ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 09, 2024 -Khamis

 
  LEDDARTECH MENAMBAH BAIK PASUKAN PENGURUSAN DENGAN PELANTIKAN 4 EKSEKUTIF DENGAN KEPAKARAN DALAM KERJASAMA STRATEGIK, PENGURUSAN PRODUK, PENGELUARAN DAN RANTAI BEKALAN

Tuesday 24/03/2020



QUEBEC CITY, 24 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- LeddarTech®, peneraju industri dalam teknologi LiDAR yang menyediakan platform auto dan mobiliti LiDAR paling serba boleh dan boleh skala di pasaran, berbangga untuk mengumumkan tambahan empat eksekutif pada syarikat. Selaras dengan perkembangan dan visi LeddarTech, individu-individu ini akan masing-masing memimpin bahagian dan mendukung piawai yang akan meningkatkan visi dan pembangunan, pengeluaran, rantai bekalan serta kerjasama strategik produk. 

Stéphane Rousseau, ahli profesional dengan lebih daripada 25 tahun pengalaman, telah dilantik sebagai Naib Presiden Operasi Global. En. Rousseau bertanggungjawab untuk memantau pengeluaran, kejuruteraan pengeluaran, pengurusan projek, pematuhan kualiti dan standard, IT dan Rantai Bekalan.

Dr. David Cheskis telah dilantik sebagai Naib Presiden Pengurusan Rangkaian Produk.  Beliau membawa lebih daripada 20 tahun pengalaman dalam kepakaran semikonduktor, optoelektronik, dan teknologi RF, takrifan produk, pemasaran teknikal dan pengurusan kepada peranan ini. Dr. Cheskis akan memantau rangkaian produk sistem pada cip (SoC), perisian dan modul LiDAR untuk automotif dan mobiliti.

Michael Poulin, yang telah bersama LeddarTech sepanjang sepuluh tahun lepas, telah dilantik sebagai Naib Presiden Kerjasama Strategik dan Pembangunan Koporat. Sebelum ini, En. Poulin memegang jawatan Naib Presiden Pengurusan Rangkaian Produk. Dalam peranan baru beliau, tanggungjawab utama beliau ialah kerjasama strategik dan Ekosistem Leddar™. Mandat beliau adalah untuk memaksimumkan manfaatkan semua pihak yang bekerja secara kolaboratif sebagai sokongan bagi platform automotif dan mobiliti LiDAR berdasarkan teknologi LeddarEngine™ LeddarTech. En. Poulin juga akan menerajui perancangan strategik korporat dan inisiatif pertumbuhan lain ke arah mengukuhkan kedudukan LeddarTech sebagai peneraju pasaran dalam teknologi penderiaan.

David Moon menyertai LeddarTech sebagai Pengarah Produk Automotif dalam pasukan Pengurusan Rangkaian Produk. En. Moon mempunyai lebih daripada 25 tahun pengalaman dalam industri semikonduktor dengan kepakaran yang meluas dalam produk penderiaan optik. En. Moon akan bertanggungjawab untuk mengurus pasukan yang bertanggungjawab terhadap produk SoC LiDAR automotif termasuklah platform perisian dan kerjasama dengan pasukan jualan dan pemasaran untuk menyokong pelanggan automotif dan keperluan pembangunan mereka.

“Saya berasa sukacita untuk mengalu-alukan pasukan kepimpinan ini ke LeddarTech”, kata En. Frantz Saintellemy, presiden dan COO LeddarTech. “Ahli profesional yang berpengalaman ini akan memaksimumkan keupayaan kita untuk menyokong jangkaan pertumbuhan hasil jangka masa terdekat ini sementara membolehkan kita meningkatkan lagi sokongan kita terhadap keperluan pelanggan”, rumus En. Saintellemy.

Perihal LeddarTech
LeddarTech ialah peneraju industri yang menyediakan platform LiDAR auto dan mobiliti paling serba boleh, dan boleh skala berdasarkan LeddarEngine™ unik, yang terdiri daripada suit SoC bergred automotif, keselamatan fungsian disahkan yang berfungsi selari dengan perisian pemprosesan isyarat proprietari LeddarSP™. Syarikat ini bertanggungjawab untuk beberapa inovasi dalam aplikasi penderiaan jauh mobiliti canggih, dengan lebih 70 teknologi berpaten (diluluskan atau menunggu kelulusan) meningkatkan ADAS dan keupayaan memandu berautonomi.

LeddarTech juga menyediakan pasaran mobiliti dengan penyelesaian modul LiDAR berprestasi tinggi berkeadaan pepejal untuk kenderaan ulang-alik berautonomi, trak, bas, kenderaan penghantaran dan teksi robot. Modul ini dibangunkan untuk menyokong pasaran mobiliti tetapi juga mempamerkan keupayaan platform auto dan mobiliti LeddarTech sebagai asas untuk dibina pembekal LiDAR lain.

Maklumat tambahan tentang LeddarTech boleh diakses di www.LeddarTech.com, dan pada LinkedInTwitterFacebook, dan YouTube.

Maklumat Hubungan: Daniel Aitken, Naib Presiden Pemasaran dan Komunikasi, LeddarTech
Tel.: +1-418-653-9000 samb. 232 Daniel.Aitken@Leddartech.com

Logo Leddar, LeddarTech, LeddarEngine, LeddarSP, LeddarCore, dan LeddarTech ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar LeddarTech Inc. Semua jenama lain, nama produk dan tanda ialah atau mungkin ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar yang digunakan untuk mengenal pasti produk atau perkhidmatan pemilik masing-masing. 

SUMBER: LeddarTech inc.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.