ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  VALIDITY MEMETERAI PERJANJIAN MUKTAMAD UNTUK MEMPEROLEH 250OK, MEMPERLUASKAN PORTFOLIO E-MEL MEREKA YANG TERBAIK DALAM KELASNYA

Friday 28/02/2020



Pemerolehan menyatukan pemimpin tertinggi di dalam pasaran e-mel untuk menguasai rangkaian data global terbesar bagi mana-mana penyedia analisis penghantaran

BOSTON, 28 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Validity, nama yang paling dipercayai di dalam kualiti data pelanggan, hari ini mengumumkan bahawa ia telah menandatangani satu perjanjian muktamad untuk memperoleh pembekal analisis dan boleh dihantar e-mel 250ok. Sejak tahun 2011, 250ok telah membangunkan perisian pengurusan e-mel dan peranti yang berinovatif yang digunakan oleh perniagaan daripada setiap saiz. Dengan pemerolehan ini, Validity memperluaskan keupayaan pengoptimuman mereka merentasi ekosistem global bagi penyedia perkhidmatan e-mel.

E-mel kekal sebagai satu saluran kritikal bagi pemasar untuk menarik dan melibatkan pelanggan. Bagaimanapun, untuk menyekat mesej dari folder spam dan menggembirakan penerima terus menjadi satu cabaran. Pembekal peti mel bekerja keras untuk melindungi pengguna dari spam dan ancaman, dan peti masuk dipenuhi dengan pendekatan spray-and-pray, yang tidak dioptimumkan kepada pemasaran. Tanpa data, alat dan bimbingan yang betul, penghantar e-mel yang terbaik boleh bergelut untuk mencapai peti masuk dan mempunyai impak. Bagi peruncit dalam talian, untuk berada di luar folder spam mempunyai satu impak yang dramatik terhadap peluang-peluang pendapatan dan penukaran. 250ok membolehkan pemasar untuk mendapatkan lebih banyak e-mel disampaikan, cara yang betul kepada penerima yang disasarkan, dan menikmati penukaran dan pulangan pada pelaburan yang lebih baik.

250ok mula berinovasi di dalam pasaran perisian analisis dan penghantaran pada tahun 2011. Syarikat itu telah dimulakan oleh bekas pakar penghantaran e-mel ExactTarget Greg Kraios. Hari ini 250ok merevolusikan perisian pengurusan e-mel dengan mewujudkan peranti yang berinovatif bagi penghantar e-mel moden, termasuk Marketo, CDW, National Geographic, Crutchfield, Furniture Row, dan PETA. Dengan pemerolehan ini, Validity membawa bersama beberapa bakat utama di dalam industri e-mel untuk membantu memastikan mesej tidak berada di dalam folder spam.

“Di antara ramai pemain di pasaran e-mel, pasukan 250ok itu sangat sesuai di dalam keluarga Validity,” kata Mark Briggs, pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Validity. “Gabungan platform analisis kami, kepakaran e-mel, dan menjangkau ke seluruh rangkaian pembekal perkhidmatan e-mel memberikan nilai yang sangat besar kepada pemasar di seluruh dunia.”

Ramai daripada pelanggan e-mel terbesar Validity menggunakan kedua-dua 250ok dan Return Path daripada Validity untuk mengoptimumkan kempen e-mel mereka. Dengan pemerolehan ini, penyelesaian Validity untuk E-mel diperkuatkan dengan teknologi dan perkhidmatan 250ok, termasuk:

·         Penghantaran dan Reputasi
·         Analisis Penglibatan
·         Pergerakan DMARC
·         Previu Reka Bentuk
·         Senarai Pengesahan

“Selama beberapa tahun yang lalu, kami telah berusaha keras untuk menonjol di dalam pasaran yang penuh sesak ini dengan mewujudkan produk terbaik untuk pemasar e-mel di mana jua,” kata Greg Kraios, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif 250ok. “Ketika saya pertama kali bertemu dengan Mark Briggs, Ketua Pegawai Eksekutif Validity, saya tahu bahawa terdapat satu peluang untuk mengadakan satu perbualan baharu tentang industri e-mel dan di mana ia harus ditujukan. Kini sebagai sebahagian daripada Validity, kami bersama-sama dapat memacukan inovasi dan kecemerlangan bagi semua orang di dalam ekosistem e-mel.”

Dengan pemerolehan 250ok, Validity terus memperluaskan kehadiran pasaran mereka dan meluaskan portfolio mereka bagi penyelesaian utama untuk profesional jualan dan pemasaran. Dalam tempoh dua tahun yang lalu, Validity telah membuat pengambilalihan penting yang berikut: 

·         CRMfusion, aplikasi utama bagi kualiti data CRM perusahaan
·         BriteVerify, platform global yang paling dipercayai untuk pengesahan e-mel
·         Return Path, pemimpin global di dalam memastikan e-mel keluar daripada folder spam
·         AppBuddy, aplikasi grid utama untuk Salesforce dan platform lain, dan
·         250ok, platform analisis e-mel yang terkemuka

Syarat-syarat kewangan bagi urus janji itu tidak didedahkan. Untuk maklumat lanjut mengenai 250ok, sila layari https://250ok.com

Maklumat mengenai Validity 

Selama lebih 20 tahun, puluhan ribu organisasi di seluruh dunia telah bergantung kepada penyelesaian Validity untuk menyasarkan, menghubungi, melibatkan dan mengekalkan pelanggan – dengan menggunakan data yang boleh dipercayai sebagai satu kelebihan utama. Produk kemegahan Validity – DemandToolsBriteVerifyReturn PathTrust Assessments dan GridBuddy – adalah merupakan penyelesaian yang sangat tinggi terkadar, penyelesaian #1 untuk pengurusan data CRM, pengesahan alamat e-mel, kebolehhantaran peti masuk dan mengelakkan folder spam, dan aplikasi CRM grid. Penyelesaian ini menyampaikan kempen yang lebih pintar, petunjuk yang lebih berkelayakan, jualan yang lebih produktif, dan akhirnya pertumbuhan yang lebih pantas. Untuk maklumat lanjut, sila layari Validity.com dan berhubung dengan kami di LinkedInInstagram dan Twitter.
 
Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20200227005774/en/ 
 

Hubungi

Perhubungan Media Validity
Charlie Ungashick
pr@validity.com 

Sumber : Validity 

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.