ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 09, 2024 -Khamis

 
  YAYASAN JACK MA DAN YAYASAN ALIBABA MENGUMUMKAN SUMBANGAN KEPADA EMPAT BUAH NEGARA ASIA TENGGARA

Friday 20/03/2020



HANGZHOU, China, 20 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Yayasan Jack Ma dan Yayasan Alibaba hari ini mengumumkan sumbangan berupa bekalan perubatan kepada empat buah negara Asia Tenggara.

Kedua-dua yayasan itu telah dapat berhubungan dengan kerajaan Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina dan mencadangkan sumbangan bekalan perubatan. Matlamat yayasan-yayasan itu adalah untuk membantu dalam memerangi virus COVID-19 di negara-negara ini, dengan lebih banyak sokongan bakal disusuli untuk negara-negara jiran yang lain.  

“Kami berganding tangan dengan jiran-jiran kami di Asia untuk melawan COVID-19,” kata Yayasan Jack Ma ketika mengumumkan sumbangan itu kepada empat buah negara berkenaan. “Kami dan Yayasan Alibaba akan menghantar 2 juta topeng muka, 150,000 alat uji, 20,000 baju perlindungan dan 20,000 pelindung muka ke Indonesia, Malaysia, Filipina dan Thailand. Lebih banyak bantuan kepada negara-negara Asia yang lain sedang dihantar! Hidup Asia!”

Sumbangan yayasan itu disalurkan berikutan pengeluaran buku panduan digital pada Rabu yang disokong oleh mereka. Ia berkongsi pelajaran dan pengalaman penting dari doktor-doktor dan pentadbir dan kakitangan perubatan yang lain di sebuah hospital China di barisan hadapan bagi rawatan COVID-19 dan penting untuk memperlahankan penyebarannya.
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20200319005410/en/


Hubungi

Rico Ngai (Asia Tenggara)
Kumpulan Alibaba
+852 9725 9600
rico.ngai@alibaba-inc.com

Adam Najberg (Antarabangsa)
Kumpulan Alibaba
+852 5474 3262
adam.najberg@alibaba-inc.com

Sumber : Yayasan Jack Ma dan Yayasan Alibaba

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.