ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  ADVANTEST MENGANJURKAN PAMERAN DAGANGAN MAYA PADA 10-11 MAC UNTUK MENERUSKAN ALIRAN MAKLUMAT PENGUJIAN IC WALAUPUN DILANDA SITUASI CORONAVIRUS

Wednesday 04/03/2020



Acara Dalam Talian Bakal Mempamerkan Kemajuan Pengujian Semikonduktor Terbaru dan Ramalan Pasaran oleh Advantest dan Penceramah SEMI

TOKYO, 4 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Pembekal peralatan ujian semikonduktor terkemuka Advantest Corporation (TSE: 6857) akan menganjurkan pameran dagangan maya pada 10-11 Mac untuk berkongsi data teknikal dan pasaran yang berharga dengan pelanggannya di seluruh dunia tanpa mengambil risiko mendedahkan para hadirin kepada kemungkinan dijangkiti penyakit Coronavirus (COVID-19).

Menggunakan persidangan web, pakar teknikal daripada Advantest akan membentangkan teknologi pengujian semikonduktor terbaru dan amalan terbaik dan juga berinteraksi dengan rakan kongsi strategik, pelanggan semasa dan pelanggan berpotensi.  Di samping itu, forum dalam talian itu akan menampilkan ceramah berkenaan keadaan industri dan ramalan pasaran daripada dua eksekutif kanan SEMI, iaitu organisasi industri global yang mewakili rantaian bekalan pembuatan bahan elektronik.

“Kami telah membangunkan pameran dagangan maya ini untuk mempromosikan kesedaran kepada penyelesaian ujian semikonduktor yang paling canggih pada hari ini walaupun banyak pameran dagangan dan persidangan industri dibatalkan akibat wabak Coronavirus yang tragik,” kata Judy Davies, naib presiden komunikasi pemasaran global Advantest.  “Dalam usaha kami untuk menyokong pelanggan dengan berkongsi maklumat yang tepat pada waktunya dan relevan menerusi acara antarabangsa, SEMI seharusnya turut serta dan menyediakan wawasan mereka juga.”

“SEMI berbesar hati untuk menyertai pameran dagangan maya ini dengan Advantest yang beralih kepada komunikasi dalam talian untuk memastikan keselamatan para hadirin dan mengekalkan aliran bebas untuk maklumat berfaedah menerusi wawasan industri yang utama kepada ahli kami di seluruh dunia,” kata Ajit Manocha, presiden dan CEO SEMI.

Pada 10 dan 11 Mac, pameran dagangan maya inovatif Advantest akan memaparkan pertunjukan oleh barisan sembilan penceramah antarabangsa yang akan berkongsi wawasan kepakaran mereka dalam pelbagai bahasa.  Untuk mempromosikan penggunaan maklumat dibentangkan yang paling meluas, sesi akan dibentangkan dalam bahasa Inggeris, Cina Mandarin dan Korea.

Setiap sesi akan menjadi interaktif, memberi penonton peluang untuk bertanya soalan.  Semua sesi akan dirakam dan dimuat naik dalam talian untuk rujukan berterusan berikutan acara dua hari tersebut.

Agenda pameran dagangan tersebut adalah seperti berikut:

Selasa, 10 Mac
8:00 pagi Waktu Siang Pasifik (PDT)
Pengujian Peranti 5G NR Kendiri (SA) & Bukan Kendiri (NSA): MIMO dan Pengagregatan Pembawa (dalam bahasa Inggeris)
Dinesh Doshi, Presiden, W2BI, sebuah Syarikat Kumpulan Advantest

5:00 petang PDT
Alu-aluan dan Taklimat Keseluruhan (dalam bahasa Inggeris)
Judy Davies, Naib Presiden Komunikasi Pemasaran Global, Advantest

5:30 petang PDT
Kemas kini SEMI (dalam bahasa Inggeris)
Ajit Manocha, Presiden dan CEO, SEMI

6:00 petang PDT
Ramalan Pasaran SEMI:  Pelaburan Fab, Pasaran Peralatan/Bahan dan Rantai Bekalan Asia Baharu (dalam bahasa Inggeris)
Clark Tseng, Pengarah Penyelidikan dan Statistik Industri, SEMI

6:30 petang PDT
Cabaran Ujian Semikonduktor 5G NR (dalam bahasa Inggeris)
Sungjong Park, Jurutera/Pengurus Ujian RF, Advantest Korea

7:00 petang PDT
Pengurusan Sel Ujian untuk Mendayakan Pembuatan Pintar (dalam bahasa Inggeris)
Kyoungyong Kang, Ketua Pasukan SoC UI, Advantest Korea

7:30 petang PDT
Memandu ke Arah Kesempurnaan: Mencari Penyelesaian Ujian Optimum untuk IC Automotif Generasi Baharu (dalam bahasa Inggeris)
Masashi Nagai, Pengarah Eksekutif Kanan, Kumpulan Perancangan Strategik, Advantest Korea

