ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 09, 2024 -Khamis

 
  MOSFET KUASA 80V N-SALURAN TOSHIBA DIPASANG DENGAN PROSES GENERASI TERKINI MEMBANTU MENINGKATKAN KECEKAPAN BEKALAN KUASA

Monday 30/03/2020



Table
Toshiba: MOSFET kuasa 80V N-saluran “siri U-MOS X-H” (Foto: Business Wire)

- Memperluaskan barisan produk bagi siri MOSFET kuasa U-MOS X-H -

TOKYO, 30 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation (“Toshiba”) telah menambahkan MOSFET kuasa 80V N-saluran kepada “siri U-MOS X-H” mereka yang dipasang dengan proses generasi terkini. MOSFET yang baharu itu sesuai untuk menukar ganti bekalan kuasa di dalam peralatan perindustrian yang digunakan di pusat data dan stesen pangkalan komunikasi.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: 
https://www.businesswire.com/news/home/20200329005003/en/

Barisan produk yang diperluaskan itu  termasuk “TPH2R408QM,” yang ditempatkan di SOP Advance, sebuah pembungkusan jenis peletakan permukaan, dan “TPN19008QM,” yang ditempatkan di dalam sebuah pakej TSON Advance. Pengiriman bermula hari ini.

Saliran sumber On-rintangan di dalam produk 80V U-MOS X-H yang baharu itu, yang dihasilkan dengan proses generasi terkini, adalah kira-kira 40% lebih rendah daripada produk 80V di dalam produk siri U-MOS VIII-H proses generasi semasa. Keseimbangan di antara saliran sumber On-rintangan dan ciri-ciri cas get[1] juga telah dipertingkatkan[2] dengan mengoptimumkan struktur peranti. Hasilnya, produk baharu itu mempunyai pembaziran kuasa terendah[3] di dalam industri.

Toshiba sedang memperluaskan barisan produk mereka yang mengurangkan pembaziran kuasa untuk membantu mengurangkan penggunaan kuasa peralatan.

Penggunaan
  • Kuasa menukar ganti membekalkan (Kecekapan tinggi penukar AC-DC, penukar DC-DC, dan sebagainya)
  • Peralatan kawalan motor (Pemanduan motor, dan sebagainya)
Ciri-ciri
  • Pembaziran kuasa terendah[3]  di dalam industri (dengan meningkatkan keseimbangan di antara ciri-ciri[2] On-rintangan dan cas get)
  • Tahap On-rintangan terendah di dalam industri[3]:
            RDS(ON)=2.43mΩ (maksimum) @VGS=10V (TPH2R40QM)
            RDS(ON)=19mΩ (maksimum) @VGS=10V (TPN19008QM)
  • Kadar suhu saluran tinggi: Tch = 175 ℃
Spesifikasi Utama
Sila klik di sini


Nota:
[1] Jumlah cas get (sumber get dan saliran get), cas suis get, cas output
[2] Berbanding dengan TPH4R008NH (siri U-MOS VIII-H), TPH2R408QM telah meningkatkan saliran sumber On-rintangan mereka x jumlah cas get dengan kira-kira 15%, saliran sumber On-rintangan x cas suis get sebanyak kira-kira 10% dan saliran sumber On-rintangan x cas output sebanyak kira-kira 31%.
[3] Setakat 30 Mac, 2020, kaji selidik Toshiba.
 
Ikuti pautan di bawah untuk maklumat lanjut mengenai produk baharu itu.
TPH2R408QM
https://toshiba.semicon-storage.com/info/lookup.jsp?pid=TPH2R408QM
TPN19008QM
https://toshiba.semicon-storage.com/info/lookup.jsp?pid=TPN19008QM

Ikuti pautan di bawah untuk maklumat lanjut mengenai barisan produk MOSFET Toshiba 12-300V.
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/mosfet/lv-mosfet.html

Untuk menyemak ketersediaan bagi produk baharu itu di pengedar dalam talian, sila layari:
TPH2R408QM
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/semiconductor/where-to-buy/stockcheck.TPH2R408QM.html
TPN19008QM
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/semiconductor/where-to-buy/stockcheck.TPN19008QM.html

*Nama syarikat, nama produk, dan nama perkhidmatan adalah merupakan tanda perniagaan bagi syarikat mereka masing-masing.

Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Penjualan & Pemasaran Peranti Kuasa
Tel: +81-3-3457-3933
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html

Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation menggabungkan kecergasan sebuah syarikat baharu dengan kebijaksanaan pengalaman. Sejak menjadi sebuah syarikat persendirian pada Julai 2017, kami telah mengambil tempat kami di kalangan syarikat peranti am yang terkemuka, dan menawarkan penyelesaian yang cemerlang kepada pelanggan dan rakan perniagaan kami di dalam semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD.

Seramai 22,000 orang pekerja kami di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk kami, dan memberi penekanan kepada kerjasama erat dengan pelanggan untuk menggalakkan penciptaan bersama bagi nilai dan pasaran baharu. Syarikat itu berharap untuk membina di atas jualan tahunan sekarang yang melebihi 750 bilion yen (AS$6.8 bilion) dan untuk menyumbang kepada sebuah masa hadapan yang lebih baik untuk orang ramai di mana jua.
Perolehi maklumat lanjut mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/top.html

Lihat versi sumber di  businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20200329005003/en/

Hubungi

Pertanyaan Media:
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Jabatan Pemasaran Digital
Chiaki Nagasawa
Tel: +81-3-3457-4963
e-mel: semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp

Sumber : Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.