ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 17, 2024 -Selasa

 
  MARY KAY TURUT SERTA DALAM SIMPOSIUM DERMATOLOGI GENERASI PALM SPRINGS 2020

Monday 17/02/2020



DALLAS 17 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mary Kay Inc., sebuah syarikat kecantikan global dan pemimpin di dalam inovasi penjagaan kulit, meneruskan sokongan mereka selama beberapa dekad bagi komuniti kecantikan dan saintifik dengan baru-baru ini menyokong Simposium Dermatologi Generasi Palm Springs 2020 dari 14 hingga 16 Februari.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20200214005108/en/
 
Table
Dr. Lucy Gildea, Ketua Pegawai Saintifik bagi Mary Kay Inc. (Foto: Mary Kay Inc.)

Dermatologi Generasi, yang diasaskan oleh Dr. Wendy E. Roberts, mengambil satu pendekatan pelbagai dekad kepada pesakit berusia yang berkembang, termasuk dermatologi perubatan, pembedahan dan estetik. Simposium ini disasarkan kepada ahli dermatologi dan pakar teras yang lain di semua peringkat kerjaya mereka. Peserta menyertai fakulti luar biasa dan pemimpin-pemimpin pendapat utama di Omni Rancho Las Palmas, Rancho Mirage.

“Komitmen kami terhadap sains penjagaan kulit bukan hanya untuk membuat produk-produk Mary Kay yang baharu,” kata Dr. Lucy Gildea, Ketua Pegawai Saintifik di Mary Kay. “Penglibatan kami dengan acara-acara seperti Dermatologi Generasi membolehkan kami untuk bertukar-tukar idea dan penemuan yang berinovatif dengan ahli-ahli dermatologi dan terus menyokong kemajuan di dalam kesihatan kulit. Pertemuan ini juga istimewa kepada kami kerana ia menyokong rakan-rakan kami di dalam bidang dermatologi sepanjang keseluruhan kerjaya mereka.”

Penyelidikan & Pembangunan Mary Kay didedikasikan kepada menemui trend dan teknologi yang membolehkan syarikat itu menghasilkan produk yang sangat menarik yang menyampaikan faedah kecantikan yang inovatif kepada pengguna. Diketuai oleh Dr. Lucy Gildea, pasukan Penyelidikan & Pembangunan itu termasuk ahli-ahli saintis terkenal dari seluruh dunia, yang memegang ijazah kedoktoran dan ijazah lanjutan yang lain di dalam pelbagai disiplin: biologi kulit, biologi sel, kimia, biokimia dan banyak lagi.

Dermatologi Generasi adalah hanya acara terbaharu yang ditaja oleh Mary Kay pada tahun 2020 dengan komuniti saintifik dan akademik yang mengukuhkan lagi komitmen yang lama oleh jenama itu kepada memajukan penyelidikan dan pembangunan kesihatan kulit. Setiap tahun, Mary Kay menjalankan ratusan ribu ujian saintifik ke atas produk dan bahan-bahan untuk memastikan standard keselamatan, kualiti dan prestasi yang paling tinggi. Mary Kay memiliki lebih daripada 1,500 paten bagi produk, teknologi dan reka bentuk pembungkusan di dalam portfolio global mereka. Pada tahun 2018, syarikat itu mengumumkan pembukaan sebuah kemudahan pembuatan dan R&D yang serba canggih yang menelan belanja lebih $100 juta di Lewisville, Texas.

Maklumat mengenai Mary Kay

Satu daripada pemecah glass ceiling yang asal atau yang merujuk kepada kesukaran kaum wanita untuk naik pangkat ke peringkat lebih tinggi, Mary Kay Ash mengasaskan syarikat kecantikan beliau lebih 56 tahun yang lalu dengan tiga matlamat: membangunkan peluang-peluang yang berbaloi untuk wanita, menawarkan produk-produk yang sangat menarik dan menjadikan dunia sebuah tempat yang lebih baik. Impian itu telah berkembang menjadi sebuah syarikat bernilai berbilion dolar dengan berjuta-juta anggota tenaga jualan bebas di hampir 40 buah negara. Mary Kay berdedikasi untuk melabur di dalam sains di sebalik kecantikan dan untuk menghasilkan penjagaan kulit, kosmetik warna, pemakanan tambahan dan wangi-wangian yang berinovatif. Mary Kay komited untuk memperkasakan wanita dan keluarga mereka dengan bekerjasama dengan organisasi dari seluruh dunia, memberi tumpuan kepada penyelidikan kanser, melindungi mangsa yang selamat daripada penderaan domestik, mencantikkan masyarakat kita, dan menggalakkan anak-anak untuk mengejar impian mereka. Visi asal Mary Kay Ash terus bersinar—selangkah demi selangkah. Maklumat lanjut di MaryKay.com.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20200214005108/en/

Hubungi

Komunikasi Korporat Mary Kay Inc.
marykay.com/newsroom
972.687.5332 atau media@mkcorp.com

Sumber : Mary Kay Inc.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.