ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  KAJIAN PENTING TERBESAR MENGIKUT STATISTIK OLEH 6,200 PAKAR PERUBATAN PELBAGAI NEGARA BERHUBUNG COVID-19 MENEMUI CORAK RAWATAN DAN MELETAKKAN PANDEMIK DALAM KONTEKS

Friday 03/04/2020




Laporan Sermo mengenai Keberkesanan Hydroxychloroquine, Peningkatan dalam Penggunaan Profilaksis; Lebih 80% Menjangkakan Wabak Kedua

NEW YORK, 3 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kekeliruan yang meluas, laporan yang bercanggah, ujian tidak konsisten, dan penggunaan luar daripada ubat-ubatan yang sedia ada dan ubat ujikaji telah menyebabkan tiada maklumat diperolehi daripada barisan hadapan. Untuk mewujudkan satu pangkalan pengetahuan berpusat dan dinamik, Sermo, syarikat peninjauan penjagaan kesihatan global dan platform sosial terbesar untuk pakar perubatan, memanfaatkan keupayaan mereka untuk menerbitkan sebuah hasil kajian COVID-19 dengan lebih daripada 6,200 pakar perubatan di 30 buah negara. Kajian itu telah diselesaikan dalam tempoh tiga hari. Data merangkumi pilihan rawatan dan profilaksis semasa, pemasaan kepada puncak wabak, pilihan beretika, keberkesanan bagi tindak balas kerajaan, dan banyak lagi. Pelbagai gelombang kajian termasuk menyelinap lebih dalam ke dalam rawatan akan dijalankan dalam masa beberapa minggu akan datang. Untuk melihat hasil dan negara sila layari sermo.com.

Penemuan penting; Barometer Tepat Masa Sermo *:

Rawatan & Keberkesanan

· Tiga rawatan yang paling kerap ditetapkan di kalangan perawat COVID-19 adalah 56% analgesik, 41% Azithromycin, dan 33% Hydroxychloroquine
· Penggunaan hydroxychloroquine di antara perawat COVID-19 adalah 72% di Sepanyol, 49% di Itali, 41% di Brazil, 39% di Mexico, 28% di Perancis, 23% di Amerika Syarikat, 17% di Jerman, 16% di Kanada, 13% di United Kingdom, dan 7% di Jepun
· Hydroxychloroquine secara keseluruhan dipilih sebagai terapi yang paling berkesan di kalangan perawat COVID-19 daripada satu senarai yang mengandungi 15 pilihan. (37% daripada perawat COVID-19)
o 75% di Sepanyol, 53% di Itali, 44% di China, 43% di Brazil, 29% di Perancis, 23% di Amerika Syarikat, dan 13% di United Kingdom

· Dua rejim rawatan yang paling biasa untuk Hydroxychloroquine adalah:
o   (38%) 400mg dua kali sehari pada hari pertama; 400 mg sehari selama lima hari
o   (26%) 400mg dua kali sehari pada hari pertama; 200mg dua kali sehari selama empat hari
· Di luar Amerika Syarikat, Hydroxychloroquine digunakan sama rata untuk pesakit yang didiagnosis dengan tanda-tanda yang lemah sehingga teruk manakala di Amerika Syarikat ia paling biasa digunakan untuk pesakit yang didiagnosis berisiko tinggi
· Di seluruh dunia, 19% doktor preskrib atau telah melihat Hydroxychloroquine prophylactically digunakan untuk pesakit berisiko tinggi, dan 8% untuk pesakit berisiko rendah
 
Gelombang Kedua Wabak

· Wabak global kedua diramalkan oleh 83% pakar perubatan di seluruh dunia, 90% pakar perubatan Amerika Syarikat tetapi hanya 50% pakar perubatan China

