ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  KUMPULAN APTORUM BEKERJASAMA DENGAN COVAR PHARMACEUTICALS UNTUK MENYIASAT TERHADAP SEKURANG-KURANGNYA 3 CALON UBAT-UBATAN (SACT-COV19) YANG DIGUNA SEMULA UNTUK TUJUAN LAIN BAGI PENYAKIT KORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI BAWAH PLATFORM SMART-ACT™ SEDIA ADA DAN PLATFORM ACTICULE PENYAKIT BERJANGKIT

Tuesday 31/03/2020



NEW YORK, 31 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Aptorum Group Limited (Nasdaq: APM) (“Kumpulan Aptorum”), sebuah syarikat biofarmaseutikal yang memberi tumpuan kepada pembangunan terapeutik baharu untuk keperluan yang tidak dipenuhi termasuk tetapi tidak terhad kepada bidang penyakit berjangkit, yang jarang ditemui dan metabolik, hari ini mengumumkan bahawa ia sedang memulakan satu penyelidikan tambahan dan projek pembangunan yang mensasarkan kumpulan koronavirus dan telah melengkapkan penyaringan awal di bawah platform Smart-ACT™, sebuah platform guna semula untuk tujuan lain dan penemuan ubat baharu, bagi memilih, daripada lebih 2,600 molekul ubat kecil yang diluluskan, sekurang-kurangnya 3 calon berpotensi untuk penyiasatan praklinikal lanjutan terhadap penyakit koronavirus baharu itu, COVID-19. Kumpulan Aptorum bekerjasama dengan Covar Pharmaceuticals yang berpangkalan di Toronto dan juga telah mengadakan perjanjian dengan Jabatan Mikrobiologi Universiti Hong Kong untuk menjalankan penyiasatan praklinikal lanjutan terhadap calon-calon yang dipilih sebelum mendapatkan kelulusan daripada agensi-agensi pengawalseliaan bagi memulakan ujian klinikal ke atas calon-calon yang sesuai.

Khususnya, Kumpulan Aptorum akan memberi tumpuan kepada penyiasatan bagi sekurang-kurangnya tiga ubat molekul kecil (secara kolektif “SACT-COV19”), yang telah menunjukkan potensi gangguan terhadap dua sasaran enzim iaitu 3CL-Protease dan RNA Polymerase yang bergantung kepada RNA (“RDRP”), dengan kedua-duanya memainkan peranan penting di dalam kitaran replikasi COVID-19. Secara khusus, 3CL-Protease dipercayai menjadi pengantara replikasi virus dan fungsi transkripsi melalui pemprosesan proteolitik yang meluas, manakala RDRP adalah sebuah enzim yang dipercayai menjadi pemangkin kepada replikasi virus RNA daripada templat RNAnya. Calon-calon yang dipilih ini akan menjalani penilaian praklinikal yang lebih lanjut berhubung keberkesanan terhadap COVID-19. Kumpulan Aptorum telah memfailkan permohonan paten ke atas calon-calon di atas.

Untuk penyiasatan dan usaha praklinikal yang berterusan itu, Kumpulan Aptorum bekerjasama dengan Covar Pharmaceuticals yang berpangkalan di Toronto dan juga Kumpulan Aptorum telah menjalin kontrak dengan Universiti Hong Kong untuk menjalankan usaha ini. Pasukan Covar Pharmaceutical (yang terdiri daripada kalangan profesional yang sebelum ini dari Patheon dan Glaxo Wellcome)1 sangat berpengalaman di dalam penemuan dan pembangunan ubat-ubatan yang disokong oleh kemudahan pembuatan GMP mereka. Pasukan Mikrobiologi Universiti Hong Kong telah memainkan peranan penting di dalam penemuan virus SARS semasa wabak2 tahun 2003 itu, dan kini terlibat secara aktif dalam minat penyelidikan masing-masing, dalam membangunkan vaksin untuk SARS-CoV-2 koronavirus3 dan peranti fizikal pengawasan COVID-19 yang berkaitan dengan pihak ketiga4 yang lain.

