MENYEPADUKAN PENYELESAIAN AWAN PERIBADINYA KE DALAM PLATFORM POCKET GEEK ASSURANT

Friday 14/02/2020



Penyelesaian perlindungan peranti dan kandungan menyampaikan ciri berdasarkan awan yang ditingkatkan kepada pelanggannya sementara memacu peluang pendapatan global baharu untuk pengendali mudah alih

BRIDGEWATER, N.J., 14 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Synchronoss Technologies, Inc. (NASDAQ: SNCR), peneraju global dan pembawa pembaharuan bagi produk awan, pemesejan, digital dan IoT, hari ini mengumumkan bahawa Penyelesaian Awan Peribadi Synchronoss telah bersepadu sepenuhnya dengan Pocket Geek oleh Assurant untuk menyediakan penyelesaian perlindungan peranti dan kandungan ditingkatkan kepada pembawa Amerika Utara utama.

Assurant, Inc., peneraju pasaran dalam penyelesaian perlindungan mudah alih dan pengurusan risiko, memilih Platform Awan Peribadi Synchronoss untuk menambahkan nilai tambahan kepada penawaran perlindungan peranti mudah alih, meningkatkan pengalaman pelanggan dan mencipta peluang pendapatan baharu untuk kliennya.

“Dengan memberkaskan penyelesaian awan peribadi Synchronoss ke dalam platform Pocket Geek kami, kami akan dapat menawarkan pelanggan cara yang bermakna untuk terlibat dengan kandungan mereka sementara melindungi data peribadi berharga mereka merentasi pelbagai jenis peranti dan sistem pengendalian,” kata Manny Becerra, President of Global Connected Living, Assurant. “Kami teruja untuk menyediakan kepada klien kami dan pelanggan mereka penyelesaian perlindungan mudah alih dan awan peribadi yang paling menyeluruh dan beraneka ciri pada masa perlindungan dan pengurusan kandungan digital pengguna amat penting.”

Penyepaduan yang kini telah dilengkapkan bermakna klien Assurant akan dapat menyandarkan semua data peribadi daripada peranti mereka dengan mudah melalui aplikasi perlindungan peranti Pocket Geek Assurant. Pelanggan akan dapat melindungi dan memulihkan kandungan mereka sekiranya berlaku kerosakan atau kehilangan peranti serta mengakses ciri baharu dan bernilai seperti keupayaan sorotan, imbasan kembali, tag dan carian, pengeditan foto dan pencetakan foto yang diberkaskan dalam program perlindungan mereka dan diakses melalui aplikasi peneman Pocket Geek Cloud.

“Kami mendapati nilai yang besar dalam bekerja dengan Assurant untuk menyediakan pengendali global dengan pilihan baharu untuk pelan dan berkas perlindungan peranti dan kandungan yang diringkaskan, dan menantikan untuk melengkapkan pengerahan terancang tambahan, termasuklah satu kemudian pada 2020 dengan pengendali mudah alih UK utama,” kata Glenn Lurie, Presiden dan CEO, Synchronoss. “Matlamat kami adalah untuk mendayakan pengendali di seluruh dunia dengan kapasiti untuk melindungi keseluruhan hubungan pelanggan, merangkumi kedua-dua peranti dan kandungan, sementara juga menjada aliran pendapatan tambahan yang baharu, memberikan pengguna ketenangan minda dan menyediakan keupayaan untuk mengakses dan terlibat dengan kandungan mereka dalam awan secara mudah.”

Untuk maklumat lanjut, lawati Synchronoss di www.synchronoss.com.

Tentang Synchronoss
Synchronoss (NASDAQ: SNCR) mentransformasikan cara syarikat mencipta pendapatan baharu, mengurangkan kos dan menggembirakan pelanggan mereka dengan produk awan, pemesejan, digital dan IoT yang menyokong jutaan pelanggan di seluruh dunia. Teknologi baharu yang selamat, boleh diskala dan berinovatif, perkongsian dipercayai dan warga yang berbakat Synchronoss mengubah cara pelanggan Teknologi-Media-Telekomunikasi mengembangkan perniagaan mereka. Untuk maklumat lanjut, lawati kami di www.synchronoss.com

Orang Hubungan Media:

Amerika Utara
Diane Rose, CCgroup
T: +1 202-350-2469
E: synchronoss@ccgrouppr.com

Antarbangsa
Anais Merlin, CCgroup
T: +44 (0)203 824 9219
E: synchronoss@ccgrouppr.com 

Sumber: Synchronoss Technologies, Inc.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.