ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  KENYATAAN MEDIA YB DATO' DR MOHD. KHAIRUDDIN AMAN RAZALI, MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI, 25 MAC 2020 (RABU), PUTRAJAYA

Wednesday 25/03/2020



PUTRAJAYA, 25 Mac (Bernama) --

TAJUK: HUBUNGAN PERDAGANGAN DAN INDUSTRI MINYAK SAWIT MALAYSIA – INDIA DIJANGKA BERTAMBAH BAIK DENGAN KEPUTUSAN KERAJAAN TIDAK MEMPERBAHARUI 5 PERATUS DUTI IMPORT 


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.  

India sememangnya merupakan pengimport utama minyak sawit Malaysia dengan sejarah hubungan yang telah diwujudkan sejak 6 dekad yang lalu. Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, beberapa siri peristiwa telah mencetuskan tren kejatuhan signifikan dalam eksport minyak sawit Malaysia ke India. Antaranya pengenalan duti import 5 peratus ke atas produk minyak sawit ditapis dari Malaysia bermula pada 4 September 2019. Dalam hal ini, Malaysia menyambut baik tindakan India untuk tidak memperbaharui arahan tersebut pada 4 Mac 2020. 

Bagi pihak YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Kabinet Malaysia, kami mengalu-alukan serta mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan India atas keputusan ini. Kerajaan baharu UNTUK SIARAN SEGERA melihat langkah Kerajaan India ini sebagai positif yang menandakan keterbukaan untuk mewujudkan semula hubungan rapat dari aspek perdagangan dan budaya yang telah lama terjalin di antara keduadua negara. Bagaimanapun, Malaysia juga mengakui bahawa kedua-dua negara perlu berbincang lebih lanjut mengenai beberapa isu termasuk notifikasi sekatan eksport minyak sawit ke India dan ketidakseimbangan perdagangan yang berpihak kepada Malaysia. 

Apabila keadaan pandemik COVID-19 telah pulih, saya akan mengetuai delegasi Malaysia ke India untuk membincangkan hala tuju strategik yang berkaitan dengan perdagangan, khususnya dalam sektor komoditi demi manfaat kedua-dua negara. Saya sangat yakin dengan sejarah hubungan rapat antara kedua-dua negara, usaha Malaysia akan diterima baik oleh Kerajaan India.

Dalam hal ini, YAB Perdana Menteri Malaysia bersedia untuk bertemu dengan TYT Perdana Menteri India, Narendra Modi untuk mengeratkan lagi hubungan baik antara kedua-dua negara. 

Saya juga turut berdoa agar keadaan pandemik COVID-19 yang kini dialami oleh seluruh dunia segera pulih dan rakyat dapat menjalani kehidupan seperti biasa. 

SUMBER : Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Siti Hajar Zulkefle 
Pegawai Komunikasi Strategik II
Unit Komunikasi Korporat
Tel: 03 - 88873381 / 017-3915951
Faks: 03-8887 8205

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.