Zoran Vasiljev (Foto: Business Wire) Eksekutif telco dan teknologi terkemuka akan memimpin syarikat itu ketika ia memanfaatkan peluang-peluang pertumbuhan di dalam pengewangan dan penglibatan digitalLONDON, 11 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Syarikat pengewangan digital dan pengebilan pembawa global Centili telah melantik Zoran Vasiljev, seorang eksekutif telco dan teknologi terkemuka, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan mereka.
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20200310005644/en/ Pelantikan beliau akan menjadi kunci kepada pengukuhan kepimpinan syarikat ketika Centili bergerak untuk memanfaatkan peluang-peluang yang semakin meningkat di dalam industri pengewangan digital dengan produk baharu dan menegak pasaran, dengan memanfaatkan platform mereka yang telah memenangi anugerah.
Vasiljev membawa ilmu pengetahuan dan legasi yang tiada tolok bandingannya di dalam membina dan menjalankan usaha niaga digital yang berjaya.
– Saya amat teruja dengan peluang untuk memimpin pasukan Centili yang bertaraf dunia itu. Dengan asas teknologi yang mantap dan sebuah pasukan yang berpengalaman, Centili berada pada kedudukan yang unik untuk memaksimumkan peluang-peluang pertumbuhan baharu, ketika semakin banyak jenama digital utama dunia bergantung kepada Centili untuk mempercepatkan jangkauan dan pertumbuhan mereka. Saya tidak sabar-sabar untuk membawa pengalaman saya dalam menaikkan perniagaan ke Centili ketika kedua-duanya berkembang pesat dengan perniagaan mereka yang teguh dan ketika kami melaksanakan pelan pertumbuhan yang bercita-cita tinggi, kata
Zoran Vasiljev.
Beliau mempunyai lebih daripada 20 tahun pengalaman antarabangsa di dalam media digital, telekom, dan perundingan pengurusan. Beliau menghabiskan tiga tahun terakhir sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bagi Apigate. Terdahulu di dalam kerjaya beliau, beliau telah mengetuai projek-projek di dalam EU, MENA dan APAC, dengan memegang peranan eksekutif utama dan kepimpinan dengan Axiata Digital, StarHub, Arthur D. Little, Value Partners dan Kumpulan Peppers & Rogers.
– Zoran mempunyai pencapaian yang mengagumkan di dalam perniagaan antarabangsa dan pengurusan strategik. Sepanjang beberapa tahun yang lalu, kami telah menyaksikan beliau berjaya memperjuangkan isu-isu yang paling mendesak di dalam pendigitan dan pengewangan. Kami menanti-nantikan perkara-perkara yang hebat di masa hadapan buat Centili di bawah bimbingan, tenaga dan keghairahan beliau, ketika syarikat itu bergerak untuk memanfaatkan peluang-peluang di dalam pembayaran dan penglibatan mudah alih, kata
Roberto Kutic bagi pihak pemilik syarikat.
MaklumatCentili bergandingan dengan lebih 280 MNO dan pedagang global dan kebangsaan terkemuka bagi membolehkan pembayaran mikro, pengenalan pengguna dan penglibatan mudah alih. Syarikat itu menganggap Badoo, Wargaming, iTaxi dan Busuu di kalangan pelanggan mereka. Ia telah diiktiraf sebagai vendor pengebilan pembawa langsung Tingkat 1 pada tahun 2018 dan 2019.
Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20200310005644/en/HubungiMartina Dodic
marketing@centili.com+385992743139
Sumber : Centili
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
--BERNAMA