Kumpulan Aptorum akan juga mencari rakan usaha sama tambahan di seluruh dunia bagi memacukan perkembangan inisiatif SACT-COV19 mereka ke hadapan dan mengalu-alukan pihak yang berminat untuk menghubungi kami bagi membincangkan peluang-peluang kerjasama.

Kumpulan Aptorum, sebagai sebahagian daripada saluran mereka yang sedia ada, juga sedang membangunkan beberapa petunjuk penyakit berjangkit di bawah platform Acticule mereka, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, calon molekul kecil antiviral yang unik (ALS-1) terhadap virus Influenza dan juga, sebagai program utama mereka, sebuah calon molekul kecil yang anti-virulen dan bukan bakterisidal (ALS-4) terhadap jangkitan Staphylococcus aureus, di antara projek-projek lain, yang mana Covar Pharmaceuticals juga pada masa ini menyokong perkembangannya di Amerika Utara.

Encik Ian Huen, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Kumpulan Aptorum berkata, “Penyakit COVID-19 sangat berjangkit dan telah merebak ke seluruh dunia menyebabkan gangguan dan kematian yang ketara dalam proses itu. Kes-kes yang disahkan di seluruh dunia telah melebihi 700,000 setakat tarikh5 hari ini dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah mengisytiharkan COVID-19 sebagai satu pandemik. Walaupun semakin banyak syarikat farmaseutikal yang sudah mantap dan baru ditubuhkan sedang berusaha untuk membangunkan terapi yang berasaskan vaksin untuk COVID-19, kami percaya terdapat satu keperluan untuk menangani penyakit ini secara pelbagai dimensi dan dengan kadar segera. Untuk mempercepatkan pembangunan, matlamat kami adalah untuk mengenal pasti calon-calon daripada ubat-ubatan yang telah diluluskan, yang telah mewujudkan profil klinikal keselamatan, ketoksikan dan farmakokinetik, bagi diguna semula untuk tujuan lain bagi merawat COVID-19. Di samping itu, disebabkan oleh mutasi dan evolusi koronavirus yang berterusan ini, kami tidak boleh menolak kemungkinan bahawa akan terdapat strain koronavirus selanjutnya yang akan muncul dalam masa terdekat dan oleh itu, dunia harus bersedia untuk menghadapi cabaran-cabaran seperti itu dengan cepat dan secara kolektif untuk meminimumkan kematian dan kerugian dari segi ekonomi. Kami percaya bahawa platform Smart-ACT™ oleh Kumpulan Aptorum yang kerjasama dengan keupayaan pembangunan penyakit berjangkit Acticule kami yang sedia ada dan sepertimana yang disokong oleh Covar Pharmaceuticals, berada pada kedudukan yang baik untuk membangunkan penyelesaian yang berpotensi dan untuk menyampaikan sumbangan kami kepada dunia berhubung penyakit ini sama seperti pihak lain.”

Maklumat mengenai Platform Smart-ACT™

Platform Smart-ACT™ adalah sebuah proses sistematik proprietari yang menggabungkan kedua-dua pendekatan pengkomputeran dan pengesahan makmal basah di mana Kumpulan Aptorum sentiasa menyaring lebih daripada 2,600 ubat molekul kecil yang diluluskan untuk mengenal pasti calon-calon yang boleh diguna semula untuk penyakit yang jarang ditemui atau tidak dipenuhi yang terpilih. Matlamat strategik keseluruhan adalah untuk dengan ketara memendekkan kos R&D dan garis masa bagi menyampaikan secara berkesan calon-calon ubat guna semula untuk tujuan lain yang dipatenkan ke dalam ujian klinikal dan pada akhirnya mencapai pengkomersialan pasaran dengan berkesan.

