ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  MOODY'S MENAWARKAN PENYELIDIKAN EKONOMI DAN KREDIT KORONAVIRUS PERCUMA KEPADA ORANG AWAM

Tuesday 10/03/2020



NEW YORK, 10 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Moody's Corporation (NYSE: MCO) kini menawarkan penyelidikan dan pandangan mereka mengenai impak kredit dan ekonomi bagi koronavirus (COVID-19) melalui satu laman web khusus, yang boleh didapati kepada orang ramai di moodys.com/coronavirus. Dikemaskini secara berterusan, laman web itu membawa bersama pandangan dari seluruh syarikat, menyediakan satu sumber bagi peserta pasaran untuk lebih memahami implikasi kewangan terhadap wabak tersebut. Kandungan penuh di laman web itu, termasuk akses kepada webinar Moody’s yang berkaitan dengan COVID-19, boleh tersedia kepada umum secara percuma.

“Kami menyedari bahawa ketika keadaan turun naik pasaran yang tegang dan ketidakpastian, maklumat yang komprehensif dan tepat pada masanya adalah sangat penting,” kata Rob Fauber, Ketua Pegawai Operasi di Moody's Corporation. “Misi Moody adalah untuk memberikan pandangan dan standard yang dipercayai untuk membantu pembuat keputusan bertindak dengan penuh yakin. Untuk itu, kami menyediakan akses kepada sumber ekonomi dan kredit Moody’s untuk membantu pihak berkepentingan kami di seluruh dunia menangani keadaan yang tidak pasti berkaitan dengan COVID-19.”

Moody's telah menerbitkan lebih 100 laporan dan kandungan lain berhubung impak COVID-19, mengenai penerbit dan sektor pasaran dan geografi, termasuk analisis daripada kedua-dua Perkhidmatan Pelabur Moody’s dan Moody’s Analytics.

Berikut adalah di antara penerbitan yang terdapat di laman web itu:

· Senario Wabak COVID-19: Ketahui Tidak Diketahui – Penyelidikan Ekonomi Moody’s Analytics
· Tumpuan Utama Perakaunan: Pelaporan Kewangan dan Koronavirus – Perkhidmatan Pelabur Moody’s
· Pemberi Pajak Pesawat: Pandangan Disemak Semula kepada Stabil dari Positif berhubung Gangguan Perniagaan yang Didorong oleh Koronavirus – Perkhidmatan Pelabur Moody’s
· Ketidakpastian Puncak: Kesan Yang Mungkin Berlaku oleh COVID-19 ke atas Berbilang Keluarga Amerika Syarikat dan Hartanah Komersial – Moody’s Analytics REIS

MAKLUMAT MENGENAI MOODY’S CORPORATION

Moody's (NYSE: MCO) adalah sebuah firma penilaian risiko bersepadu global yang memberi kuasa kepada organisasi untuk membuat keputusan yang lebih baik. Penyelesaian data, analisis dan pandangan kami membantu pembuat keputusan untuk mengenal pasti peluang dan menguruskan risiko menjalankan perniagaan dengan pihak lain. Kami percaya bahawa ketelusan yang lebih tinggi, keputusan yang lebih bermaklumat, dan akses yang saksama kepada maklumat membuka pintu kepada kemajuan bersama. Dengan lebih 11,000 orang pekerja di lebih daripada 40 buah negara, Moody’s menggabungkan kehadiran antarabangsa dengan kepakaran tempatan dan lebih dari satu abad pengalaman di dalam pasaran kewangan. Ketahui maklumat lanjut di moodys.com/about.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20200309005855/en/

Hubungi

SHIVANI KAK
Perhubungan Pelabur
+1 212-553-0298
Shivani.kak@moodys.com

MICHAEL ADLER
Komunikasi Korporat
+1 212-553-4667
Michael.adler@moodys.com

Sumber : Perhubungan Pelabur Moody's Corporation

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.