8:00 malam PDT
Penyelesaian Kos Rendah untuk SerDes Berkelajuan Ultra Tinggi kepada Ujian Komunikasi RF Menerusi FPGA Dalam Kenderaan (dalam bahasa Inggeris)
Tang Mingjie, Jurutera Aplikasi, Advantest China

8:15 malam PDT
Rangka Kerja Pemprograman dalam Ujian Serentak terhadap SmarTest 7 untuk IP yang Berkongsi Port Akses Sama (dalam bahasa Inggeris)
Tianyu Zhang, Jurutera Aplikasi, Advantest China

8:30 malam PDT
Ucapan Penutup (dalam bahasa Inggeris)
Judy Davies, Naib Presiden Komunikasi Pemasaran Global, Advantest

Rabu, 11 Mac
6:00 petang PDT
Aluan-aluan dan Taklimat Keseluruhan (dalam bahasa Inggeris)
Judy Davies, Naib Presiden Komunikasi Pemasaran Global, Advantest

6:30 petang PDT
Cabaran Ujian Semikonduktor 5G NR (dalam bahasa Korea)
Sungjong Park, Pengurus Ujian RF, Advantest Korea

7:00 petang PDT
Pengurusan Sel Ujian untuk Mendayakan Pembuatan Pintar (dalam bahasa Korea)
Kyoungyong Kang, Ketua Pasukan SoC UI, Advantest Korea

7:30 petang PDT
Memandu ke Arah Kesempurnaan: Mencari Penyelesaian Ujian Optimum untuk IC Automotif Generasi Baharu (dalam bahasa Inggeris)
Masashi Nagai, Pengarah Eksekutif Kanan, Kumpulan Perancangan Strategik, Advantest Korea

8:00 malam PDT
Penyelesaian Kos Rendah untuk SerDes Berkelajuan Ultra Tinggi kepada Ujian Komunikasi RF Menerusi FPGA Dalam Kenderaan (dalam bahasa Cina)
Tang Mingjie, Jurutera Aplikasi, Advantest China

8:15 malam PDT
Rangka Kerja Pemprograman dalam Ujian Serentak terhadap SmarTest 7 untuk IP yang Berkongsi Port Akses Sama (dalam bahasa Cina)
Tianyu Zhang, Jurutera Aplikasi, Advantest China

Pekerja, pelanggan, pelanggan prospek dan rakan kongsi Advantest dijemput untuk berkenalan dengan satu sama lain menerusi pameran dagangan maya dua hari ini.

Cara Hadir

Semua sesi akan distrim. Anda disyorkan untuk menggunakan pembesar suara komputer anda melalui pautan berikut dan bukannya menggunakan telefon.

Sesi W2BI pada 10 Mac jam 8 pagi PDT:
Semua sesi 10 Mac bermula pada 5 petang - 9 malam PDT:
Semua sesi 11 Mac bermula pada 6 petang - 8:30 malam PDT:
Arahan Akses Siaran Web

Gunakan pautan di atas untuk mendaftar dahulu bagi setiap sesi dan menerima fail kalendar menerusi e-mel. Untuk tontonan optimum, hadirin disyorkan untuk menyambung terus ke Internet dan tidak menggunakan VPN. Selain itu, nyahdayakan penyekat tetingkap timbul anda untuk melihat kandungan secara keseluruhan. Uji sambungan anda sebelum penyertaan. Ujian Sambungan: Klik Di Sini. Untuk keperluan sistem, lawati Soalan Lazim.

Media Sosial
Untuk berita terkini daripada pemimpin dalam penyelesaian ujian, ikuti Advantest di Twitter @Advantest_ATE.

Perihal Advantest Corporation
Advantest (TSE: 6857) ialah pembuat ujian automatik dan peralatan ukuran terkemuka yang digunakan dalam reka bentuk dan pengeluaran semikonduktor untuk aplikasi yang termasuk komunikasi 5G, Internet Benda (IoT), kenderaan berautonomi, kecerdasan buatan (AI), pembelajaran mesin, peranti perubatan pintar dan banyak lagi.  Sistem dan produknya yang canggih disepadukan dengan barisan pengeluaran semikonduktor yang paling canggih di dunia.  Syarikat ini juga menjalankan R&D untuk menangani aplikasi cabaran pengujian yang baru muncul, mengeluarkan mikroskop elektron pengimbas metrologi serba penglihatan yang penting untuk pembuatan topeng foto dan menawarkan pengimejan 3D dan alat analisis yang hebat.  Ditubuhkan di Tokyo pada 1954, Advantest merupakan syarikat global yang memiliki fasiliti di seluruh dunia dan mendukung komitmen antarabangsa terhadap amalan lestari dan tanggungjawab sosial.  Maklumat lanjut boleh didapati di www.advantest.com.

ADVANTEST CORPORATION
3061 Zanker Road
San Jose, CA 95134, USA
Judy Davies
Judy.davies@advantest.com

Sumber: Advantest America, Inc.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.