TOKYO, 10 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- DIP Corporation (kemudian dari ini “DIP”), Ibu Pejabat: Minato-ku, Tokyo, Jepun; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif: Hideki Tomita, mengumumkan pada Isnin, 9 Mac bahawa ia akan mula menawarkan pampasan bantuan kepada mereka yang bekerja dalam kapasiti secara sambilan atau kontrak (lihat nota di bawah) melalui laman web Baitoru, Baitoru NEXT atau Hatarako.net, jika mereka tidak dapat bekerja disebabkan oleh penyakit yang berkaitan koronavirus.
Perutusan dari Hideki Tomita, Presiden dan Ketua Pegawai EksekutifHari ini kita menghadapi satu krisis ketika penyebaran koronavirus mewujudkan suatu iklim ketakutan di seluruh pelusuk dunia.
Kita semua bimbang terhadap orang yang kita sayangi, rakan-rakan kita, rakan sekelas kita dan rakan sekerja kita. Kami telah menghabiskan banyak masa dalam membincangkan apa yang boleh dilakukan oleh DIP di dalam keadaan ini.
Sememangnya kami telah mengambil langkah-langkah yang berhemat untuk mengelakkan penularan, dengan menggalakkan protokol bekerja jarak jauh, mengamalkan penjadualan kerja waktu anjal, menyekat pekerja kami daripada menggunakan kereta api yang penuh sesak atau berkumpul dalam kumpulan besar, dan lain-lain.
Lebih-lebih lagi, kami telah mula menawarkan pameran kerja percuma di laman pengambilan kami untuk pelanggan yang memerlukan penggantian jangka pendek bagi pekerja mereka sekarang yang dikehendaki tinggal di rumah dengan anak-anak akibat pembatalan kelas dan aktiviti di semua sekolah awam.
Namun kami merasakan kami perlu melakukan lebih banyak lagi.
Menyedari bahawa banyak pengguna kami adalah pekerja sambilan atau kontrak saya memahami sepenuhnya bahawa mereka tidak menikmati faedah seperti cuti berbayar atau elaun cuti yang melindungi pekerja tetap. Walaupun agak tidak menyenangkan, kita harus mengakui kemungkinan bahawa sesetengah daripada pengguna ini mungkin dijangkiti dengan penyakit yang berkaitan koronavirus dan menghadapi tekanan kewangan yang serius akibat kehilangan pendapatan. Ini, selain daripada tekanan yang disebabkan oleh masalah kesihatan mereka.
Di bawah keadaan ini, kami fikir kami dapat mengurangkan sebahagian daripada kebimbangan di kalangan pengguna kami dengan menawarkan pampasan bantuan kepada mereka yang tidak dilindungi oleh jaring keselamatan yang tersedia kepada pekerja biasa.
Seterusnya, kami mengumumkan hari ini satu program pampasan bantuan sementara bagi pengguna sambilan dan kontrak kami yang mungkin jatuh sakit akibat daripada koronavirus. DIP akan menawarkan pampasan bantuan untuk satu tempoh sehingga satu setengah bulan kepada pengguna yang memperolehi pekerjaan melalui Baitoru, Baitoru NEXT atau Hatarako.net di antara 1 Mac, 2017 dan sekarang, jika mereka tidak dapat bekerja akibat penyakit yang berkaitan koronavirus.
*Satu setengah bulan = tempoh yang sepatutnya diperlukan untuk rawatan
Untuk butiran, sila rujuk kepada laman berikut:
https://www.baitoru.com/pdt/shien2020 (Bahasa Jepun sahaja)
https://www.hatarako.net/contents/shien2020 (Bahasa Jepun sahaja)
Adalah menjadi keinginan ikhlas kami bahawa program ini akan membawa sedikit kelegaan dan ketenangan fikiran kepada pengguna kami yang dihargai, dan mungkin memberikan berita gembira dalam waktu suram ini.
Tambahan pula, kami berharap agar program bantuan ini dapat bertindak sebagai satu batu loncatan untuk memulakan satu perbincangan yang lebih besar mengenai ketaksamaan dalam keadaan bekerja di antara pekerja sambilan dan kontrak, dan mereka yang bekerja secara tetap.
Berikutan falsafah korporat kami, ‘di sini di DIP kami mahu memanfaatkan impian, idea dan keghairahan untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang lebih baik’, kami akan terus merenung bagaimana kami boleh membuat sumbangan yang terbaik untuk memajukan keadaan pekerjaan yang adil dan saksama bagi semua orang.
Butiran bagi PampasanOrang yang layak: pekerja sambilan dan kontrak (sambilan, penghantaran, kontrak, dan penyumberan luar, tidak termasuk pekerja biasa) yang bekerja melalui Baitoru, Baitoru NEXT atau Hatarako.net, di antara 1 Mac, 2017 dan sekarang yang dipaksa untuk tidak hadir bekerja disebabkan oleh jangkitan dengan koronavirus jenis baharu.
* Tidak boleh diguna pakai jika terdapat sebarang pampasan dari syarikat (majikan) atau institusi awam
· Jumlah pampasan: satu jumlah yang bersamaan dengan gaji selama satu setengah bulan (sehingga maksimum 100,000 yen)
· Tempoh penerimaan permohonan bagi pampasan: bermula 9 Mac, 2020
· Butiran bagi proses permohonan dan sebagainya.:
·
https://www.baitoru.com/pdt/shien2020 (Bahasa Jepun sahaja)
https://www.hatarako.net/contents/shien2020 (Bahasa Jepun sahaja)
Nota: Bagi tujuan program bantuan ini, frasa ‘pekerja sambilan dan kontrak’ merujuk kepada pekerja yang tidak bekerja secara tetap dan termasuk pekerja sambilan, mereka yang bekerja mengikut kontrak tempoh jangka tetap, dan mereka yang ditempatkan dengan sebuah syarikat melalui agensi penghantaran dan penyumberan luar. Untuk memenuhi syarat bagi program bantuan seseorang pekerja mesti mendapatkan pekerjaan melalui Baitoru, Baitoru NEXT atau Hatarako.net di antara 1 Mac, 2017 dan sekarang, dan tidak dapat hadir bekerja disebabkan oleh jangkitan dengan koronavirus.