ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 10, 2024 -Jumaat

 
  SYMPHONY HEALTH BEKERJASAMA DENGAN DATAVANT UNTUK PANDANGAN PALING MENDALAM INDUSTRI BAGI PERJALANAN PESAKIT

Friday 13/03/2020



Pelanggan sains hayat akan memperoleh kefleksibelan untuk membina aset data khusus dan sesuai untuk penggunaan serta strategi untuk menyokong pembangunan dan penyampaian ubat yang menambah baik hidup

RALEIGH, N.C., 13 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- PRA Health Sciences (NASDAQ: PRAH) hari ini mengumumkan kerjasama antara Symphony Health dengan Datavant yang mengembangkan keluasan data yang tersedia untuk penyepaduan dan membolehkan syarikat sains hayat mendapatkan pandangan yang paling mendalam dan paling holistik bagi perjalanan pesakit dalam pasaran komersial.

Enjin nyahpengenalan Synoma® proprietari Symphony Health membolehkan penyepaduan set data pelengkap merentasi ekosistem kesihatan menggunakan token unik. Melalui kerjasama secara rapat dengan Datavant, Symphony Health memberi pelanggannya kefleksibelan untuk menyambungkan data yang disepadukan melalui Synoma kepada ratusan set data unik yang tersedia melalui Datavant.

Dengan memanfaatkan nyahpengenalan terbaik dalam kelasnya dan penyepaduan dengan enjin Synoma proprietari Symphony Health, pelanggan akan dapat menyambung, mengembang dan menganalisis semua jenis data berkaitan – rekod kesihatan elektronik, tuntutan perubatan dan farmasi, set data makmal diagnosis, demografi dan maklumat daripada peranti dipakai dan penderia pesakit yang dikumpul semasa percubaan klinikal. Memanfaatkan set data disepadukan ini, pelanggan kemudiannya boleh membina aset data khusus dan sesuai untuk penggunaan, strategi data tersuai dan membangunkan wawasan unik untuk perniagaan mereka dengan sokongan daripada pakar data PRA dan Symphony.

“Data yang berguna terdapat di banyak tempat, dan kerjasama ini akan membantu pelanggan kita menyatukan set data yang lebih besar untuk manfaat perniagaan mereka dan pesakit yang mereka berikan perkhidmatan,” kata Doug Fulling, Presiden, Symphony Health. “Kami komited untuk mencipta pandangan perjalanan pesakit yang menyeluruh dengan amaun data dinyahkenal yang tersedia – semuanya untuk meningkatkan pembangunan dan penyampaian terapi yang boleh mengubah hidup.”

“Data, analitis dan penyelesaian teknologi Symphony berada di pusat analitis komersial.” kata Travis May, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datavant. “Selama bertahun-tahun, PRA dan Symphony telah berjaya membantu klien mereka menavigasi sistem penjagaan kesihatan yang berubah-ubah. Kini, dengan membebaskan kuasa ekosistem data terbuka, pelanggan Symphony akan memiliki akses kepada lebih banyak data dengan lebih ketara, dan akan dapat mencipta strategi data yang diperibadikan untuk menyelesaikan masalah penjagaan kesihatan generasi yang seterusnya.”

PERIHAL PRA HEALTH SCIENCES

PRA (NASDAQ: PRAH) merupakan salah sebuah organisasi penyelidikan kontrak global utama melalui pendapatan, menyediakan pembangunan klinikal yang disumber luar dan perkhidmatan penyelesaian data kepada industri bioteknologi dan farmaseutikal. Platform pembangunan klinikal global PRA merangkumi lebih daripada 75 pejabat merentas Amerika Utara, Eropah, Asia, Amerika Latin, Afrika Selatan, Australia dan Timur Tengah, dan memiliki lebih 17,500 pekerja di seluruh dunia. Sejak tahun 2000, PRA telah mengambil bahagian dalam kira-kira 4,000 percubaan klinikal di seluruh dunia. Selain itu, PRA mengambil bahagian dalam ujian penting atau sokongan yang berjaya memperoleh kelulusan daripada Pentadbiran Makanan dan Ubatan A.S. atau pengawal selia antarabangsa untuk lebih 95 ubat.

PERTANYAAN PELABUR: InvestorRelations@prahs.com

PERTANYAAN MEDIA:
Laurie Hurst, Pengarah, Komunikasi dan Perhubungan Awam
HurstLaurie@prahs.com, +1.919.786.8435

PERIHAL SYMPHONY HEALTH

Symphony Health, iaitu subsidiari yang dimiliki sepenuhnya oleh PRA Health Sciences, ialah peneraju pembekal data bernilai tinggi, analisis dan penyelesaian teknologi bagi pengilang farmaseutikal, penyedia jagaan kesihatan dan pembayar. Syarikat tersebut membantu pelanggan memahami kejadian, prevalens, perkembangan, rawatan, dan pengaruh penyakit sepanjang proses pesakit dan pemberi preskripsi dengan menyambungkan dan menyepadukan set data utama dan sekunder yang luas serta menyediakan kepakaran penyelidikan, analisis dan perundingan. Data terbitan daripada Symphony Health meningkatkan keputusan pengurusan kesihatan dan membantu pelanggan memacu pertumbuhan hasil sementara memberikan pandangan dalaman yang kritikal tentang cara membuat penyesuaian yang berkesan untuk menghadapi ekosistem jagaan kesihatan yang berubah-ubah. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Symphony Health www.symphonyhealth.prahs.com.

PERIHAL DATAVANT

Misi Datavant adalah untuk menghubungkan data kesihatan dunia untuk meningkatkan hasil pesakit. Datavant bekerjasama dengan pemilik data dan pengguna untuk memastikan data boleh disambungkan untuk menguasakan analitis dan aplikasi generasi seterusnya sambil melindungi privasi pesakit. Datavant beribu pejabat di San Francisco. Ketahui lebih lanjut tentang Datavant di www.datavant.com.

PERTANYAAN MEDIA:
Bob Borek, Ketua Pemasaran & Kerjasama Strategik - pr@datavant.com 

SUMBER: PRA Health Sciences, Inc.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.