Maklumat mengenai Aptorum Group Limited

Aptorum Group Limited (Nasdaq: APM) adalah sebuah syarikat farmaseutikal yang berdedikasi kepada membangun dan mengkomersialkan teknologi terapeutik baharu bagi menangani keperluan perubatan yang tidak dipenuhi. Saluran ubat-ubatan oleh Kumpulan Aptorum pada masa ini termasuk petanda dalam penyakit yang jarang ditemui, penyakit berjangkit dan penyakit metabolik dan beberapa yang disasarkan untuk memasuki fasa ujian klinikal pada tahun 2020. Pil-pil Dioscorea Opposita Bioactive Nutraceutical keluaran Kumpulan Aptorum, yang merupakan sejenis tambahan diet untuk kesihatan wanita semasa menopaus dan kitaran pasca menopaus, sedang dikomersialkan pada masa ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai Kumpulan Aptorum, sila layari www.aptorumgroup.com.

Penafian dan Kenyataan yang Berpandangan ke Hadapan

Siaran media ini termasuk kenyataan yang berkaitan dengan Aptorum Group Limited dan jangkaan, rancangan dan prospek masa hadapan mereka yang membentuk “kenyataan yang berpandangan ke hadapan” dalam erti maksud Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995. Untuk tujuan ini, apa-apa kenyataan yang terkandung di sini yang bukan merupakan kenyataan berbentuk fakta sejarah boleh dianggap sebagai kenyataan yang berpandangan ke hadapan. Dalam kes tertentu, anda boleh mengenal pasti kenyataan yang berpandangan ke hadapan dengan terma seperti “mungkin,” “sepatutnya,” “mengharapkan,” “merancang,” “menjangka,” “boleh,” “berhasrat,” “mensasarkan,” “projek,” “memperhatikan,” “percaya,” “anggaran,” ”meramalkan,” “berpotensi,” atau “meneruskan”, atau maksud negatif bagi istilah atau ungkapan yang serupa. Kumpulan Aptorum telah mendasarkan kenyataan-kenyataan yang berpandangan ke hadapan ini, yang termasuk kenyataan yang berkaitan dengan tempoh masa yang diunjurkan untuk permohonan penyerahan dan ujian, sebahagian besarnya pada jangkaan dan ramalan semasa mengenai peristiwa dan trend masa hadapan yang ia percaya dapat mempengaruhi perniagaan, keadaan kewangan dan hasil operasi mereka. Kenyataan-kenyataan yang berpandangan ke hadapan ini hanya melibatkan setakat tarikh siaran media ini dan adalah tertakluk kepada beberapa risiko, ketidakpastian dan andaian yang termasuk, tanpa had, risiko yang berkaitan dengan perubahan pengurusan dan organisasi yang mereka telah umumkan, perkhidmatan dan ketersediaan berterusan bagi kakitangan utama, keupayaan mereka untuk memperluaskan pelbagai produk mereka dengan menawarkan produk tambahan bagi segmen pengguna tambahan, hasil pembangunan, strategi pertumbuhan syarikat itu yang dijangkakan, trend dan cabaran yang dijangkakan di dalam perniagaan mereka, dan jangkaan mereka berhubung, dan kestabilan bagi, rantaian bekalan mereka, dan risiko itu yang dihuraikan dengan lebih jelas di dalam Borang 20-F bagi Kumpulan Aptorum dan fail lain yang dikemukakan oleh Kumpulan Aptorum kepada SEC pada masa hadapan. Akibatnya, unjuran yang dimasukkan di dalam kenyataan berpandangan ke hadapan itu adalah tertakluk kepada perubahan. Kumpulan Aptorum tidak bertanggungjawab untuk mengemaskini sebarang kenyataan yang berpandangan ke hadapan yang terdapat dalam siaran media ini hasil daripada maklumat baharu, peristiwa masa hadapan atau sebaliknya.

1 https://www.covarpharma.com/

2 https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3747526/

3 https://fightcovid19.hku.hk/tag/vaccine/

4 https://www.scmp.com/business/article/3073869/
hong-kong-researchers-join-us-tech-start-remotely-monitor-covid-19


5 https://www.arcgis.com/apps/opsdashboard/
index.html#/bda7594740fd40299423467b48e9ecf6


Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20200330005263/en/

Hubungi

Pelabur:
Tel: +852 2117 6611
E-mel: investor.relations@aptorumgroup.com

Media:
Tel: + 852 2117 6611
E-mel: info@aptorumgroup.com

Sumber : Aptorum Group Limited

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.