ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 08, 2024 -Rabu

 
  SIMPOSIUM KEJURUTERAAN AWAM DAN STRUKTUR (SIKAS) 2020 PADA 24 & 25 MAC 2020, PULLMAN BANGSAR

Thursday 20/02/2020



KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Malaysian Structural Steel Association (MSSA) bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Pertubuhan Professional JKR Malaysia (ProJKRM) akan menganjurkan Simposium Kejuruteraan Awam Dan Struktur (SiKAS) 2020 pada 24 & 25 Mac 2020 bertempat di Pullman Kuala Lumpur.
 
Menteri Kerja Raya Malaysia, Yang Berhormat Tuan Baru Bian akan menyampaikan ucaptama dan bakal merasmikan majlis tersebut.
 
Simposium ini bermatlamat meningkatkan pemahaman jurutera awam dan penggiat industri terhadap penggunaan teknologi terkini kejuruteraan seperti Building Information Modelling (BIM) dan Industrial Building System (IBS) termasuk penggunaan keluli ke arah Revolusi Industri 4.0; mewujudkan kesedaran kepada jurutera awam dan penggiat industri terhadap amalan terbaik kejuruteraan terkini seperti garis panduan, spesifikasi, bahan rujukan dan sebagainya; menjadi pentas perkongsian ilmu, kepakaran dan sesi perbincangan teknikal di antara semua pihak berkepentingan.
 
Simposium bakal menampilkan sebelas (11) kertas pembentangan oleh pembuat dasar, pakar penyelidik dan penggiat industri dan terdapat lebih daripada 30 pameran kejuruteraan awam dan struktur untuk dilawati.
 
Kami menjemput orang ramai serta penggiat industri pembinaan dan rangkaian untuk turut serta menyertai simposium tersebut. Yuran penyertaan adalah seperti berikut :-
 
Agensi Kerajaan           : RM600
Agensi Swasta             : RM700
 
Pendaftaran boleh dibuat di melalui https://tinyurl.com/RegSiKAS2020.
Tarikh tutup pada 10 Mac 2020. 
 
Sebarang pertanyaaan boleh berhubung dengan sekretariat di talian
Surati Sujor                  : 013-2660207
Mohd Badrun Arshad : 019-4050395.

Sila klik sini untuk Brosur

SUMBER: Bina Puri Holdings Berhad

UNTUK MAKLUMAT MEDIA, SILA HUBUNGI: 
Malaysian Structural Steel Association (MSSA)
Nama: Surati Sujor 
Emel: corporate@mssa.org.my
Tel: 03-6136 3333/013 2660207  
Faks: 03-6136 9999

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.