ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  KEIO PLAZA HOTEL TOKYO MENAWARKAN BUFET PENCUCI MULUT STRAWBERI MELAKSANAKAN LANGKAH BERJAGA-JAGA BERHUBUNG KORONAVIRUS

Wednesday 01/04/2020



Table
Bufet pencuci mulut Strawberi yang dibuat dalam tema “Strawberi dan Susu” akan bermula dari 1 Mei hingga 31 Mei, 2020. (Foto: Business Wire)
 
TOKYO, 1 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Keio Plaza Hotel Tokyo (KPH) Tokyo, satu daripada hotel antarabangsa paling berprestij di Jepun yang terletak di Shinjuku, Tokyo, sedang menganjurkan sebuah bufet pencuci mulut khas bertajuk “Bufet Pencuci Mulut Strawberi” selama tiga bulan di Restoran All Day Dining “Jurin” di tingkat dua di Hotel kami. Berikutan kepopularan acara ini, kami telah mengambil keputusan untuk melanjutkannya sehingga 31 Mei, 2020 dan menyajikan hidangan pencuci mulut baharu yang dibuat khusus dalam tema “Strawberi dan Susu”.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20200331005392/en/

Dari 1 Mei, tema keempat bagi “Strawberi dan Susu” akan diperkenalkan yang memaparkan pencuci mulut yang disediakan khas dari gabungan strawberi segar dan susu yang diperkayakan yang dapat dinikmati oleh kanak-kanak dan orang dewasa. Satu ciri khas bagi tema terakhir ini ialah “perbandingan rasa krim putar buatan sendiri", yang menampilkan krim putar yang dibuat dengan teliti oleh pembuat pastri dan kek kami yang mahir dengan menggunakan tiga jenis krim segar, termasuk dua krim jenis kandungan rendah lemak dan satu rendah kandungan gula. Memandangkan 30 pencuci mulut yang berbeza disajikan dalam bufet itu, pembuat pastri dan kek kami menyajikan setiap pencuci mulut di atas pinggan untuk mengambil gambar kenang-kenangan, yang juga merupakan satu daripada langkah berjaga-jaga kami berhubung koronavirus.

Tambahan pula, kami kini mengambil tindakan yang perlu dengan mengambil kira kesihatan dan keselamatan bagi tetamu kami untuk mencegah penyebaran koronavirus. Kami telah mensanitasikan kemudahan di seluruh restoran itu yang sering disentuh dengan menggunakan alkohol, menukar kesemua peralatan servis secara berkala, dan menempatkan kakitangan masakan di stesen makanan untuk melayani tetamu. Memastikan keselamatan dan kesihatan tetamu dan kakitangan kami adalah keutamaan kami yang paling tinggi, kami komited sepenuhnya untuk mengambil langkah berjaga-jaga yang sesuai bagi menyediakan persekitaran yang selamat dan sihat.

Arkib bagi Siaran Akhbar

Maklumat mengenai Keio Plaza Hotel

Keio Plaza Hotel Tokyo (KPH), yang terletak di Shinjuku di tengah-tengah ibu kota negara itu Tokyo, adalah satu daripada hotel antarabangsa yang terkemuka di Jepun. Hotel kami menawarkan lebih daripada 15 buah restoran dan bar, dan kami menjadi hos kepada pelbagai tetamu tempatan dan antarabangsa yang mengunjungi kami kerana kemudahan kami yang mengalu-alukan, layanan mesra dan perkhidmatan unik yang membolehkan mereka mengalami budaya Jepun, termasuk pengalaman perkahwinan dengan memakai kimonoupacara minum teh dan banyak lagi. Untuk maklumat lanjut mengenai kami, sila layari laman web, YouTube, Facebook atau Instagram kami.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20200331005392/en/

Hubungi

Keio Plaza Hotel Tokyo
Keiko Kawashima, +81-3-5322-8010
Pengurus Perhubungan Awam
keiko-kawashima@keioplaza.co.jp

Sumber : Keio Plaza Hotel Tokyo

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.