ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 10, 2024 -Jumaat

 
  GRADUATE MANAGEMENT ADMISSION COUNCIL MENGALU-ALUKAN SALAH SEBUAH INSTITUSI PERNIAGAAN DAN EKONOMI UTAMA PORTUGAL

Thursday 12/03/2020



Ahli Terbaharu Mencerminkan Kepentingan Globalisasi dan Pempelbagaian dalam Pendidikan Pengurusan Siswazah

RESTON, Va., 12 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- The Graduate Management Admission Council™ (GMAC™), sebuah pertubuhan global untuk sekolah perniagaan terkemuka, hari ini mengumumkan tambahan salah satu syarikat perniagaan utama Portugal dalam keahliannya. Tambahan Nova School of Business & Economics (Nova SBE), meningkatkan jumlah keahlian GMAC kepada 229 institusi.

Ahli sekolah GMAC melalui proses jemputan sahaja yang ditadbir oleh lembaga pengarah organisasi. Calon kemudiannya akan menyertai proses permohonan komprehensif yang menyatakan komitmen berterusan untuk menyokong misi GMAC: menyediakan alat dan maklumat yang sewajarnya untuk sekolah dan bakat untuk meneroka dan menilai sesama sendiri.

“Nova SBE komited kepada peningkatan berterusan bagi pendidikan pengurusan yang cekap dan bertanggungjawab,” kata Profesor Rita Campos Cunha, Timbalan Dekan, Pre-Experience Studies. “Sebagai sebuah sekolah, kami direka bentuk sebagai sebuah platform terbuka, sentiasa berhubung dan pertukaran idea dan amalan terbaik dengan rakan sekerja kita. Kami percaya GMAC merupakan penganjur hebat bagi sekolah perniagaan di seluruh dunia yang kita boleh berikan sumbangan melalui pengalaman dan cara kita sendiri, pada masa yang sama menerima manfaat daripada pengalaman kongsi sekolah ahli yang lain.”

“Sementara pendidikan perniagaan berkembang dengan rentak pasaran global yang berubah-ubah, institusi seperti Nova School of Business & Economics faham bahawa kepentingan inovasi cara dan perkara yang mereka ajar kepada pencetus perubahan esok,” kata Sangeet Chowfla, presiden dan CEO GMAC. 

Nova SBE menganggap institusinya sebagai komuniti warga dunia. Berkongsi visi kepelbagaian GMAC, institusi berusaha untuk berada di barisan hadapan inovasi sambil menyediakan eksekutif dan usahawan masa hadapan untuk menyumbang kepada dunia yang lebih terbuka, mampan dan terangkum. Financial Times telah memberikan kedudukan ke-22 untuk Sarjana Antarabangsa dalam Pengurusan di seluruh dunia; ke-21 untuk Sarjana Antarabangsa dalam Kewangan di seluruh dunia kepada sekolah ini; dan antara 30 Sekolah Perniagaan teratas di Eropah. Baru sahaja berpindah ke kampus baharu di kejiranan Carcavelos Lisbon, Nova SBE teruja untuk menawarkan pelajar pengalaman pembelajaran yang moden, interaktif dan kolaboratif.

Untuk dipertimbangkan bagi keahlian dalam GMAC, sekolah harus melengkapkan proses permohonan dan mengekalkan proses penerimaan terpilih, menawarkan program siswazah dalam pengurusan perniagaan, subjek pengurusan atau setara, dan menyokong misi GMAC secara aktif dan menggunakan peperiksaan GMAT atau penilaian GMAC lain sebagai sebahagian daripada proses penerimaan dan pendaftaran mereka. Mereka juga menyertai tadbir urus GMAC, termasuklah mengundi dalam pengundian lembaga dan perkara lain yang diperlukan oleh Majlis.

