ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 10, 2024 -Jumaat

 
  TACONIC BIOSCIENCES MENYOKONG PENYELIDIKAN CORONAVIRUS

Monday 23/03/2020



Mengumumkan Alat Penyelidikan COVID-19 Praklinikal

RENSSELAER, N.Y., 23 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Taconic Biosciences, peneraju utama dalam menyediakan penyelesaian model haiwan penemuan ubat, mengumumkan sokongan untuk usaha penyelidikan COVID-19 global melalui Kit Alat Coronavirus baharu yang menampilkan model dan perkhidmatan yang relevan.

Model tikus telah digunakan secara meluas untuk penyelidikan pada virus SARS-CoV, yang berkait rapat dengan virus SARS-CoV-2 baharu yang menyebabkan COVID-19.  Taconic menawarkan banyak model haiwan dan perkhidmatan untuk menyokong penyelidikan COVID-19 dan memperkasakan perjuangan global terhadap penyakit ini. 

Model Kit Alat Coronavirus Taconic dikategorikan mengikut penggunaan: Model penyakit COVID-19, pembangunan dan penghasilan antibodi, penyelidikan dan pembangunan vaksin.

Kit alat merangkumi beberapa model proprietari, salah satu contohnya iaitu mencit knockout Ace2 yang tersedia kepada Taconic melalui perkongsian kami dengan pencipta Lexicon Pharmaceuticals.  Mencit knockout Ace2 digunakan untuk mengkaji sindrom pernafasan akut distres (ARDS), sejenis komplikasi COVID-19.  Taconic dan Lexicon bekerjasama untuk menskalakan pengeluaran bagi strain ini dengan agihan bersubsidi kepada penyelidik di seluruh dunia.  Contoh kedua termasuk mencit HLA pemanusiaan secara genetik (antigen leukosit manusia), yang mampu mencontohi respons vaksin manusia dengan lebih baik berbanding mencit biasa.  Akhir sekali, Taconic ialah salah sebuah daripada beberapa syarikat sahaja di dunia yang boleh menghasilkan mencit sistem imunisasi pemanusiaan pada skala yang membawa sel imunisasi manusia dalam mencit.

Selain model, penyelesaian pengurusan koloni Taconic juga memberikan kelegaan kepada makmal yang berdepan dengan sekatan, pengurangan kakitangan, atau penutupan sementara.  Perkhidmatan pengkrioawetan ditawarkan pada harga yang amat berdaya saing untuk memastikan keselamatan model diubah suai yang secara genetik yang bernilai untuk masa depan.  Apabila keutamaan penyelidikan berubah, Taconic juga menggalakkan penyelidik untuk mempertimbangkan penjanaan model tersuai sebagai laluan untuk menggerakkan penyelidikan ke depan tanpa memerlukan sumber manusia dalaman yang meluas.  Taconic mempunyai kit alat pengubahsuaian gen yang paling menyeluruh dan berlesen penuh dalam industri.

"Taconic berbangga untuk menyumbang kepada perjuangan global terhadap pandemik coronavirus.  Kami memandang berat misi kami untuk menyediakan penyelesaian model haiwan dan komited untuk memperkasakan penyelidikan COVID-19," kata Nancy J. Sandy, ketua pegawai eksekutif Taconic Biosciences. “Kami melaburkan sumber yang ketara untuk memastikan model kritikal ini tersedia bagi membolehkan kajian dengan segera.”

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Kit Alat Coronavirus, daripada Taconic Biosciences, sila hubungi Taconic di 1-888-TACONIC (888-822-6642) di AS, +45 70 23 04 05 di Eropah atau e-mel info@taconic.com.

Perihal Taconic Biosciences, Inc.

Taconic Biosciences ialah peneraju utama berlesen penuh dalam model dan perkhidmatan mencit yang direka bentuk secara genetik. Ditubuhkan pada tahun 1952, Taconic menyediakan penyelesaian haiwan terbaik agar pelanggan boleh memperoleh, menjana secara tersuai, membiak, menetapkan prasyarat, menguji dan mengagihkan model penyelidikan yang bernilai di seluruh dunia. Pakar dalam model mencit dan tikus yang direka bentuk secara genetik, mikrobiom, model mencit imuno-onkologi dan reka bentuk model bersepadu serta perkhidmatan pembiakan, Taconic mengendalikan tiga makmal perkhidmatan dan enam kemudahan pembiakan di A.S. dan Eropah, mengekalkan hubungan pengedar di Asia dan mempunyai keupayaan penghantaran global untuk membekalkan model haiwan ke banyak tempat di dunia.

Orang Hubungan Media: Kelly Owen Grover
Pengarah Komunikasi Pemasaran
(518) 697-3824
kelly.grover@taconic.com

Sumber: Taconic Biosciences

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.