ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 17, 2024 -Selasa

 
  ENERGOUS MENDAPATKAN KELULUSAN PENGAWALSELIAAN YANG PERTAMA DI DALAM INDUSTRI UNTUK TEKNOLOGI PENGECASAN WAYARLES WATTUP MEREKA YANG BEREVOLUSI DI JEPUN

Thursday 27/02/2020



Teknologi pengecasan wayarles 2.0 syarikat itu kini diluluskan untuk dihantar ke 112 buah negara di seluruh dunia

SAN JOSE, Calif., 27 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hari ini Energous Corporation (Nasdaq: WATT), pemaju bagi WattUp®, sebuah teknologi pengecasan wayarles 2.0 yang berevolusi, mengumumkan bahawa ia telah mendapat kelulusan pengawalseliaan bagi teknologi pengecasan wayarles WattUp Near Field mereka di Jepun.

“Mendapat kelulusan pengawalseliaan bagi teknologi pengecasan wayarles WattUp kami di Jepun adalah satu pencapaian pengawalseliaan yang utama bagi Energous,” kata Stephen R. Rizzone, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Energous Corporation. “Ini membuka pintu untuk menjual produk yang dibolehkan WattUp di sebuah pasaran utama di Asia Pasifik.”

Teknologi pengecasan wayarles WattUp oleh Energous telah menjalani ujian oleh makmal ujian persendirian yang bertauliah dan bertekad untuk mematuhi dengan kesemua keperluan pengawalseliaan di Jepun.

“Kelulusan WattUp di Jepun merupakan satu langkah besar ke hadapan bagi Energous dan pelanggan kami, sambil meningkatkan momentum untuk mencapai akses pasaran global,” kata Dan Lawless, naib presiden bagi hal ehwal kawal selia di Energous Corporation. “Kami sedang membina sebuah rangka kerja pengawalseliaan untuk pergerakan berskala besar bagi pengecasan wayarles 2.0 menerusi penglibatan kami yang besar di dalam spektrum organisasi utama dan standard organisasi, digabungkan dengan kerja langsung kami dengan kerajaan-kerajaan di seluruh dunia.”

“Teknologi pengecasan wayarles pada masa ini – khususnya penyelesaian pengecasan berasaskan bukan gelung – belum lagi menembusi pasaran Jepun, terutamanya kerana Jepun secara kebiasaannya terbukti mempunyai proses kelulusan kawal selia yang lebih ketat. Energous Corporation sedang membuka jalan bagi industri itu di pasaran Jepun dengan kelulusan yang pertama di dalam industri bagi teknologi pengecasan wayarles WattUp. Dengan kejayaan ini, Energous terus menunjukkan kemajuan di dalam memajukan teknologi WattUp mereka untuk memenuhi keperluan rakan-rakan dan syarikat-syarikat pelanggan,” kata Dinesh Kithany, penganalisis utama industri, kuasa wayarles dan bekalan kuasa di Omdia.

Beberapa daripada manfaat bagi teknologi WattUp Energous untuk pengeluar termasuk:

·  Satu jejak kecil yang membolehkan WattUp disepadukan ke dalam produk bagi pelbagai faktor bentuk, termasuk peranti kecil dengan sisi melengkung atau tanpa permukaan rata
·  Kebebasan orientasi dan sokongan sudut 90 darjah
·  Pengesanan objek asing yang menghapuskan isu-isu terma dengan logam dan bahan lain
·  Saling boleh kendali dengan semua produk yang dibolehkan WattUp, bahkan dari pengeluar yang berbeza
 
Setakat ini, Energous telah memperoleh kelulusan pengawalseliaan bagi teknologi pengecasan wayarles WattUp mereka di negara-negara berikut:

Table

Energous menjangka ia akan mendapat kelulusan pengawalseliaan di pasaran tambahan pada tahun ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Energous, sila layari Energous.com atau ikuti syarikat itu di TwitterFacebook dan LinkedIn.

Maklumat mengenai Energous Corporation

Energous Corporation (Nasdaq: WATT) mengetuai pengecasan wayarles bagi generasi akan datang – pengecasan wayarles 2.0 – dengan teknologi WattUp® mereka yang memenangi anugerah, yang menyokong pengecasan berasaskan sentuhan yang cepat dan cekap serta mengecas pada satu jarak yang jauh. WattUp adalah sebuah teknologi pengecasan wayarles berasaskan RF yang berskala, yang menawarkan peningkatan ketara dalam kecekapan pengecasan berasaskan sentuhan, pengesanan objek asing, kebebasan orientasi dan prestasi terma berbanding dengan teknologi pengecasan berasaskan gelung yang lebih lama. Teknologi itu boleh direka bentuk ke dalam banyak peranti elektronik berukuran berbeza untuk rumah dan pejabat, serta industri perubatan, perindustrian, runcit dan automotif, dan memastikan saling boleh kendali merentasi produk. Energous membangunkan teknologi pemindahan kuasa wayarles berasaskan silikon (WPT) dan reka bentuk rujukan yang disesuaikan. Ini termasuk cip silikon yang inovatif, antena dan perisian, untuk pelbagai aplikasi, seperti telefon pintar, penjejak kecergasan, alat pendengaran, sensor perubatan dan banyak lagi. Energous menerima pensijilan FCC Bahagian 18 yang pertama di dunia untuk pengecasan wayarles jarak jauh, dan syarikat itu telah menerima 220 paten untuk teknologi pengecasan wayarles WattUp mereka sehingga kini. Untuk maklumat lanjut, sila layari Energous.com.

Kenyataan Safe Harbor

Siaran akhbar ini mengandungi kenyataan yang berpandangan ke hadapan yang menggambarkan rancangan dan harapan masa depan kami. Kenyataan ini biasanya menggunakan istilah seperti "percaya," "mengharapkan," "boleh," "akan," "harus," "membolehkan," "mencari," "berhasrat," "merancang," "menganggarkan," "menjangkakan" atau istilah yang serupa. Contoh bagi kenyataan berpandangan ke hadapan kami di dalam siaran ini termasuk kenyataan kami mengenai perkembangan teknologi, pembangunan produk rakan dan inovasi pengecasan wayarles. Kenyataan berpandangan ke hadapan kami hanya tepat setakat tarikh ini; ia didasarkan kepada harapan semasa dan kami tidak bertanggungjawab untuk mengemaskinikannya. Faktor-faktor yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza daripada apa yang kita jangkakan termasuk: masa yang tidak menentu bagi kelulusan pengawalseliaan yang diperlukan; masa bagi pengembangan produk pelanggan dan kejayaan pasaran bagi produk pelanggan; pergantungan kami kepada rakan pengedaran; dan persaingan industri yang sengit. Kami menggesa anda untuk mempertimbangkan faktor-faktor tersebut, dan risiko-risiko dan ketidakpastian lain yang dijelaskan di dalam laporan tahunan terbaru kami pada Borang 10-K dan laporan suku tahunan seterusnya pada Borang 10-Q, dalam menilai kenyataan-kenyataan berpandangan ke hadapan kami.
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20200226005882/en/


Hubungi

Perhubungan Awam Energous
PR@energous.com
(408) 963-0200

Perhubungan Pelabur Energous
Mike Bishop
(415) 894-9633
IR@energous.com

Sumber : Energous Corporation

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.