ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 17, 2024 -Selasa

 
  KEIO PLAZA HOTEL TOKYO MERAIKAN KETIBAAN MUSIM BUNGA DAN BUNGA SAKURA DENGAN GUBAHAN BUNGA YANG CANTIK, MAKANAN YANG LAZAT DAN SENI SAKURA DIGITAL

Friday 28/02/2020



A magnificent large flower arrangement using
Satu gubahan bunga besar yang mengagumkan dengan menggunakan bunga "Sakura" akan dipaparkan di lobi utama tingkat tiga bagi memberikan tetamu dengan satu lokasi yang ideal untuk mengambil gambar kenangan dari awal bulan April. (Foto: Business Wire)


TOKYO, 28 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Keio Plaza Hotel Tokyo (KPH), satu daripada hotel antarabangsa yang paling berprestij di Jepun yang terletak di Shinjuku, Tokyo, akan menganjurkan satu acara istimewa  untuk meraikan kedatangan musim bunga dan bunga "Sakura" dengan item-item menu istimewa yang disediakan dalam tema bunga sakura oleh tukang masak eksekutif kami yang akan dihidangkan di lapan restoran kami di antara 1 Mac hingga 30 April, 2020. Selain bunga sakura yang berkembang mekar, musim bunga juga merupakan satu musim yang sibuk bagi ramai orang yang meraikan pelbagai acara seperti kemasukan ke sekolah dan penyampaian ijazah, dan bermulanya pekerjaan baharu oleh pelajar yang telah menamatkan pengajian.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20200227005388/en/
 
Semasa acara ini, pelbagai gubahan seni bunga yang indah yang dibuat oleh artis gubahan bunga “Ikebana” Jepun yang terkenal, Hiroki Maeno akan dipaparkan di lobi tingkat tiga dan kawasan koridor tingkat dua restoran di Hotel kami. Sebilangan besar pengunjung dari luar negara melancong ke Jepun pada musim bunga untuk melihat bunga sakura yang indah. Dan kerana bunga sakura hanya kekal mekar untuk satu jangka masa yang pendek kira-kira satu minggu, gubahan bunga dan makanan istimewa itu bagi acara kami direka untuk melanjutkan tempoh itu di mana tetamu boleh menikmati bunga sakura dan mengambil gambar-gambar kenangan.

Di Restoran All Day Dining “Jurin” kami, NAKED Inc., satu pengalaman manusia, reka bentuk ruang dan syarikat penerbitan kreatif, akan mengambil bahagian di dalam acara musim bunga ini dengan mencipta sebuah video pemetaan unjuran baharu yang akan ditunjukkan bersama-sama dengan makanan dan minuman yang disediakan khas itu. Video baharu itu akan menggambarkan detik-detik itu buat seketika dan kehalusan bunga sakura dan musim bunga.

Maklumat mengenai Keio Plaza Hotel

Keio Plaza Hotel Tokyo (KPH), yang terletak di Shinjuku di tengah-tengah ibu kota negara itu Tokyo, adalah satu daripada hotel antarabangsa yang terkemuka di Jepun. Hotel kami menawarkan lebih daripada 15 buah restoran dan bar, dan kami menjadi hos kepada pelbagai tetamu tempatan dan antarabangsa yang mengunjungi kami kerana kemudahan kami yang mengalu-alukan, layanan mesra dan perkhidmatan unik yang membolehkan mereka mengalami budaya Jepun, termasuk pengalaman perkahwinan dengan memakai kimonoupacara minum teh dan banyak lagi. Untuk maklumat lanjut mengenai kami, sila layari laman web, YouTube, Facebook atau Instagram kami.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20200227005388/en/

Hubungi
Keio Plaza Hotel Tokyo
Keiko Kawashima, +81-3-5322-8010
Pengurus Perhubungan Awam
keiko-kawashima@keioplaza.co.jp

Sumber : Keio Plaza Hotel Tokyo

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.