Perihal GMAC
Graduate Management Admission Council (GMAC) ialah persatuan peneraju sekolah perniagaan siswazah di dunia. Diasaskan pada 1953, kami komited untuk mewujudkan penyelesaian bagi sekolah perniagaan dan calon untuk menerokai, menilai dan berhubungan antara satu sama lain. Kami bekerja bagi pihak sekolah dan komuniti pendidikan pengurusan siswazah dan membimbing calon yang ingin menyambung pengajian ke pendidikan tinggi untuk memastikan semua bakat dapat dicungkil.

GMAC menyediakan penyelidikan bertaraf dunia, peluang dan penilaian pembangunan profesional untuk industri pendidikan pengurusan siswazah, yang direka bentuk untuk memajukan seni dan sains kemasukan. Dimiliki dan ditadbir oleh GMAC, peperiksaan Graduate Management Admission Test™ (GMAT™) ialah penilaian sekolah perniagaan siswazah yang paling banyak digunakan dan diiktiraf oleh lebih 7,000 program di seluruh dunia. Penilaian GMAC lain termasuklah peperiksaan NMAT oleh GMAC™ (NMAT™), untuk kemasukan ke dalam program pengurusan siswazah di India, Nigeria, Filipina dan Afrika Selatan serta Penilaian Eksekutif (EA), yang menyokong keperluan penerimaan untuk lebih 160 program di seluruh dunia.

Portal utama kami untuk sumber dan maklumat pendidikan pengurusan siswazah, www.mba.com, menerima lebih 7 juta pengunjung setiap tahun dan menawarkan alat padanan Pencari Program dan perkhidmatan carian GMASS™ yang menghubungkan calon dan sekolah perniagaan.  Platform ini adalah sebahagian daripada GMAC Connect, sebuah suit perkhidmatan yang membantu sekolah menarik pelajar menerusi penyelesaian perekrutan yang menggabungkan kecerdasan pasaran, data, capaian dan titik hubungan calon.

Syarikat subsidiari GMAC termasuklah syarikat penerbitan dalam talian yang berpangkalan di UK, BusinessBecause, sebuah destinasi yang penuh dengan kandungan yang akan membantu pelajar mengenal pasti sekolah perniagaan yang sesuai semasa pertimbangan kritikal dan fasa pemilihan dalam perjalanan mereka dan MBA Tour, yang menyokong usaha perekrutan global oleh sekolah perniagaan dengan menganjurkan acara yang menumpukan kepada pendidikan perniagaan di seluruh dunia.   

GMAC ialah sebuah organisasi global dengan pejabat di China, India, Singapura, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kerja kami, sila lawati www.gmac.com.

Perihal Nova SBE
Nova SBE merupakan sekolah terkemuka dalam bidang Ekonomi, Kewangan dan Pengurusan melalui program Sarjana, Ph.D., MBA dan Pendidikan eksekutif. Nova SBE berada pada senarai 30 sekolah terbaik di Eropah dengan kira-kira 3000 pelajar dari lebih 70 negara berlainan, dengan progamnya diiktiraf oleh Financial Times. Sekolah ini merupakan ahli CEMS sejak Disember 2007 dan merupakan ahli kumpulan sekolah Triple Crown antarabangsa yang terhad dan merupakan satu-satunya sekolah Portugis yang dikelaskan oleh Eduniversal sebagai "Universal Business School" dengan lima Eduniversal Palms. Nova SBE merupakan sekolah perniagaan Portugis pertama untuk memperoleh akreditasi antarabangsa dan pengiktirafan sedunia dalam pendidikan tinggi. Visi antarabangsa Nova SBE juga dicerminkan dalam penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengajaran utama. Dekan sekarang ialah Prof. Dr. Daniel Traça (Ph.D., Columbia University), juga merupakan bekas pelajar sekolah ini (BSc Economics '85).

Orang hubungan media:
Geoffrey Basye, Pengarah Perhubungan Media, GMAC +1 (703) 668-9799
atau gbasye@gmac.com 

SUMBER: Graduate Management Admission Council

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.