Penemuan baharu mendedahkan permintaan pengguna untuk kefungsian pemesejan canggih, tetapi operator harus mengutamakan privasi, keselamatan dan kefungsian orang-ke-orang pada teras perkhidmatan pemesejan tersebut
BRIDGEWATER, N.J., 13 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Amerika Syarikat merupakan pasaran yang bersedia untuk pemesejan canggih tajaan operator dan disasarkan jenama berdasarkan Rich Communications Services (RCS), menurut perbualan kumpulan fokus yang dijalankan oleh Synchronoss (NASDAQ: SNCR). Selepas mengumpulkan pengguna-pengguna A.S. pelbagai peringkat usia untuk berbincang tentang tabiat pemesejan mudah alih mereka, Synchronoss kini mampu menunjukkan nilai RCS kepada operator dan jenama untuk meningkatkan keterlibatan pelanggan dan mencipta pendapatan baharu.
RCS merupakan platform pemesejan canggih merentasi operator yang mudah digunakan dan kaya dengan ciri yang boleh didapati pada semua peranti mudah alih. Evolusi pemesejan SMS yang dipimpin operator ini bukan sahaja menggabungkan kebolehan multimedia canggih ke dalam mesej teks tetapi juga memberi pengguna keupayaan untuk mencapai segalanya yang mereka sedang lakukan merentasi pelbagai aplikasi daripada platform pemesejan tunggal dan dengan senarai kenalan tunggal untuk rakan, keluarga dan perkhidmatan.
RCS juga berfungsi sebagai ekosistem pemasaran langsung hebat dan bersifat persendirian yang boleh operator tawarkan kepada jenama. Jenama akan dapat memanfaatkan saluran komunikasi baharu diperibadikan yang selamat, berasaskan izin dan memanfaatkan respons SMS terbuka dan kadar klik yang lebih tinggi. Pada waktu yang sama, operator akan memperoleh peluang untuk meningkatkan pendapatan mereka di luar garisan tradisional perniagaan dan mengukuhkan lagi reputasi mereka sebagai pelindung privasi pelanggan.
Synchronoss, peneraju global dan pembawa pembaharuan dalam produk awan, pemesejan, digital dan IoT dan pembekal di sebalik perkhidmatan +Message berdasarkan RCS yang dilancarkan oleh tiga operator Jepun besar pada Mei 2018, bertanya kepada peserta kumpulan fokus tentang tabiat pemesejan semasa mereka dan memperkenalkan mereka kepada keupayaan RCS. Hasil perbincangan itu menunjukkan permintaan yang jelas untuk RCS tajaan operator dengan kemudahan dan kepercayaan operator menjadi sesuatu yang mengujakan peserta untuk komunikasi mudah alih berbentuk baharu ini.
“Apabila ditanya tentang pandangan mereka terhadap perkhidmatan pemesejan hari ini, peserta mempunyai pendapat yang jelas tentang perbezaan antara ‘pemesejan’ dengan ‘menghantar teks’,” kata Glenn Lurie, Presiden dan CEO Synchronoss. “‘Pemesejan’ merujuk kepada aplikasi pemesejan seperti Facebook Messenger, WhatsApp atau Instagram, sementara itu ‘menghantar teks’ dianggap sebagai sesuatu yang berada di luar daripada arena pemesejan dan satu aktiviti berbeza secara keseluruhannya. Untuk pengguna, menghantar teks merupakan sesuatu yang takkan gagal.”
Untuk operator, ini berita baik. Walaupun pengguna mungkin menggunakan pelbagai aplikasi pemesejan untuk tujuan berbeza, hampir setiap orang menghantar teks dengan banyak. Pengguna mempercayai perkhidmatan menghantar teks tradisional kerana mereka menganggapnya selamat dan boleh dipercayai, dan mereka tahu semua kenalan peribadi mereka mempunyai akses menghantar teks tetapi tidak semua orang mempunyai aplikasi pemesejan. Malah, aplikasi pemesejan paling umum digunakan ialah aplikasi natif pramuat yang menyepadukan kedua-dua SMS dan perkhidmatan pemesejan yang berpusatkan peranti, seperti iMessage atau Android Messages. Pilihan dan kepercayaan terhadap SMS menunjukkan peluang yang jelas untuk RCS tajaan operator memanfaatkan kesetiaan yang pengguna miliki terhadap pemesejan teks.
Keupayaan RCS adalah luas. Keupayaan RCS termasuklah perbualan orang-ke-orang berserta pengalaman seperti “aplikasi mudah alih”, seperti perkhidmatan tempahan dan penjadualan atau pembelian barangan secara langsung daripada aplikasi RCS. Ahli kumpulan fokus bersikap terbuka terhadap idea kehidupan digital dalam satu aplikasi sehenti tunggal yang merangkumi rakan, keluarga dan jenama kegemaran. Mereka sukakan prospek kebolehan untuk menyingkirkan pelbagai aplikasi dan memperkemas komunikasi mudah alih mereka ke dalam satu alat serba boleh. Ini menyingkirkan masalah pengguna yang disebabkan oleh aplikasi pemesejan berasingan yang kadangkalanya tidak kemas dan menyusahkan serta kecenderungan aplikasi sebegitu untuk mengambil banyak memori peranti.
Di samping memperoleh pemahaman lebih baik tentang kesukaan pengguna dalam pemesejan mudah alih, penyelidikan itu turut menghasilkan penemuan utama bagi operator.
“Tiga pengajaran didapati daripada penyelidikan kami,” kata Lurie. “Pertama, operator harus mengutamakan komunikasi orang-ke-orang untuk memastikan RCS dilihat sebagai aplikasi yang digunakan untuk menghantar teks dan pemesejan harian. Kedua, operator harus pantas melancarkan kefungsian aplikasi kepada pengguna untuk memudahkan pengguna mengawal interaksi dengan jenama yang mereka suka. Akhir sekali, operator harus mengutamakan privasi dan keselamatan agar RCS menjadi aplikasi yang dipercayai pengguna untuk segalanya. RCS merupakan peluang yang hebat untuk operator dan jenama. Pengguna sukakan kebolehannya dan banyak jenama sukakan potensinya sebagai saluran pemasaran yang selamat dan menarik.”
Penemuan daripada kumpulan fokus boleh didapati dalam kertas putih bertajuk
‘How operator-sponsored RCS can win consumer hearts and brand budgets’, dan boleh dimuat turun di sini:
https://synchronoss.com/operator-sponsored-rcs/Perihal Synchronoss Technologies, Inc. Synchronoss (NASDAQ: SNCR) mentransformasikan cara syarikat mencipta pendapatan baharu, mengurangkan kos dan menggembirakan pelanggan mereka dengan produk dan platform awan, pemesejan, digital dan IoT yang menyokong jutaan pelanggan di seluruh dunia. Teknologi baharu yang selamat, boleh diskala dan berinovatif, perkongsian dipercayai dan warga yang berbakat Synchronoss mengubah cara pelanggan TMT mengembangkan perniagaan mereka. Untuk maklumat lanjut, lawati kami di
www.synchronoss.com.
Pelabur:Joseph Crivelli
Synchronoss
908-566-3131
investor@synchronoss.comOrang Hubungan Media:Anais Merlin
CCgroup (Antarabangsa)
T: +44 20 3824 9200
E:
synchronoss@ccgrouppr.comDiane Rose
CCgroup (Amerika Utara)
T: +1 202-350-2469
E:
diane@ccgrouppr.comSUMBER: Synchronoss Technologies, Inc.
--BERNAMA