ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 09, 2024 -Khamis

 
  DUA MODEL MENCIT FIBROSIS HATI BAHARU DILANCARKAN OLEH CROWN BIOSCIENCE

Thursday 12/03/2020



SAN DIEGO, 12 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Crown Bioscience hari ini mengumumkan pelancaran dua model mencit fibrosis hati baharu, pelancaran ini akan membolehkan penilaian yang lebih pantas dan mesra kos bagi kesan praklinikal rawatan NASH dan antifibrosis terhadap kecederaan hati akut, fibrosis lanjutan dan/atau pembalikan fibrosis.

Dua model ini mengandungi fibrosis yang dicetus oleh karbon tetraklorida dan diet fibrosis ditambahkan kolesterol dan kurang kolina (CCDF) yang baharu. Pelancaran model ini melanjutkan komitmen CrownBio untuk memajukan pembangunan ubat NASH dengan menyediakan platform praklinikal yang lebih meluas.

Diet CCDF baharu ialah diet kurang kolina, kurang asid amino L, lemak tinggi (CDAHFD) diubahsuai yang digunakan dalam penggunaan praklinikal buat masa ini, yang menampilkan komposisi lemak yang lebih rendah dan ditambahkan kolesterol. Model tikus Wistar dan murin C57BL/6 menunjukkan lebih banyak kecederaan hati yang lebih teruk berbanding mencit pada CDAHFD, dengan fibrosis diperhatikan dalam hanya enam hingga sembilan minggu dan tanpa kehilangan berat yang ketara yang biasanya diperhatikan dalam model yang kurang bahan kimia dan nutrisi yang konvensional.

Pencetusan karbon tetraklorida menyediakan model fibrosis pantas, membolehkan penjimatan masa dan kos pada kajian praklinikal berbanding model yang terlebih nutrisi dan kurang nutrisi. Fibrosis teruk diperhatikan seawal empat minggu dalam model murin C57BL/6 dan Balb/c, berbanding dengan 16 minggu atau lebih lama untuk diet terlebih nutrisi standard industri.

“Fibrosis dikaitkan dengan bentuk NASH yang lebih teruk, jadi membangunkan platform baharu untuk memodelkan aspek penyakit ini boleh membantu populasi pesakit yang paling terkesan dengan penyakit senyap ini,” kata Dr. Jim Wang, Naib Presiden Kanan Penyakit Kardiovaskular dan Metabolisme di CrownBio. “Model baharu ini, berserta model penyakit hati lain termasuklah dicetus MS-NASH dan CCl4 atau model mencit diubahsuai, serta model NHP, menambah kepada visi kami untuk mewujudkan platform peneraju pasaran bagi model translasi tinggi untuk mempercepat penemuan ubat NASH.”

Data pencirian pada model CCDF novel yang dicetus pada tikus Wistar akan dibentangkan oleh CrownBio pada NASH Summit akan datang di Boston. Poster yang bertajuk: ‘A Cholesterol Added, Choline Deficient Fibrogenic Diet Aggravates Liver Injury and Hepatic Steatosis in Wistar Rats’ akan dibentangkan kepada komuniti saintifik NASH pada 5hb Mei 2020.

Lewat tahun ini, CrownBio juga akan membentangkan data tentang model NHP ditingkatkan diet baharu bagi steatosis hati, lipidemia, dan ketahanan insulin, meningkatkan lagi rangkaian model yang tersedia kepada pembangun ubat NASH. Kemajuan sedemikian akan membenarkan penilaian terapeutik berpotensi yang mengurangkan trigliserida hati dan meningkatkan ketahanan insulin dalam model yang mengulang penyakit metabolik manusia secara dekat.

Perihal Crown Bioscience Inc.

Crown Bioscience, sebuah syarikat JSR Life Sciences, merupakan syarikat perkhidmatan penemuan dan pembangunan ubat global yang menyediakan platform translasi untuk memajukan penyelidikan onkologi, penyakit metabolik dan keradangan. Dengan portfolio menyeluruh bagi model berkaitan dan alat ramalan, Crown Bioscience membolehkan pelanggan menyampaikan calon klinikal yang superior.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati:

https://www.crownbio.com
https://www.jsrlifesciences.com 

Pertanyaan Media:
Jody Barbeau
Crown Bioscience Inc.
pr@crownbio.com 

SUMBER: Crown Bioscience

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.