ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 27, 2024 -Sabtu

 
  PERUSAHAAN MENYAMBUNG SEMULA KERJA DAN PENGELUARAN DI XI'AN, CHINA KETIKA PENYEBARAN NOVEL KORONAVIRUS

Monday 24/02/2020

AsiaNet 82978

XI'AN, China, 24 Feb, 2020 / Xinhua-AsiaNet/ --
 
Ketika China meneruskan usaha untuk menangani penyebaran novel koronavirus, industri telah mula bekerja seperti asal. Xi'an, salah satu pusat bandar nasional dan pusat penyelidikan saintifik, pendidikan dan industri penting berpangkalan di China, baru-baru ini telah memperkenalkan langkah-langkah untuk membantu perusahaan melalui tempoh sukar dan mempertingkat penyambungan semula kerja, seperti mengoptimumkan perkhidmatan kerajaan, menangguh pembayaran keselamatan sosial, menstabilkan penggajian dengan subsidi dan meningkatkan sokongan kredit.
 
Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Biro bagi Industri dan Teknologi Maklumat Xi’an, setakat 19 Februari, lebih daripada 400 perusahaan di Xi’an telah menyambung semula pengeluaran. Sebanyak 34 perusahaan besar industri telah menyambung semula kerja dan pengeluaran, menyumbang 75.6% daripada kesemua 45 perusahaan besar industri. Kapasiti pengeluaran juga telah beransur pulih, iaitu sebanyak 9 perusahaan besar dengan pengeluaran dan jualan melebihi RMB10 bilion sepenuhnya atau sebahagiannya telah meneruskan pengeluaran, seperti Shaanxi Automobile Holdings Limited dan Samsung (China) Semiconductor Co., Ltd.
 
Pada 10 Februari, Shaanxi Fast Auto Drive Group Co., Ltd. yang beribu pejabat di Xi’an, telah menyambung semula pengeluaran. Dengan langkah-langkah pencegahan wabak yang dilaksanakan secara tegas, ia telah memulakan semula pelbagai barisan pengeluaran seperti barisan pemprosesan gear untuk memenuhi keperluan segera pasaran. Pada 14 Februari, Shaanxi Automobile Holdings juga menyambung semula pengeluaran, dengan lebih daripada 2,000 pekerja kembali bekerja dan satu barisan pengeluaran disambung. Lebih daripada 12,000 pekerja setakat ini sudah kembali bekerja di Institut Penyelidikan Huawei Xi’an. Micron Semiconductor (Xi'an) Co., Ltd. telah memulihkan 80% kapasiti pengeluarannya.
 
Taman Perdagangan Antarabangsa & Logistik Xi’an, sebuah pelabuhan pedalaman terbesar China telah menyediakan perkhidmatan saluran hijau. Dengan perkhidmatan tersebut, trak tidak perlu berhenti, pemandu tidak perlu keluar daripada kokpit dan trafik tidak perlu menunggu di luar stesen. Langkah-langkah pencegahan wabak telah dilaksanakan sepenuhnya seperti pembasmian kuman dan dekontaminasi, pendaftaran dan pengiraan suhu. Kesemua langkah-langkah ini membantu untuk memastikan kelancaran operasi perkhidmatan kereta api barang China-Europe Chang'an. Kereta api barang China-Europe Chang'an telah menjalankan 200 perjalanan dalam bulan Januari, 2.4 kali ganda dengan tempoh sama tahun lepas. Terkesan daripada penyebaran tersebut, operasi kereta api barang antarabangsa Chang'an telah perlahan, namun ia masih mengekalkan kekerapan satu perjalanan sehari.
 
Ketika perusahaan menyambung semula pengeluaran, mobiliti kakitangan semakin meningkat. Dalam usaha untuk menghentikan penyebaran virus tersebut daripada merebak, kerajaan Xi’an menyediakan perkhidmatan “satu-kepada-satu” untuk perusahaan kembali bekerja, membantu mereka melaksanakan langkah-langkah pencegahan dan kawalan seperti kuarantin dan pemantauan, ujian asid nukleik dan dekontaminasi persekitaran. Sementara itu, kerajaan komited sepenuhnya untuk menyelaraskan usaha-usaha menyelesaikan masalah yang dihadapi perusahaan berkaitan kakitangan, pengangkutan, pemakanan dan penginapan. Kerajaan Xi’an memperkenalkan pelbagai langkah untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana menyambung semula kerja, seperti mengurangkan atau mengecualikan sewa, menyediakan faedah subsidi dan membantu perusahaan membangunkan pasaran.
 
Xi’an akan menyediakan dana istimewa secara berpusat sebanyak 200 juta yuan untuk menyokong penggajian perusahaan tempatan dan dana istimewa sebanyak 1 bilion yuan untuk menyokong perusahaan tempatan bagi latihan vokasional pekerja. Xi’an akan menawarkan subsidi penuh untuk perbelanjaan perusahaan yang ditanggung dalam pengangkutan pekerja dengan kenderaan dan gerabak kereta api yang telah ditempah; menawarkan subsidi separa untuk kos pengangkutan kakitangan yang kembali bekerja secara sendiri; dan menawarkan subsidi penuh untuk kos ujian asid nukleik.
 
Sumber: Biro bagi Industri dan Teknologi Maklumat Xi’an

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.