ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 09, 2024 -Khamis

 
  CGTN: DATA TERKINI MENUNJUKKAN LEBIH DARIPADA 36,000 PESAKIT TELAH PULIH DI WUHAN

Monday 16/03/2020



BEIJING, 16 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Di Wuhan di China tengah, pusat bagi wabak koronavirus itu, kes-kes COVID-19 yang baharu telah berkurangan kepada satu digit, dengan hanya empat yang dilaporkan pada Jumaat, demikian menurut sebuah video oleh CGTN.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20200314005025/en/

Lihat video penuh:https://news.cgtn.com/news/2020-03-14/Fight-to-Reunite-How-Wuhan-tackled-COVID-19-ORhUCzRIGs/index.html

Data terkini menunjukkan bahawa lebih daripada 36,000 orang pesakit telah pulih di Wuhan, yang mencakupi lebih 70 peratus daripada kes keseluruhannya. Bandar raya yang paling teruk dilanda wabak itu Wilayah Hubei di China tengah sedang menuju kepada pemulihan.

Ketika semakin ramai pesakit dibenarkan discaj dari hospital, kesemua 14 hospital sementara di bandar raya itu telah ditutup pada minggu ini.

Hospital-hospital ini, yang diubah suai daripada kemudahan awam, telah memberikan rawatan yang bertepatan pada masanya kepada pesakit yang mengalami gejala ringan. Mereka telah menerima lebih daripada 12,000 orang pesakit.

Kemajuan yang luar biasa seperti ini tidak diperolehi dengan mudah. Pengerahan sumber perubatan nasional yang cepat telah memainkan peranan penting di dalam mengekang wabak itu.

Untuk membantu dalam menangani wabak itu di Hubei, seramai 42,000 kakitangan perubatan dari seluruh negara telah dihantar ke wilayah itu. Kira-kira 65,000 buah peralatan perubatan termasuk ventilator dan ECMO (paru-paru buatan) telah dihantar ke Hubei pada 3 Mac.

Pelan rawatan seperti sokongan pernafasan dan terapi plasma telah diuji dan dilaksanakan. Perubatan Tradisional Cina membantu meringankan gejala bagi ramai pesakit dan memendekkan tempoh rawatan.

Hasil daripada langkah-langkah yang telah diambil, China kini telah melepasi puncak wabak itu, kata seorang jurucakap kerajaan pada Khamis.

Di luar Hubei, perniagaan secara beransur-ansur telah bangkit semula. Lebih 95 peratus daripada perusahaan yang melebihi saiz yang ditetapkan telah menyambung semula operasi, kata seorang pegawai pada Jumaat.

Dr. Bruce Aylward, ketua pasukan bagi misi bersama China-WHO bagi COVID-19 berkata mereplikakan kejayaan serangan balas China di tempat lain akan memerlukan kepantasan, wang, imaginasi dan keberanian politik.

Maklumat mengenai CGTN

Beribu pejabat di Beijing, CGTN beroperasi di televisyen dan secara dalam talian sebagai sebuah organisasi media berbilang bahasa dan berbilang platform. Ia mempunyai sebuah pasukan antarabangsa yang terdiri daripada kalangan profesional yang berpangkalan di Nairobi, Washington D.C. dan London.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20200314005025/en/

Hubungi

Jiang Simin, +86 18826553286
Jiang.simin@cgtn.com
www.cgtn.com

Sumber : CGTN

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.