ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 27, 2024 -Sabtu

 
  DATAIKU 7 MENINGKATKAN PENYEPADUAN DENGAN MICROSOFT 365 UNTUK KERJASAMA AI TEPAT MASA PADA SKALA

Wednesday 08/04/2020



Table

(Grafik: Business Wire) 


Versi terkini bagi Dataiku membolehkan kerjasama projek AI secara tepat masa dalam Microsoft Teams, SharePoint, dan OneDrive

NEW YORK, 8 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Dataiku, satu daripada platform Enterprise AI dan pembelajaran mesin yang terkemuka di dunia, telah mengumumkan pengeluaran Dataiku 7, yang membawa penyepaduan lebih lanjut dengan perkhidmatan Microsoft 365 termasuk Microsoft Teams, SharePoint, dan OneDrive, yang membolehkan pelanggan yang menggunakan Teams untuk mengesan secara langsung dan berkongsi perubahan yang dibuat kepada Projek AI mereka.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20200407005228/en/

Dikeluarkan pada 18 Mac dan tersedia di Tempat Pasaran Microsoft Azure, Dataiku 7 menyampaikan ciri-ciri yang memacukan kecekapan bagi profil teknikal untuk mengendalikan pada projek-projek pembelajaran mesin termasuk satu penyepaduan Git yang dipertingkatkan, satu antara muka EDA yang khusus bagi analisis statistik, dan penjelasan peringkat barisan untuk mempromosikan kotak putih AI.

“Dataiku memahami bahawa organisasi perlu untuk memanfaatkan maklumat daripada pelbagai sumber dan mewujudkan wawasan yang dapat diterapkan untuk mendemokrasikan projek-projek AI merentasi perniagaan mereka,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Dataiku, Florian Douetteau. “Penyepaduan terbaharu kami dengan Microsoft menandakan satu langkah utama ke arah memperluaskan platform kami untuk menyediakan kepada pelanggan dengan Enterprise AI yang sangat berskala, secara usaha sama, dan boleh dijelaskan.”

Mike Ammerlaan, Pengarah bagi Microsoft 365 Ecosystem di Microsoft berkata, “Kami gembira untuk melihat Dataiku mengembangkan lagi platform mereka untuk menyampaikan ciri-ciri yang dipertingkatkan yang memberi tumpuan kepada kerjasama bagi inisiatif AI bagi pelanggan kami.”

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai penyepaduan Dataiku dengan Microsoft termasuk melihat pada ciri-ciri baharu dalam tindakan, mendaftar untuk webinar kami pada 16 April atau layari  Dataiku/Partners/Microsoft.

Maklumat mengenai Dataiku

Dataiku adalah platform data berpusat yang mendemokrasikan penggunaan sains data, pembelajaran mesin, dan AI di dalam perusahaan. Dengan Dataiku, perniagaan diberi kuasa yang unik untuk bergerak sepanjang perjalanan data mereka dari penyediaan data kepada analisis secara berskala kepada AI Perusahaan. Dengan menyediakan satu titik persamaan untuk pakar-pakar data dan penjelajah, sebuah repositori bagi amalan terbaik, jalan pintas kepada pembelajaran mesin dan pengurusan/pergerakan AI, dan sebuah persekitaran yang berpusat dan terkawal, Dataiku adalah pemangkin bagi syarikat-syarikat yang dikuasakan oleh data.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20200407005228/en/

Hubungi

Laurel Toney
Strange Brew Strategies
dataiku@strangebrewstrategies.com

Sumber : Dataiku
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.