ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 09, 2024 -Khamis

 
  MENGGALAKKAN PERDAGANGAN PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DALAM ASEAN MEMBUKTIKAN DAPAT MERANGSANG PERTUMBUHAN EKONOMI SERANTAU -- KATA PUSAT ASEAN-JEPUN

Friday 27/03/2020



Table
“Menggalakkan Perdagangan Perkhidmatan di ASEAN: Perdagangan dalam Perkhidmatan Pendidikan” oleh Pusat ASEAN-Jepun (Grafik: Business Wire)

TOKYO, 27 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Perkhidmatan pendidikan adalah satu daripada tiga mata pelajaran perkhidmatan sosial1 untuk dikaji oleh Pusat ASEAN-Jepun (AJC) untuk menggalakkan perdagangan perkhidmatan sosial.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20200326005246/en/

Tugas ekonomi utama bagi perkhidmatan pendidikan adalah untuk membina modal insan yang memenuhi keperluan kemahiran bagi pasaran buruh, untuk meningkatkan produktiviti dan daya saing dan, dengan itu, merangsangkan pertumbuhan ekonomi, kata AJC dalam laporan mereka “Menggalakkan Perdagangan Perkhidmatan dalam ASEAN: Perkhidmatan Pendidikan” (https://www.asean.or.jp/en/trade-info/pst2_papers/).

Negara-negara ASEAN semakin mengambil bahagian di dalam kebanyakan jenis dan mod perdagangan dalam perkhidmatan pendidikan, tetapi terutamanya sebagai pengimport. Pada tahun 2017, dalam Mod 2 (penggunaan di luar negara -- satu daripada empat mod bagi bekalan perkhidmatan), lebih daripada 285,000 orang pelajar dari semua negara ASEAN belajar di luar negara, berbanding dengan 144,000 orang pada tahun 2000. Berhubung dengan eksport bagi pendidikan tinggi melalui Mod 2, pada tahun 2017, ASEAN menjadi tuan rumah kepada 200,000 orang pelajar asing, kebanyakannya belajar di tiga buah negara: Malaysia (100,000), Singapura (53,000) dan Thailand (32,000). Eksport ini berkait rapat dengan tarikan “kampus-kampus cawangan antarabangsa” (IBC).

Aliran perdagangan kedua terbesar dari segi nilai (dan terbesar dari segi volum) ialah jualan bagi sekolah-sekolah antarabangsa (Mod 3 - kehadiran komersial). Bilangan sekolah di kebanyakan negara ASEAN telah berkembang pesat dalam beberapa tahun kebelakangan ini, seperti juga dengan pendaftaran (daripada 300,000 murid pada tahun 2015 kepada 520,000 orang pada tahun 2019), memandangkan kerajaan telah meliberalisasikan secara beransur-ansur akses bagi anak-anak tempatan ke sekolah-sekolah ini. Pada tahun 2019, pendapatan yuran tusyen bagi sekolah-sekolah antarabangsa di ASEAN telah melebihi $5 bilion.

Perdagangan ASEAN melalui Mod 4, pergerakan bagi orang sebenar (profesor, guru dan penyelidik yang bekerja di luar negara secara sementara), kebanyakannya adalah diimport, yang cukup signifikan, disebabkan oleh perkembangan pesat bagi kehadiran komersial (Mod 3). 33,000 guru asing di enam negara ASEAN dengan bilangan sekolah antarabangsa terbesar menjanakan anggaran gaji tahunan (dan import melalui Mod 4) hampir $800 juta.

Perdagangan melalui Mod 1 (aliran merentas sempadan bagi perkhidmatan yang berkaitan dengan jarak, pendidikan dalam talian untuk mendapatkan sebahagian besarnya segulung ijazah universiti atau sekeping sijil), walaupun menampakkan permulaan yang baik, tidak mencapai kejayaan yang diharapkan.

