ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 17, 2024 -Selasa

 
  DATAIKU 7 MEMBAWA KERJASAMA YANG LEBIH MENDALAM DAN BUTIRAN YANG BOLEH DIPERJELASKAN KEPADA AI PERUSAHAAN

Thursday 19/03/2020



Table
Ahli statistik kini boleh menggunakan Dataiku untuk melakukan analisis statistik lanjutan dalam format lembaran kerja dan kad yang biasa ketika bekerjasama dengan pasukan data atau analisis yang lebih luas. (Grafik: Business Wire)​

Versi terbaharu bagi Dataiku memperluaskan ciri-ciri bagi ahli statistik dan saintis data selain menambahkan penjelasan ramalan individu untuk semua


NEW YORK, 19 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hari ini Dataiku, AI Perusahaan dan platform pembelajaran mesin yang terkemuka, mengumumkan pengeluaran Dataiku 7, yang membawa penyepaduan yang lebih mendalam bagi kalangan profesional data teknikal untuk mengendalikan pembangunan projek pembelajaran mesin dan penjelasan peringkat barisan bagi AI kotak putih. Ciri-ciri tambahan menyorotkan dengan pengeluaran terbaru ini termasuk aplikasi web yang dikuasakan oleh Kubernetes untuk mengembangkan keupayaan yang diperkenalkan di dalam Dataiku 6 dan sebuah plugin pelabelan data yang dibantu oleh pembelajaran mesin.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20200318005008/en/

“Kerjasama telah menjadi teras bagi Dataiku sejak penubuhan kami pada tahun 2013, dan dengan Dataiku 7, kami terus menambahkan ciri-ciri yang mendalamkan falsafah kami untuk mendemokrasikan AI secara berkesan di dalam perusahaan itu,” kata Ketua Pegawai Eksekutif  Dataiku, Florian Douetteau. “Dengan pelancaran ini, Dataiku 7 adalah pengeluaran produk kedua berturut-turut kami yang memperluaskan ciri-ciri untuk AI yang boleh diperjelaskan, satu komponen kritikal bagi organisasi merentasi industri untuk berjaya dan memahami impak bagi hasil model AI mereka.”

Organisasi di seluruh dunia adalah komited kepada usaha AI perusahaan dari atas ke bawah, tetapi perjuangan untuk mendemokrasikan projek-projek dari bawah ke atas untuk memberikan lebih banyak akses secara individu kepada wawasan data yang boleh diambil tindakan. Dataiku 7 membawa lebih banyak orang ke meja melalui kerjasama dan memberi kuasa kepada individu dengan AI yang diperjelaskan bagi perniagaan untuk menggunakan data bagi keputusan hari ke hari dan membina projek-projek AI yang memberi impak.

Dengan pelancaran Dataiku 7, ciri-ciri baharu termasuk:

Sokongan untuk Analisis Statistik Lanjutan: Ahli statistik kini boleh menggunakan Dataiku untuk melakukan analisis statistik lanjutan di dalam format lembaran kerja dan kad yang biasa ketika bekerjasama dengan pasukan data atau analisis yang lebih luas. Pada masa lampau, ahli statistik lanjutan telah diturunkan kepada alat silo dengan tanpa kebolehlihatan bagi ahli bukan statistik, sekali gus mewujudkan cerutan di dalam tadbir urus dan penempatan projek AI.

Penjelasan Ramalan Lanjutan: Secara tradisinya, model pembelajaran mesin tidak termasuk wawasan tentang mengapa atau bagaimana mereka mencapai sesuatu hasil, menjadikannya sukar untuk secara objektif menjelaskan keputusan yang dibuat dan tindakan yang diambil berdasarkan kepada model-model ini. Penjelasan ramalan di dalam Dataiku membuka kotak hitam dengan menerangkan sifat, atau ciri-ciri, yang mempunyai impak terbesar pada hasil sesebuah model. Dataiku 7 termasuk kedua-dua penjelasan ramalan peringkat barisan di dalam set data output serta penggambaran interaktif bagi penjelasan ramalan individu.

Git untuk Kerjasama Pengekod yang Lebih Baik: Dengan penyepaduan Git yang dipertingkatkan di dalam Dataiku 7, saintis data (atau pengguna pertama kod yang lain) kini boleh membuat, memadam, menolak, dan menarik cabang-cabang Git secara langsung dari Dataiku. Ini membawa keuntungan kecekapan yang besar, kerana pengekod boleh menduplikasi projek-projek untuk dengan mudah mengubah sandbox dengan mudah, sekali gus tidak menjejaskan projek asal. Sebaik sahaja lelaran pada projek yang diduplikasi itu selesai, perubahan boleh digabungkan dengan lancar kembali kepada projek asal (dengan semua perubahan yang dikesan di dalam Git).

Lebih Keanjalan Dengan Kubernetes: Dataiku 7 memperluaskan pada keupayaan kluster Kubernet yang diuruskan dari Dataiku 6 dengan membolehkan pengguna untuk kini menjalankan aplikasi web pada kluster Kubernetes. Ini membolehkan lebih banyak pengguna secara serentak dan backend pelaksanaan yang cepat dan fleksibel untuk pergerakan AI yang mempunyai banyak sumber.

Sebuah Plugin Pelabelan untuk Pembelajaran Aktif: Data yang dilabel dengan betul adalah satu prasyarat untuk membuka wawasan secara tepat dan berkualiti dari model-model pembelajaran mesin dan keupayaan untuk melabel data dengan cepat sering mempercepatkan keseluruhan kitaran hayat analisis dengan melonggarkan langkah pengumpulan data yang menjemukan dan memakan masa. Pelabelan model yang memerlukan interaksi manusia yang baharu dan plugin pembelajaran aktif menyediakan satu suite bagi aplikasi web Dataiku untuk memudahkan proses pelabelan sama ada data adalah tabular, imej, atau juga bunyi.

Dataiku memberi kuasa kepada Global 2,000 untuk menukar set data yang besar menjadi wawasan yang dapat bertindak, mendemokrasikan projek-projek AI, dan inisiatif pembelajaran mesin secara besar-besaran. Dengan pengeluaran hari ini, Dataiku 7 meningkatkan kerjasama yang lebih mendalam dan AI yang boleh dijelaskan untuk membawa sains data kepada lebih ramai orang dengan platformnya yang berasaskan pasukan yang intuitif.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pengumuman hari ini dan untuk pandangan mendalam pada Dataiku 7, sila baca nota-nota siaran itu.

Untuk menerima sebuah demo bagi Dataiku, termasuk pandangan mengenai ciri-ciri baharu yang berfungsi, sila mendaftar untuk webinar pada 16 April.

Maklumat mengenai Dataiku

Dataiku adalah platform data berpusat yang mendemokrasikan penggunaan sains data, pembelajaran mesin, dan AI di dalam perusahaan. Dengan Dataiku, perniagaan diberi kuasa yang unik untuk bergerak sepanjang perjalanan data mereka dari penyediaan data kepada analisis secara berskala kepada AI Perusahaan. Dengan menyediakan satu titik persamaan untuk pakar-pakar data dan penjelajah, sebuah repositori bagi amalan terbaik, jalan pintas kepada pembelajaran mesin dan pengurusan/pergerakan AI, dan sebuah persekitaran yang berpusat dan terkawal, Dataiku adalah pemangkin bagi syarikat-syarikat yang dikuasakan oleh data.
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20200318005008/en/

Hubungi

Laurel Toney
Strange Brew Strategies
dataiku@strangebrewstrategies.com

Sumber : Dataiku

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.


--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.