ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 09, 2024 -Khamis

 
  AJC MENCADANGKAN PETUNJUK PENTING UNTUK MEMPERKASAKAN PERNIAGAAN TANI ASEAN: BAGAIMANA UNTUK MENINGKATKAN PENYERTAAN DI DALAM RANTAIAN NILAI PERNIAGAAN TANI GLOBAL

Tuesday 24/03/2020



 Table
“Rantaian Nilai Global di ASEAN - Kertas Kerja 15: Perniagaan Tani” oleh Pusat ASEAN-Jepun (Grafik: Business Wire)

TOKYO, 24 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Adakah daya saing bagi perniagaan tani benar-benar meningkat di ASEAN? Jawapannya adalah ya menurut Pusat ASEAN-Jepun. Pusat itu memberikan satu penyelesaian kepada persoalan ini dengan meningkatkan penyertaan di dalam rantaian nilai global (GVC) bagi perniagaan tani di dalam laporan mereka, “Rantaian Nilai Global di ASEAN: Perniagaan Tani,” yang dikeluarkan hari ini (https://www.asean.or.jp/en/centre-wide-info/gvc_database_paper15/).

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20200324005240/en/
 
Perniagaan tani1 memainkan satu peranan penting di dalam pembangunan sosio-ekonomi bagi Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), yang menyumbang 12% bagi KDNK di ASEAN secara purata pada tahun 2018. Perniagaan tani juga menyediakan peluang pekerjaan dan mata pencarian kepada 100 juta orang, atau satu perenam bagi jumlah penduduk, dan keluarga mereka di ASEAN.

Ia juga merupakan satu sumber utama bagi pendapatan perdagangan di kebanyakan negara ASEAN. Eksport nilai tambahan ASEAN di dalam perniagaan tani berjumlah $102 bilion pada tahun 2015. Bahagian input asing yang digunakan di dalam eksport perniagaan tani ASEAN, atau rantaian ke belakang kepada GVC, adalah 20% daripada jumlah eksport kasar bagi ASEAN pada tahun 2015. Bahagian bagi nilai tambahan asing adalah lebih tinggi untuk produk makanan berbanding dengan produk pertanian. China, Amerika Syarikat dan Jepun adalah tiga penyumbang asing terbesar kepada eksport perniagaan tani ASEAN. Jumlah bagi nilai tambahan ASEAN yang digabungkan di dalam eksport negara-negara lain, juga dirujuk sebagai penyertaan ke hadapan di dalam GVC telah meningkat sejak tahun 1990.

Meningkatkan produktiviti di dalam pengeluaran pertanian adalah satu keutamaan dasar yang penting untuk menangani keselamatan makanan. Pada masa yang sama, sebahagian negara, terutamanya Kemboja, Lao PDR, dan Myanmar (negara-negara CLM), menghadapi kekurangan kapasiti pemprosesan makanan dan mengimport volum besar bagi makanan yang diproses untuk pasaran domestik mereka. Peralihan daripada pertanian mudah kepada industri pemprosesan makanan nilai tambahan yang lebih tinggi adalah satu keutamaan bersama di ASEAN.

Mengambil bahagian di dalam dan menggerakkan perniagaan tani GVC boleh memberikan ASEAN peluang untuk meningkatkan keupayaan produktif mereka dengan menggunakan input dan teknologi asing yang cekap yang diperolehi menerusi operasi pelaburan langsung asing (FDI) dan mod bukan ekuiti (NEM).

Jepun telah menjadi sebuah penyokong yang kuat bagi perniagaan tani di ASEAN. Terdapat satu usaha bersama oleh Kerajaan Jepun dan sektor swasta untuk mengembangkan perniagaan tani di ASEAN dan mengintegrasikannya ke dalam GVC.

Dalam usaha untuk mengambil bahagian secara berkesan di dalam perniagaan tani GVC, Pusat itu mencadangkan satu set yang terdiri daripada tiga kumpulan cadangan dasar untuk meningkatkan produktiviti.
  • ASEAN sepatutnya mensasarkan untuk meningkatkan persekitaran yang dapat membantu untuk menggalakkan perdagangan dan menarik FDI di dalam perniagaan tani, yang menghubungkan pengeluar tempatan dengan rantaian bekalan global dan mencetuskan pemindahan teknologi dan meningkatkan produktiviti.
  • ASEAN perlu meningkatkan kapasiti penyerapan bagi pengeluar makanan tempatan, termasuk petani pekebun kecil dan PKS, untuk merealisasikan limpahan teknologi itu.
  • Tambahan pula, bagi memastikan kualiti bagi FDI dan NEM untuk pembangunan mapan, ASEAN harus menggalakkan pelaburan yang bertanggungjawab di dalam pertanian dengan menyokong amalan antarabangsa, seperti Prinsip bagi Pelaburan Pertanian Bertanggungjawab.
 1 Perniagaan tani di dalam kertas kerja ini ditakrifkan untuk merangkumi hanya industri pertanian dan pemprosesan makanan disebabkan oleh pembatasan data. Industri lain di dalam rantaian nilai itu, seperti pengedaran, peruncitan, dan perniagaan lain (misalnya restoran) dengan itu tidak dimasukkan.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20200324005240/en/

Hubungi

Pusat ASEAN-Jepun
Tomoko Miyauchi
toiawase_ga@asean.or.jp
https://www.asean.or.jp/en/

Sumber : Pusat ASEAN-Jepun

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.