Perkembangan bagi perdagangan pendidikan ASEAN dapat dilakukan disebabkan oleh liberalisasi dan penyahkawalseliaan. Secara purata, tidak termasuk Mod 4, berdasarkan kepada komitmen liberalisasi bagi Perjanjian Rangka Kerja ASEAN bagi Perkhidmatan (AFAS), yang dipanggil indeks Hoekman mengambil nilai 0.84 (1 bersamaan dalam kes ini dengan liberalisasi penuh) bagi semua negara ASEAN. Kebanyakan negara agak terbuka kepada Mod 1 dan 2 bagi perdagangan. Mod 3 import, yang menjana juga perdagangan dalam mod lain, adalah yang paling kurang komited kepada liberalisasi di dalam AFAS, menurunkan indeks keseluruhan bagi liberalisasi untuk perdagangan pendidikan.

Liberalisasi adalah perlu tetapi tidak merupakan syarat yang mencukupi untuk menarik FDI ke dalam pendidikan tinggi. Langkah-langkah tambahan juga diperlukan untuk mengurangkan risiko pelaburan dan meningkatkan peluang untuk menarik pelaburan asing, termasuk penubuhan rangka kerja pengawalseliaan yang jelas, stabil dan telus bagi aktiviti institusi pengajian tinggi asing (IPT). Penglibatan Kerajaan mungkin diperlukan di dalam memilih, menarik dan membawa universiti-universiti asing yang berkualiti tinggi ke sebuah negara tuan rumah.

Satu lagi tugas dasar penting bagi kerajaan adalah untuk meningkatkan faedah dan mengelakkan atau mengurangkan risiko perdagangan di dalam perkhidmatan pendidikan. Ini dibezakan oleh mod perdagangan. Import melalui Mod 2 membesarkan modal insan, jika graduan pulang ke negara mereka. Jika tidak, mereka menjadi diaspora mahir. Kerajaan boleh memudahkan kepulangan graduan (dengan, sebagai contoh, mengiktiraf ijazah-ijazah asing) dan mengurangkan pengaliran cerdik pandai melalui menggalakkan ahli-ahli diaspora yang berkemahiran tinggi untuk kembali atau terlibat dalam interaksi yang bermanfaat dengan negara asal. Kehadiran komersial bagi IPT asing juga boleh mengurangkan import bagi pendidikan tertiari melalui Mod 2, kerana ia menyediakan satu pilihan dan insentif (kos yang lebih rendah) bagi pelajar tempatan untuk mendapatkan ijazah asing yang bernilai tanpa perlu meninggalkan negara mereka. Ia juga boleh mengurangkan kekurangan tenaga mahir, jika IBC pakar dalam kursus-kursus yang tidak terdapat di negara itu.

Pembukaan kepada kehadiran komersial mungkin tidak mencukupi untuk merangsangkan perdagangan, sekiranya terdapat sekatan ke atas cara lain yang berkaitan dengan penghantaran atau kekangan yang melampaui dasar perdagangan seperti dasar visa dan imigresen. Kebimbangan mengenai kualiti peruntukan asing dan kemasukan “kilang-kilang ijazah” harus dikurangkan dengan memantau kemasukan dan menyediakan infrastruktur jaminan berkualiti. Penerimaan aspek Kerangka Jaminan Kualiti ASEAN (AQAF), menangani dengan jaminan dan menyelaraskan kualiti kelayakan dalam pendidikan tinggi, boleh membantu dalam hal ini.

Satu isu dasar pendidikan yang penting adalah kunci untuk mengekalkan pelabur sedia ada, menggalakkan mereka untuk menaik taraf dan bagi menarik pelabur baharu kepada aktiviti yang lebih maju, bergantung kepada pekerja mahir.

1Dua lagi perkhidmatan sosial adalah perkhidmatan yang berkaitan dengan kesihatan dan sosial serta perkhidmatan alam sekitar. Kajian bagi yang pertama telah diterbitkan oleh AJC (https://www.asean.or.jp/en/trade-info/pst2_papers/).

Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20200326005246/en/

Hubungi

Pusat ASEAN-Jepun
Tomoko Miyauchi
toiawase_ga@asean.or.jp
https://www.asean.or.jp/en/

Sumber : Pusat ASEAN-Jepun

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.