ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 09, 2024 -Khamis

 
  PENYELIDIK NTHU MEMBANGUNKAN APLIKASI AI UNTUK MENJANAKAN IKLAN YANG MENARIK

Thursday 19/03/2020



Table
Sebuah pasukan penyelidikan yang diketuai oleh Wu Shan-hung (kiri) dan Liu Yi-wen dari NTHU telah membangunkan Aplikasi AI untuk menjanakan iklan yang menarik. (Foto: Universiti Nasional Tsing Hua)

HSINCHU, Taiwan 19 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Sebuah pasukan penyelidikan antara disiplin NTHU yang diketuai oleh Profesor Madya Wu Shan-hung dari Jabatan Sains Komputer, Profesor Madya Liu Yi-wen dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik, dan Profesor Kerusi Chang Cheng-shang dari Institut Kejuruteraan Komunikasi telah baru-baru ini membangunkan sebuah sistem automatik untuk pengeluaran iklan-iklan digital. Berdasarkan kepada maklumat yang diberikan oleh pengguna, sistem itu menjana pelbagai imej dan muzik, yang boleh diperhaluskan untuk menghasilkan produk akhir, dan dengan itu dapat mengurangkan dengan ketara masa dan kos dalam menghasilkan sesebuah iklan.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20200318005022/en/

Wu dan Chang telah mereka bentuk sebuah aplikasi rangkaian lawanan generatif bersyarat (CGAN) yang menghasilkan sebuah iklan berasaskan kepada sejumlah besar maklumat berkaitan yang diperolehi daripada internet dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI). Selepas itu, semua perkara yang perlu dilakukan adalah untuk mempunyai seorang pakar pengiklanan mengedit iklan itu dan menambahkan kemasan akhir.

Wu menjelaskan bahawa aplikasi itu menjalankan satu analisis rangkaian sosial yang menentukan unsur-unsur yang paling popular dan keutamaan pengguna untuk menjanakan iklan digital yang menarik perhatian dan susun atur skrin yang optimum. Sebagai contoh, pengguna itu memasukkan sekeping gambar bagi sebuah set katil dengan satu bulatan di sekeliling katil itu, dan sistem itu secara automatik menjanakan pelbagai iklan yang menonjolkan ciri-ciri unik katil itu.

Aplikasi itu boleh juga menjanakan iklan dengan model-model. Sebagai contoh, pengguna memasukkan sekeping gambar Keanu Reeves selepas membulatkan ciri-ciri tertentu yang beliau ingin kekalkan, seperti dahi dan mata, dan sistem itu akan menggabungkan ciri-ciri ini ke dalam sebuah imej baharu dengan ciri-ciri yang serupa.

Pasukan Wu telah bekerjasama dengan syarikat permulaan AppFinca untuk mengubah reka bentuk laman web bagi aplikasi itu yang dipanggil “Flora.” Selepas analisis, pasukan itu telah mengubah slogan pengiklanan Flora kepada “Beliau menanam pokok, dan kamu membesar,” dan juga menghasilkan satu skema warna yang bertenaga untuk menggantikan warna asal yang agak kusam yang digunakan untuk halaman itu.

Transformasi itu telah menghasilkan dalam Flora melonjak naik kepada tempat teratas di dalam kedudukan bagi Peranti Produktiviti Percuma di Apple App Store untuk Taiwan, menewaskan walaupun Gmail. Naib Presiden AppFinca, Sun Zhen-wei berkata kos itu hanya 60% daripada bayaran asal pengiklanan.

Aplikasi itu yang dibangunkan oleh pasukan penyelidikan itu juga menghasilkan nada pesona atau jingel. Mereka telah mengumpulkan 600 lagu dan menggunakannya untuk melatih sistem itu untuk menjanakan sebuah jingel berasaskan kepada lirik dan melodi, dan hasilnya boleh diselaraskan dari segi nada, warna bunyi atau timbre, dan irama. Walaupun jingel yang dijanakan oleh aplikasi itu tidak mungkin dicalonkan untuk sebuah Anugerah Grammy, sistem itu mempercepatkan dengan signifikan proses kreatif itu.

Pasukan penyelidikan itu telah menerbitkan sejumlah 19 artikel mengenai penyelidikan mereka, dan telah juga membentangkan pencapaian mereka di pelbagai persidangan antarabangsa, termasuk Persidangan bagi Sistem Pemprosesan Maklumat Neural dan Persidangan Antarabangsa mengenai Akustik, Ucapan, dan Pemprosesan Isyarat. Mereka juga mengadakan rundingan dengan United Microelectronics, Asus, untuk kegunaan komersil bagi sistem mereka.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20200318005022/en/

Hubungi

Holly Hsueh
(886)3-5162006
hoyu@mx.nthu.edu.tw

Sumber : NTHU

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.