Purata Ujian Masa

· Secara purata ujian di Amerika Syarikat mengambil masa 4-5 hari, dan dalam 10% kes masa menunggu adalah lebih dari 7 hari
· 14% daripada pakar perubatan Amerika Syarikat dan lebih 50% dalam semua laporan Eropah dan Jepun mendapat keputusan ujian dalam masa 24 jam; di China 73% doktor mendapat balik ujian dalam masa 24 jam, manakala 8% mendapat balik ujian dalam masa satu jam

Mengutamakan Rawatan jika Kekurangan Ventilator

· Di semua negara kecuali China, kriteria utama untuk menentukan siapa yang sepatutnya mendapat ventilator adalah pesakit yang mempunyai peluang pemulihan paling tinggi (47%) diikuti oleh mereka yang paling sakit dan paling tinggi berisiko untuk mati (21%), kemudian responder pertama (15%)
o   Di China, keutamaan telah diterbalikkan dan mereka yang paling sakit dan berisiko tinggi untuk mati menerima ventilator
 
· Responder pertama adalah lebih penting di Amerika Syarikat
· Perancis, Jepun, dan Itali mengutamakan umur
· Brazil dan Rusia mengutamakan pesakit yang berisiko lebih tinggi
 
Pemasaan Puncak & Sekatan

· Di Amerika Syarikat, 63% doktor mencadangkan sekatan ditarik balik  enam atau lebih minggu dari sekarang dan 66% percaya kemuncaknya dalam masa sekurang-kurangnya 3-4 minggu lagi

Untuk metodologi penuh klik di sini.

“Ini adalah satu harta karun mengenai wawasan dunia bagi pembuat dasar. Pakar-pakar perubatan harus mempunyai lebih banyak suara dalam bagaimana kita menangani pandemik ini dan dapat dengan cepat berkongsi maklumat di antara satu sama lain dan dengan dunia,” kata Peter Kirk, Ketua Pegawai Eksekutif, Sermo. “Dengan penapisan terhadap media dan komuniti perubatan di sesetengah negara, bersama dengan kajian yang dirancang yang berat sebelah dan tidak kemas, penyelesaian kepada pandemik itu telah dilengahkan. Kami menjemput doktor-doktor di seluruh dunia bagi menyumbang untuk membantu memaklumkan kepada pembuat dasar, rakan sekerja mereka, dan orang ramai.”

*Keputusan menyediakan pemerhatian doktor tetapi bukan merupakan pengganti kepada garis panduan perubatan rasmi.

Metodologi

Hasilnya dilaporkan untuk setiap negara individu dengan saiz sampel minimum sebanyak 250. Saiz sampel sedemikian memberikan anggaran mata dengan ketepatan +/- 6% pada tahap keyakinan 94%. Tiga puluh negara yang termasuk dalam kajian itu ialah Amerika Syarikat, Kanada, Argentina, Brazil, Mexico, Jerman, Itali, United Kingdom, Perancis, Sepanyol, Belgium, Belanda, Sweden, Turki, Poland, Rusia, Finland, Ireland, Switzerland, Austria, Denmark, Norway, Greece, Taiwan, Jepun, Korea Selatan, Australia, China, India, dan Hong Kong. Tiada insentif ditawarkan kepada responden. Metodologi penuh.

Maklumat mengenai Sermo

Sermo adalah syarikat pengumpulan data penjagaan kesihatan dan platform sosial terbesar untuk doktor, mencapai 1,3MM HCP merentasi 150 buah negara. Platform itu membolehkan doktor untuk tanpa menyatakan nama  bercakap mengenai ubat-ubatan dunia nyata, mengkaji semula pilihan rawatan melalui platform Pengkadaran Ubat proprietari kami, secara kolektif menyelesaikan kes-kes pesakit, dan mengambil bahagian di dalam penyelidikan pasaran perubatan. Untuk maklumat lanjut, sila layari sermo.com.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20200402005460/en/

Hubungi

Media:
Niki Franklin
Racepoint Global bagi pihak Sermo
+1 617 624 3264
Sermo@racepointglobal.com

Sumber : Sermo

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.